PROLOG

57 1 1
                                    

Setiap pertemuan pasti akan wujudnya perpisahan. Tidak kisahlah secinta mana pun kita pada seseorang tetap tak mampu ingin membuatkan dia daripada terus berada di samping kita kerana hakikatnya seorang manusia pasti akan dijemput kematian kerana kenyataan kita tidak akan pernah memiliki untuk selamanya. Perit. Tapi itulah takdirnya.




Angin petang itu terasa sangat redup. Boleh menenangkan jiwa yang walang, menenteramkan fikiran yang celaru dan merawat hati yang terluka.

Seorang wanita yang sedang duduk di hadapan pusara seseorang itu sesekali membetulkan selendangnya yang ditutup angin.

"Aamiin." Wanita itu mengaminkan doa yang dipanjatkan untuk mereka yang telah pergi ke alam abadi. Pergi meninggalkannya terlebih dahulu atau lebih tepatnya pulang untuk menemui Sang Pencipta.

Batu nisan yang terukir nama seseorang itu diusap lembut. Bunga ditaburkan ke atas tanah dan dialirkan air daripada hujung kanan sehingga hujung kiri pusara itu.

"Nanti Deeja datang lagi ye. Assalammualaikum," ujar wanita itu lembut seraya bangun daripada duduknya. Dibetulkan sedikit baju kurung berwarna biru muda bercorak bunga putih yang dipakai tadi.

Wanita itu mula mengorak langkah meninggalkan kawasan perkuburan itu. Sempat dia palingkan wajah melihat pusara itu dan satu senyuman terukir di bibirnya.





Qhadeeja mencium al-Quran yang baru sahaja dibaca sebentar tadi. Dia letakkan kalam Allah  yang berwarna putih dengan ukiran namanya yang berwarna emas itu di atas meja solek dan kembali menyelesakan duduknya.

Tasbih digital di jari telunjuknya di tekan apabila bibirnya selesai  satu Istigfar. Ibu jari  terus menekan butang pada tasbih itu, ingin menyelesaikan bilangan bacaan zikir yang masih disebut tanpa henti sejak tadi.

Daripada duduk, Qhadeeja baringkan diri di atas sejadah. Dengan tubuhnya yang masih dibaluti telekung, dia pejam matanya erat.

Tenang. Sangat menenangkan.

"Jangan lupa datang dalam mimpi saya ya." Ayat itu dituturkan dengan mata yang masih terpejam erat. Bibir mengukir senyuman apabila fikiran mula membayangkan seseorang yang sangat indah di dalam fikiran.
Dan akhirnya wanita itu terlelap dengan sendirinya di situ. Dengan hati yang bahagia, dia menikmati tidurnya pada malam itu.




Manusia yang beriman pada Allah adalah yang mempercayai dan menerima takdir-Nya seikhlas hati walaupun takdir itu terkadang tidak sesuai dengan kehendak jiwa kita sebagai seorang manusia.











MILIK DIAWhere stories live. Discover now