NL❤️IS 26

725 69 64
                                    

"Sayang...." Panggil Izzah. "Kenapa sayang?" Balas Nuh. "Kenapa kita balik awal?" Soal Izzah. "Saje aje..nak spent time dengan family you pula sayang..kena bahagi masa.." balas Nuh. Izzah mengira cuti dengan jarinya. "Ada banyak hari lagi sayang, I nak duduk sini lagi.." balas Izzah.

Nuh tersenyum dan dia kemudian menghampiri isterinya. "Suka duduk sini?" Izzah mengangguk. "Berat hati nak tinggalkan rumah kita tu sayang." Balas Izzah sambil dia mencebikkan mukanya. "Nanti kita balik lagi, tiap-tiap minggu you nak balik pun I okay aje.." Izzah berkerut dahi. "Amboi, tiap-tiap minggu." Nuh tertawa kecil. "Betul, anytime you nak balik..I akan bawa you balik." Balas Nuh sambil dia mengusap kepala isterinya.

"Thank you sayang. I sayang you tau.." balas Izzah manja. "Tapi...."

"Tapi apa sayang?" Tanya Nuh.

"Papa dengan mama tak bising ke kita sehari aje dekat sini? Dah la malam hari tu kita tak tidur sini. You culik I bawa balik hotel you.."

"Culik? You pun suka kena culik dengan I kan?" Izzah tayang senyum nakalnya. "Sukaaaaaaa..sebab lepas tu, I dapat apa yang I nak.." Izzah menjilat bibirnya. Nuh menggeleng kepala dengan reaksi isterinya. "Nak lagi ke? Malam tadi pun tak berapa nak tidur sayang..." balas Nuh meleret.

"He he he..kata, honeymoon..apa aje orang buat time honeymoon?" Jari Izzah bermain di telinga suaminya.

"Jangan nakal. Terlepas flight kita nanti.." Izzah merenung suaminya. "You tolak I sayang?" Izzah tidak puas hati. "Terpaksa, sebab dengan you I tak boleh sekejap." Balas Nuh dan dikucup pipi bersih isterinya. Izzah menguntum senyum. 'Seksi...' kata hati Izzah.

Izzah sedang membantu Nuh mengemas baju mereka. Mereka akan pulang ke Sabah kerana ingin menghabiskan masa bersama keluarga di sana pula.

"Rindunya I dekat budak comel dua orang tu.." kata Izzah sambil tersenyum. Teringat dia akan anak buahnya yang semakin membesar itu.

"Rindu nak jaga diorang?" Soal Nuh. Izzah tertawa. "Kalau jaga tu, maknananya panjanglah malam mak ayah dia tu. Pantang bagi peluang diorang tu, laju aje.." balas Izzah. "Rajin mak ayah diorang kannnn.." kata Nuh pula. "You pun sama, sayang..cakap orang pula." Izzah memandang sekilas ke arah suaminya.

"Selagi tak capai gol kita sayang, selagi itulah I merajinkan diri I. Bukan untuk I aje tau, you pun rasa best yang sama.." Izzah menjuihkan mulutnya. Nuh tersenyum melihat reaksi comel isterinya.

Mereka bermalam di rumah papa dan mama selepas bermalam di hotel itu. Papa dan mama tidak bertanya kerana Nuh sudah menitip pesan kepada kedua orang tuanya bahawa dia dan Izzah tidak akan pulang malam itu. Oleh kerana itu, papa dan mama buat tidak tahu sahaja. 'Demi menjadikan cucu mereka tidak kisah.'

Papa dan mama yang menghantar mereka ke Airport untuk pulang. Berat hati mama kerana masa dia bersama anak dan menantu tidak lama. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja mama meminta Nuh extend lagi cuti mereka. Akan tetapi, mereka juga punya rencana yang lain. Tidak mahu diganggu.

"Thanks papa, mama.." Nuh dan Izzah bersalam dengan kedua-duanya.

"Sama-sama. Jaga diri elok-elok. Sampai nanti beritahu.." "In shaa Allah papa, mama.." balas Nuh.

"Sorry mama, tak lama pun dekat sini." Izzah memeluk ibut mertuanya.

"Tak apa, nanti ambil cuti panjang sikit. Tak pun, mama dengan papa aje pergi sana." Izzah tersenyum. "Datanglah papa, mama. Lama-lama pun tak apa.." balas Izzah ceria.

Nuh Luqman (On Going)Where stories live. Discover now