NL❤️IS 5

559 76 52
                                    

Hujung minggu itu, Izzah melayan anak anak buahnya dan kebetulan dia juga bercuti. Naura baru sahaja melepasi pantangnya selama 44 hari. Sebaik sahaja mengetahui Naura sudah habis berpantang wajib, Syakir meleret senyumannya. Izzah geram sahaja melihat abangnya yang saban hari menghitung masa bilakah kakak iparnya akan berhabis pantang.

"Izzah.." panggil Syakir.

"Kau nak apa along? Sibuklah..aku tengah main dengan Nufael ni.." balas Izzah.

"Anak aku tak pandai nak main lagilah.." "Kau nak apa?" Soal Izzah geram. 'Menyibuk aje..' getus hatinya.

"Tolong jaga anak anak aku kejap.." membulat mata Izzah. "Kau nak pergi mana?" Soal Izzah pelik.

"Aku nak bawa mama dia keluar sekejap..kan dah habis pantang. Kesian Naura duduk dalam rumah aje..biarlah dia tenang dekat luar tu.."

Papp!!!! Izzah menepuk bahu abangnya Syakir. "Banyak kau punya tenang..Kau yang nak melepaskan ketenangan kau kan?" Duga Izzah. Syakir memejamkan matanya. "Perlahanlah sikit..nanti ibu dengar." Bisik Syakir.

"Kau jangan mengada along..jangankan ibu, aku pun tak izinkan..bagi Naura rehat, along..aku cakap benda betul ni.." Izzah tegas. "He he he..gurau ajelah.." balas Syakir. Izzah mengecilkan matanya. "Sabar along..jaga anak kau tu..jangan tahu yang itu aje.." perli Izzah.

"Baik Dr. Izzah.." Syakir kecewa. Percubaannya itu membawa Naura keluar tidak berjaya. 'Tak apa, cuba lagi nanti..' bisik hati Syakir.

2 jam kemudian..

Izzah telah memberitahu ibu dan abah untuk keluar bersama Nuh pada hari itu. Nuh mengajak Izzah menonton wayang pada awalnya tetapi Izzah menolak kerana dia ingin berjalan di beberapa tempat menarik. Nuh tidak membantah kerana dia juga tahu yang Izzah perlu melapangkan fikirannya.

"Kau nak pergi mana dik?" Soal Syakir.

"Keluar dengan Nuh.." Syakir mengangguk faham. "Mana Naura?" Soal Izzah. "Tengah susukan Fadel..Fael baru aje tidur.." Izzah melihat Naura sebentar.

Tok!! Tokk!! Izzah mengetuk pintu itu.

"Kacau ke tuu?" Soal Izzah. Naura tersenyum. "Taklah, masuklah.." ajak Naura. Izzah membalas senyuman. "Duduklah Izzah.." pelawa Naura. "Tak apelah..I kejap aje ni..nak keluar, tengah tunggu Nuh ambil.." kata Izzah. Naura mengangguk faham.

Izzah teruja melihat anak anak buahnya. Nufael lebih kuat menyusu berbanding Fadel. Akan tetapi, Fadel lebih senang dipujuk jika menangis. Fael jika menangis, dia hendak Naura sahaja dan Fadel pula dia suka bersama Syakir. Fadel lebih selesa bersama Syakir dan hanya akan menangis apabila dia hendak menyusu. Tersenyum Izzah melihat keduanya. Geram.

"Mencabar tak Naura?" Naura mengangguk.

"Tak ape..waktu kecil aje macam ni..besar sikit, you dah lega."

"Takut dapat adik lain pula nanti.." balas Naura sambil tertawa. Izzah juga tertawa. "Betul juga kan?" Kata Izzah. Naura pamer senyum. Risau juga Naura. Bukan apa, risau terlajak pula.

"Dikkkk.." panggil Syakir. "I rasa Nuh dah sampai tu.." Izzah meminta diri untuk beredar. "Hati hati Izzah..sampaikan salam I pada Nuh.." Izzah mengerdipkan matanya.

"Bye alongg..kau jangan check in pula.." pesan Izzah kuat. Ibu yang mendengar sudah menjegil mata ke arah Syakir. Syakir hilang kata. 'Kurang asam punya adik..' getus hatinya.

Nuh membawa Izzah berjalan di Upside down house dan Kipandi Butterfly Park. Tenang Izzah rasakan dapat menikmati alam semulajadi di Sabah itu. Sabah masih lagi terpelihara dan udara di situ masih segar. Nuh seronok kerana dapat melihat wajah ceria Izzah. Tenang hatinya.

Nuh Luqman (On Going)Where stories live. Discover now