82

32.8K 3.4K 355
                                    

                       SEKEJAP Mak Timah mengesat peluh di dahi. Kemudian sambung mencuci pinggan kotor yang bertimbun di dalam besen. Kecut semua jari-jemarinya dek kerana daripada tadi menyental sabun pada pinggan. Namun, kerjanya sepantas kilat. Sudah terbiasa. Sedar-sedar tinggal beberapa cawan sahaja yang perlu dibersihkan.

"Nak Raf tolong."

"Opocot mak kau! Eh?" Terhinjut bahu Mak Timah apabila ada suara yang berbisik. Terkejut. Hampir sahaja terpelanting span itu ke muka kacak yang tiba-tiba muncul di tepinya. Jantung berdegup laju seakan mahu melompau keluar.

Mak Timah mendengus kecil. Geram.
Manakala Raf boleh pula meledakkan tawa. Memang lengan kanan lelaki itulah menjadi sasaran mengena tamparannya. Tidak kuat.

"Ish, kamu ni Raf. Terkejut Mak Timah! Nasib baik tak ada sakit jantung tau? Kamu buat apa dekat sini? Dapur tengah basah ni, kotor baju melayu kamu tu nanti!" Herdik Mak Timah, air yang mengalir laju di singki diperlahankan sedikit. Risau jika terpercik ke baju melayu hitam milik Raf saat dia berdiri dekat pada kabinet dapur.

Raf cebik bibir. Sekilas dia tunduk memandang baju melayunya. Tak kisah pun jika ia basah, memang akan ke mesin basuh juga selepas pulang nanti.

"Baju aje pun, nanti boleh salin yang baru." Selamba Raf membalas. Kemudian, lengan panjangnya disenteng hingga ke siku. Gaya seperti ingin melakukan kerja.

Dan tatkala melihat tangan Raf mula mencapai gelas kotor di tepinya, cepat-cepat Mak Timah merampas gelas itu. Terbantut niat lelaki itu hendak membantunya.

"Ish, tak payah. Kamu pergi duduk dekat ruang tamu tu. Borak dengan mereka. Tidak pun, pergi kacau si Husna tu. Jangan nak mengada kacau mak Timah!" Tegasnya. Bukan tak suka dibantu tetapi Mak Timah lebih selesa jika buat seorang diri. Lagipun, Raf itu tetamu. Dan tetamu tak seharusnya berada di dapur.

"Eleh, Mak Timah cakap macam itu nak suruh papa datang sinilah tu kacau Mak Timah..." Sengaja Raf menyakat. Tak semena-mena kepalanya menjadi sasaran hempukan gelas. Raf buat-buat mengaduh sakit. Bibirnya melepaskan tawa kecil. Geli hati melihat riak wajah Mak Timah yang bertukar cuak apabila dia menyebut tentang Tan Sri Raqib. 

Tertoleh-toleh kepala Mak Timah kepala. Menjenguk ke luar, takut-takut jika Tan Sri Raqib menuju ke dapur dan mendengar bicara Raf tadi. Ish, nakal sungguh budak ni!

Nasib baiklah Tan Sri Raqib tak dengar. Gerutu hati Mak Timah. Kecut perut dia dibuatnya tadi.

"Ish, mulut kamu tu! Dengar ke telinga Tan Sri Raqib nanti, mati kejung orang tua tu! Jangan nak merepeklah!"

"Kalau tak nak Raf merepek, jadi bagi Raf tolong." Ugutnya dengan cara halus. Gelas di tangan Mak Timah kembali dirampas semula. Tak tunggu lama, terus gelas itu dibersihkan. Tidak mahu Mak Timah menghalang niatnya lagi.

Kemudian dia dengar Mak Timah mengeluh panjang. 

"Ikut suka hati kamulah, Raf." Mak Timah mengalah. Tak guna sekalipun dia menghalang. Si Raf ini bukannya reti faham bahasa. Kalau cakap A, maka A lah. Tiada jawapan lain.

Akhirnya mereka sama-sama membersihkan gelas kotor di singki. Raf di sebelah kanan. Manakala Mak Timah pula di sebelah kiri.

"Mak Timah..." panggil Raf dengan nada meleret. Selalunya kalau antonasi begitu seperti mahu meminta sesuatu.

"Hmm, apa dia?" Acuh tak acuh Mak Timah menjawab. Entah apalah yang Raf mahu minta pula tu.

"Kalau Raf nak tanya sedikit boleh?" Soal Raf. Dia memandang wajah Mak Timah sesaat, kemudian sambung mencuci gelas yang seterusnya.

"Tanyalah apa yang kamu nak tanya Raf. Banyak pun tak mengapa."

Bibir Raf tersenyum. Macam tahu-tahu sahaja dia memang banyak soalan.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now