NL❤️IS 16

696 76 103
                                    

Nuh tertidur dan Izzah masih di bilik wad itu menemaninya. Izzah sedang melakukan kerjanya untuk beberapa kes tertentu yang memerlukan dia untuk mendapatkan beberapa maklumat untuk sesuatu penyakit yang sedang dianalisa. Menjadi seorang doktor perlu belajar dari semasa ke semasa.

Tokk!! Tokk!! Pintu bilik diketuk.

"Masuklah Affan.." kata Izzah. Affan tersenyum. "Cuti pun buat kerja ke Izzah.." "Nak buat macam mana? Kerja kita memang macam tu kann.." balas Izzah. Affan mengangguk kepalanya.

"I nak cek tunang you kejap.." Izzah turut bangun melihat keadaan Nuh.

"Tak apa ke I kejut dia?" "Dia okay ajelah.." balas Izzah.

Affan mengejut Nuh untuk melakukan pemeriksaan. Izzah hanya mendengar penerangan daripada Affan tentang keadaan Nuh. Kalau diikutkan Affan, Nuh tidak akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Nuh perlu berada di hospital dalam tempoh tiga atau empat hari lagi untuk memastikan keadaan Nuh betul-betul sihat. Nuh tidak membantah dan dia sangat suka kerana berada dekat dengan tunangnya Izzah Syakirah.

"I minta diri dulu, Izzah.." kata Affan. "Thanks Affan." Affan mengerdipkan matanya.

"Sayanggg.." panggil Nuh sebaik sahaja Affan keluar.

"Kenapa sayang?" Balas Izzah. "Nak pelukkk.." Izzah tersenyum. Dia mendekat ke arah Nuh dan sekali lagi....

"Nak peluk sapa Nuh?" Masing-masing berpandangan. Dangg!! Papa dan mama berada di situ. Izzah sudah memerah muka menahan malu. Papa dan mama saling berpandangan.

"T-akk ta-k mama.." balas Nuh gagap. Papa masih memandang ke arah mereka berdua.

"Jangan nak berani peluk anak dara orang. Mama dengan papa tak ajar Nuh buat benda tak elok." Nuh diam seketika. Izzah datang ke arah mama dan bersalaman dengan bakal mertuanya.

"Sihat tak ni?" Izzah mengangguk sambil tersenyum. "Mama dengan papa sihat?" Mereka berdua tersenyum. "Alhamdulillah, sihat sangat." Balas papa. "Izzah jaga Nuh?" "Haah mama..kesian dekat Nuh mama, biarlah Izzah tolong jaga." "Kesian kamu..mesti penat.."

"Dah biasalah mama..tak ada apa pun.." "Siapa lagi mama nak jaga Nuh kalau bukan Izzah.." sampuk Nuh.

"Hurmm..kamu tu suka ajelah tunang jaga. Ambil kesempatan.." Nuh memandang Izzah. 'Menantu mama yang dah ambil kesempatan dekat Nuh ni..' getus hati Nuh. Izzah menjulingkan matanya ke atas. Bukan dia tidak tahu apa yang difikirkan Nuh.

"Izzah balik dulu, sayang. Papa dengan mama pula jaga." Kata mama lagi.

"Tak ape mama..Izzah boleh aje..papa dengan mama mesti penat baru sampai, patut balik terus aje.." kata Izzah.

"Kami risau dengan Nuh tapi bila tengok depan mata macam ni, lega rasanya. Itulah anak yang mama dengan papa ada. Dah tahu ke siapa yang buat?" Soal mama.

"Kamu ada musuh ke Nuh?" Soal papa pula.

"Tak tahu lagi mama, masih dalam siasatan polis. Musuh? Manalah ada papa. Nuh bukan orang ada nama nak ada musuh."

"Jangan cakap macam tu, kadang kita rasa tak ada..tapi, sebenarnya orang yang paling kita tak sangka." Tambah papa. Izzah hanya diam. Dia juga sebenarnya berfikir akan hal yang sama.

"Papa dengan mama lapar tak? Jom Izzah teman makan. Tapi, dekat kafe bawah ajelah.." kata Izzah.

"Tak apelah Izzah, kami dah makan dalam flight tadi..jangan susahkan diri kamu. Pergi rehat ke apa ke.." balas mama.

"Mama ni, macam tak suka aje Izzah ada dekat sini." Kata Izzah manja.

"Awak ni sayang, kecil hati menantu.." balas papa. Nuh yang mendengar tersenyum sahaja. Tidak sabar dia hendak memberitahu kedua orang tuanya akan berita gembira itu.

Nuh Luqman (On Going)Where stories live. Discover now