SPECIAL CHAPTER 2

451 27 0
                                    



Suasana di rumah sekarang sunyi. Hanya Edra dan Seroja sahaja di dapur bersama-sama membuat sarapan untuk mereka sekeluarga. Kedengaran suara suami isteri itu bergelak riang di dapur.

"Good morning Mummy, Daddy." Tegur suara dibelakang mereka. Seroja melirik senyuman. Kedua tangan di dapa.

"Morning Endra sayang." Balas Seroja lalu memeluk tubuh si anak. Seroja mencium kedua belah pipi anak lelakinya.

"Dahi awak Mummy tak dapat nak kiss. Awak tinggi dari Mummy." Gurau Seroja. Endra tergelak. Dia menunduk sedikit memberi ruang untuk Seroja mengucup dahinya. Lalu, Seroja mengucup dahi anaknya.

Makin lebar senyuman Endra pagi-pagi. Selepas itu dia juga mencium lembut pipi dan dahi Seroja. Endra memeluk erat badan Seroja erat. Sayangnya dia dengan Mummy nya itu. Tekalah menurun daripada perangai siapa.

Edra yang sedari tadi mendiamkan diri memandang babak romantik antara Seroja dengan Endra. Memang dia ni tunggul ke sampaikan mereka berdua tak nampak dia kat tepi tu?

"Ehem!" Edra bersuara.

Endra yang mendengar dehaman Edra melirik senyuman nakal. Makin erat dia peluk badan Seroja. Macam lah dia tak tahu Daddy dia tu jelaous dengan dia. Mummy tu Mummy Endra lah Daddy muehehe.

Edra membuat muka toya dia. Cepat-cepat tangan Seroja ditarik. Dia tidak suka Endra peluk-peluk Seroja. Seroja tu kan kesayangan dia!

"Dengki lah tu." Kata Endra selamba lalu menuju ke meja makan. Ada bihun goreng, dengan roti bakar! Air pula, kopi panas. Erm sedapnya!

Tanpa menunggu lama, Edra pula memeluk badan Seroja. Dia mahu menghilangkan rasa jealous nya dengan Endra. Endra tu suka betul peluk-peluk isterinya.

Padahal Endra tu anak dia.

"Suka-suka je dia nak peluk isteri abang ni." Gumam Edra perlahan tapi cukup di dengari Endra. Endra menjulingkan mata ke atas. Seroja hanya mampu tergelak. Dari anak tu kecik sampai dah 24 tahun pun dia masih nak cemburu. Astaga!

Endra mempelawa Seroja dan Edra untuk duduk sekali. Tidak lama kemudian Serena pula tiba di meja makan. Kalau Endra geng dengan Mummy, Serena pula geng dengan Daddy dia. Serena mencium lembut pipi dan dahi Mummy nya. Sudah menjadi rutin mereka adik-beradik untuk menyapa Mummy begitu. Cara menzahirkan rasa sayang kepada Seroja. Kalau dengan Edra hanya pelukan sahaja sudah cukup.

Mereka bersarapan dengan tenang sahaja pagi ini seperti hari-hari biasa. Memandangkan hari ini hari hujung minggu, dapatlah mereka berempat meluangkan masa bersama. Hanya hujung minggu sahaja mereka dapat berkumpul sekeluarga seperti sekarang.

Endra dan Serena sedangkan melanjutkan pelajaran tinggi mereka di universiti awam yang sama. Kos yang di ambil juga berbeza. Edra dan Seroja tidak mahu menghalang impian anak-anak mereka, apa yang buat anak mereka gembira diturutkan sahaja asalkan membuahkan hasil.

"Mummy, jadikan hari ni kita punya plan kan Mummy?" Tanya Serena lembut. Matanya memandang Mummy yang duduk bersebelahan Daddy.

Seroja mengangguk. "Jadi sayang. Lepas makan ni awak siap-siap boleh?" Jawab Seroja lembut. Serena mengangguk laju. Yeay dapat jalan dengan Mummy!

Endra dengan Edra hanya berdiam diri. Geng perempuan nak pergi me-time. Edra sudah diberitahu awal oleh Seroja semalam. Semestinya lelaki itu bersetuju. Biarlah Seroja dan Serena keluar sebentar. Dia memandang Endra duduk disebelahnya. Keluhan dilepaskan. Dia dan Endra juga ada hal mahu dibincangkan bersama. Sementara Seroja dan Serena keluar.

SEROJA MILIK EDRA [COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora