87

40.9K 3.5K 427
                                    

                    KINI dia berada di dalam bilik rehat. Duduk dipenjuru katil dengan muka serupa berada di tempat asing. Sekejap anak matanya mengerling ke segenap ruang bilik yang kemas dan teratur. Teringat pula dahulu bilik ini pernah disepahkan oleh Mia. Tapi bukan itu yang Husna mahu fikirkan sekarang, dia masih lagi tertanya-tanya mengapa Raf membawanya ke sini.

Daripada tadi Husna sahaja yang asyik bersuara. Namun Raf pula diam membisu. Hanya memberi isyarat seperti kening terangkat, kepala terangguk-angguk dan tayang senyuman senget. Serupa dia faham maksud mimik muka yang ditayangkan, padahal satu habuk pun tak dapat teka. Entah-entah...
Raf tidak mahu buka mulut kerana masih memendam perasaan amarah?

Glup!

Air liur ditelan. Bukannya dia tak tahu, Raf jika marah barangkali hantu pun lari menyorok dalam almari.

"Nah."

Tersentak Husna apabila tiba-tiba kemeja putih disua di hadapan mukanya. Laju pandangan diangkat memandang Raf yang sudah pun berdiri di tepinya. Sesaat anak mata Husna berlari ke bawah, bahagian hadapan kemeja Raf habis basah. Kain putih itu melekap ke tubuhnya hingga dapat dilihat warna kulit dan bentuk badannya yang maskulin.

Mata Husna membeliak. Cepat-cepat anak mata naik fokus ke wajah Raf. Lebih baik jangan tunduk bawah!

"Tolong ironkan. Kejap lagi abang ada meeting." Katanya, tidak keras dan lembut.

Husna mengangguk. Lantas kemeja yang dihulurkan itu diambil. Sudah tentulah boleh. Tapi...

"Abang tak marahkan Husna tentang tadi ke?" Soal Husna, takut juga jika Raf simpan perasaan. Baru hari pertama jadi isteri dah banyak buat silap.

Namun bibir Raf cuma menguntum senyuman kecil sambil menggeleng kepala.

"Kalau Husna tak simbah air dekat abang, tak dapatlah abang gunakan alasan ni untuk ajak Husna ke sini." Ujarnya, kedengaran nakal di telinga Husna. Langsung kelopak mata coklatnya mengecil. Oh, sambil menyelam minum air ya!

Ada-ada sahaja idea nakal si Raf.

"Suka sangat berlakon macam itu. Buat orang kecut perut aje..." gumam Husna.

"Bukan berlakon, kouopusan. Just want to be professional in front of the staff." bidasnya. Siap tersenyum bangga. Kononnya tadi berjaya menunjukkan kelakuan seorang bos yang profesional di hadapan semua orang.

Terjuih bibir Husna mendengar. Yalah tu! Malas dia hendak melayan. Lebih baik dia serika kemeja ini. Katanya ada meeting sekejap lagi. Karang terlepas meeting, dah tambah satu masalah pula.

"Mana tempat iron?" Soal Husna, jarang sekali masuk ke bilik ini. Jadi dia tidak tahu dimana kedudukan tempat iron.

"Sana." Kata Raf sambil menunding jari ke arah belakang Husna. Disitu ada kabinet berwarna kelabu, ditepinya ada seterika. Tempat gantung pun disediakan.

Husna menoleh ke arah yang ditunjukkan. Kepala mengangguk. Lantas kaki menapak ke sana. Baju kemeja itu digantungkan. Iron stim dicapai. Eh, mana pula butang suisnya? Macam mana dia nak pastikan suhu seterika itu tidak terlalu panas. Risau pula tengah elok gosok nanti tiba-tiba baju berlubang.

"Macam mana nak..." Baru pusing ke belakang memandang Raf, jantung tiba-tiba rasa mahu tercabut. Buntang matanya merenung ke arah Raf yang selamba menanggalkan baju kemejanya yang basah sebelum dicampak masuk ke dalam bakul baju berdekatan. Hanya mengenakan seluar hitam sahaja. Nampak dadanya yang bidang itu. 

Nak pengsan! Nak pengsan!

"Husna nak tanya abang sesuatu ke tadi?" Tanya Raf, sebelah keningnya terjongket. Kurang jelas mendengar apa yang Husna baru bicarakan tadi. Kemudian, dia mengatur langkah mendekati Husna yang tiba-tiba mengeras serupa disumpah menjadi batu.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now