PART 6

560 43 4
                                    



"Ada nak tanya apa-apa ke Seroja?" Tanya Edra setelah habis bercerita segalanya kepada Seroja. Terbit rasa syukur Edra melihat Seroja tidak melatah walau sedikit pun.

Cumanya dia perasan ekspresi wajah terkejut Seroja. Tapi masih cantik!

Seroja menggelengkan kepala. Cukup jelas penjelasan Edra semuanya. Tapi dia merasa malu dengan Edra sekarang. Kawan baiknya yang dianggap biasa-biasa sebenarnya bukan biasa-biasa. Anak Dato' astaga.

"Kalau macam tu biar aku tanya kau pulak."

Terbeliak mata Seroja. Aku pulak kena tanya?

Edra menghampiri mejanya. Kedua tangan ditongkatkan ke dagu. Matanya tepat memandang anak mata Seroja.

"Why you didn't tell me that you gonna work with Le' Consumer?"

Tangan Seroja berpeluh. Bibir digigit perlahan.

"Don't bite your lips!" Tegur Edra. Tidak kah Seroja tahu itu kelemahan Edra.

Oh gosh Seroja kau buat aku gila!

"I don't think that I have to tell you everything. Since you already busy with your stuffs. I don't want to bother you about me. Plus, kau dah ada girlfriend kan? Aku taknak kena serang dengan girlfriend kau kalau aku mengadu apa-apa dengan kau."

"Pardon me? Aku ada girlfriend? Siapa?"

Aik Edra ni dah lupa girlfriend sendiri ke? Boleh kau tanya aku siapa girlfriend kau?

Seroja menarik nafasnya lalu menghembusnya perlahan.

"Sebenarnya hari aku terima emel dari Le' Consumer hari tu, aku ada call kau. Malam. Tapi kau tak jawab. Aku try sekali lagi and yes kau angkat. Tapi malam tu..."

"Aku panggil kau. Kau ingat tak kau cakap apa?"

Edra menggeleng. Dia tidak ingat sepatah apa pun dia cakap. Tapi dia ingat malam tu Seroja ada menghubunginya.

"Kau jawab "Erm sayang". So aku assume mungkin kau tak sedar yang call kau malam tu adalah aku dan bukan girlfri..."

"Stop Seroja!"

Gila macam mana dia boleh terlepas cakap? Seroja masih tidak tahu yang dia selama ini menyimpan perasaan terhadap Seroja diam-diam. Jadi ada salah faham antara mereka selama ini?

Tidak mahu mendengar penjelasan Seroja lagi, Edra terus berdiri dan menuju ke arah Seroja. Seroja terpinga-pinga. Hairan melihat Edra yang menjerit tiba-tiba.

Kerusi diduduk Seroja ditarik oleh Edra. Kini lelaki itu melutut di hadapan Seroja. Kedua-dua tangannya menggenggam erat kedua tangan Seroja. Mata coklatnya memandang mata coklat Seroja. Tepat.

"No Seroja. Aku takde girlfriend Seroja. Malam tu mungkin aku dalam keadaan mamai sebab tu aku tak sedar dan tak ingat aku cakap macam tu..."

"Tapi kau cakap erm sayang tu apa?"

"Kan aku dah cakap aku mamai tadi kan sayang?"

Sayang?

"..."

"I'm sorry Seroja..."

"Lagi satu. Sebab benda ni juga ke kau mengelak dari aku?"

Seroja pura-pura melihat keadaan pejabat Edra. Tidak mahu menjawab soalan Edra. Macam mana Edra tahu ni?

Edra berdecit kecil. Seroja ni kalau nak menipu pun jangan obvious sangat. Aku cium kang padan muka!

SEROJA MILIK EDRA [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang