BAB 2

45 0 0
                                    

Baru beberapa tapak Qhadeeja melangkah ingin meninggalkan rumah agam itu, kakinya pegun serta merta apabila mendengar namanya dilaung.

"Deeja... tunggu!" Puan Qarina menahan gadis muda itu daripada terus berjalan. Sekarang ini, wanita yang hampir separuh abad umurnya itu sudah berada di hadapan Qhadeeja yang masih beriak kosong.

Tak tunggu lama, tubuh kecil si gadis terus ditarik ke dalam pelukan. Ketika ini, hanya air mata yang berbicara antara satu sama lain. Qhadeeja turut membalas pelukan itu. Tiada guna dia memarahi wanita ini kerana apa yang terjadi bukan salah Puan Qarina sama sekali.

"Umi minta maaf Deeja. Umi minta maaf." Lirih wanita itu bersuara.

Qhadeeja geleng kepala perlahan sambil diregangkan pelukan mereka berdua. Ibu jari naik mengesat air mata yang menghiasi pipi wanita yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri itu.

Wanita ini ialah wanita yang sangat baik terhadapnya. Melayani dia seperti anak sendiri dan diberi juga Qhadeeja rasa kasih dan juga sayang daripada seorang ibu yang sudah sekian lama dia dambakan.

Tapi sekarang keadaan sudah berubah. Dia mungkin tak mampu untuk datang ke sini lagi walaupun hanya sekadar sebagai tetamu.

"Umi..." Qhadeeja genggam kedua pergelangan tangan wanita itu erat. Dia ukirkan senyuman pahit. Air mata ditahan agar tidak terus gugur. Qhadeeja tidak mahu menambah rasa bersalah di hati tua itu.

"Umi tak salah... Umi tak perlu minta maaf," ujar Qhadeeja dengan suara yang serak.

"Umi... Terima kasih sebab layan Deeja dengan baik selama ini. Izinkan Deeja untuk panggil umi dengan gelaran umi juga walaupun kita baru je kenal. Deeja hargai sangat semua tu umi." Makin lebat air mata Puan Qarina yang gugur selepas mendengar butir bicara Qhadeeja. Setitis air mata turut jatuh di pipi mulus gadis muda itu.

Tuan Muhammad dan Qhaleef hanya memerhati dua orang perempuan yang saling terluka itu di muka pintu.

"Deeja jangan cakap macam tu. Umi sayang Deeja. Umi sayang Deeja macam anak umi sendiri," kata Puan Qarina dalam sedu-sedannya.

"Deeja pun sayang umi macam ibu Deeja sendiri. Terima kasih sebab umi bagi Deeja tumpang kasih dengan keluarga umi ye. Tiga bulan ini adalah tiga bulan yang akan terus Deeja kenang sampai bila-bila." Air mata semakin deras mengalir di pipi.

Qhadeeja pejam matanya rapat.

Semua hal yang terjadi dalam tempoh tiga bulan dia berkenalan dan sekaligus menjadi rapat dengan keluarga Puan Qarina berlegar dalam fikiran.

Tiada satu pun kenangan yang buruk. Semuanya indah sehinggalah hari ini. Kejadian hari ini benar-benar meranapkan seluruh kenangan indah itu.

"Nanti Deeja akan selalu telefon umi. Kalau ada rezeki, nanti kita jumpa lagi ye." Sang gadis bersuara sebak. Menahan rasa sesak yang semakin mencengkam dada.

Qhadeeja ukir senyuman yang sedaya upaya cuba dimaniskan lalu tubuh wanita di hadapannya dipeluk erat.

Pelukan yang erat seperti pelukan terakhir antara mereka kerana sekiranya mereka berjumpa lagi sekalipun, Qhadeeja sendiri tidak tahu mampu atau tidak dia berhadapan dengan keluarga ini.

"Deeja pergi dulu ye." Qhadeeja renggangkan pelukan dan ibu jarinya naik mengusap air mata sendiri.

"Abi... Deeja minta maaf. Deeja pergi dulu," tutur Qhadeeja lagi sambil memandang ke arah lelaki itu. Tuan Muhammad hanya balas dengan senyuman pahit.

Kemudian sepasang mata Qhadeeja terarah pula buat lelaki yang berdiri bersebelahan dengan Tuan Muhammad.

"Qhal..." Qhaleef yang hanya menunduk terus mendongak dan memandang ke arah si pemanggil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MILIK DIAWhere stories live. Discover now