BAB 20 🔥

2.7K 211 4
                                    

Qadira melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka bertiga tinggal bersama-sama selepas mendapat kerja di Hospital Kuala Lumpur itu. Kondominium itu juga sudah diduduki selama 4 tahun.

Qadira mengerutkan dahi apabila melihat Fatnin yang duduk di sofa sambil memeluk lututnya. Dia segera datang menghampiri Fatnin.

"Kau okay?" Soalnya lembut.

Fatnin mengangkat wajahnya dan air mata terus menitis ke pipi. Semakin lama semakin menjadi tangisan Fatnin. Qadira terus terkejut apabila melihat Fatnin menangis teresak-esak.

"Apa yang dah berlaku ni?" Soal Qadira.

"Mama aku buang aku. Dia dah tak nak mengaku aku sebagai anak dia. Macam mana ni Qad? Aku tak nak mama aku benci aku," rintihnya mendayu.

Qadira terus memeluk tubuh Fatnin. Dia kehilangan kata-kata saat itu. Malah dia juga tidak sangka bahawa Puan Farah sanggup membuang Fatnin daripada menjadi anaknya.

"Apa salah aku?! Aku cuma beritahu dia yang aku tak nak kahwin. Kenapa mama susah nak faham? Kenapa dia perlu malukan aku depan keluarga Syakir..." Luah Fatnin lagi.

Qadira mengemaskan lagi pelukannya. Dia mengusap perlahan belakang tubuh Fatnin. Sejak mereka belajar di luar negara, Fatnin sering mempunyai masalah bersama dengan Puan Farah. Puan Farah sering meminta wang daripada biasiswa yang diterima oleh Fatnin. Dia dan Anggun juga berasa simpati pada nasib Fatnin.

"Sabarlah Fatnin. Aku ada. Kau kena tenangkan diri dulu ni. Cari semula semangat kau. Mama kau cuma rasa stress je sekarang. Don't worry okay," pujuk Qadira dengan lembut.

"Aku dah penat Qad. Penat sangat," lirihnya lagi.

Sedang Qadira memujuk Fatnin, pintu rumah mereka dibuka dari luar. Anggun meletakkan kasutnya di dalam rak sebelum berjalan ke ruang tamu. Dia agak terkejut melihat keadaan Fatnin yang menangis teresak-esak.

Anggun memberi isyarat mata ke arah Qadira tentang keadaan Fatnin. Qadira hanya menggelengkan kepalanya. Malam itu mereka berdua cuba memujuk dan menenangkan Fatnin. Fatnin yang selalunya ceria berubah muram pada malam tersebut.

🔥

Bunyi lagu yang dipasang di televisyen menjadi rancak. Lekir dengan rasa senang hati melayan lagu sambil bermain game. Umar yang baru sahaja selesai mandi berjalan ke arah Lekir.

"Kenapa kau nampak happy sangat ni?" Soal Umar dan melabuhkan duduk di sebelah Lekir.

"Rancangan aku berjaya. Dr. Anggun setuju nak jadi girlfriend aku," ucap Lekir dengan senang hati.

"Kau mesti ugut dia kan?"

"Mana ada. Kau jangan main tuduh je. Kecil hati aku nanti," luah Lekir dengan nada merajuk.

"Tak payah nak merajuk sangat. Dia tahu ke kau nak suruh dia menyamar je nanti?"

"Tahu. Aku dah jelaskan situasi sebenar. Dia pun terima sebab nak balas budi aku. Jadi win-win situation lah sekarang ni." Lekir mengunyah kacang yang dibawa oleh Umar sebentar tadi.

"Kau pun satu. Yang pergi cakap dah ada awek kenapa? Dah Aunty Lili beritahu mama aku yang kau dah ada girlfriend. Tak memasal aku sekali terpalit," ujar Umar dengan jelingan ke arah Lekir.

"Kenapa? Aunty Ash minta kau nikah ke?"

"Takde lah. Mama aku cuma tanya, bila turns aku pula. Habis aku kena jawab. Nasib baik mama aku boleh terima alasan aku."

DETIK BAHAGIA KITA Where stories live. Discover now