BAB 52 🔥

1.8K 203 11
                                    

Sebulan berlalu...

Anggun melangkah masuk ke dalam rumah. Sudah lama dia tidak pulang ke rumah Puan Puspa. Malah mamanya juga langsung tidak mempedulikannya. Suasana di dalam rumah yang agak sepi itu menambahkan rasa pelik kepada Anggun.

Anggun bergerak ke arah dapur untuk mencari Puan Puspa. Hatinya berasa sedikit lega apabila melihat Puan Puspa yang sedang memotong sayur.

"Assalamualaikum mama," ucap Anggun dan berjalan ke arah Puan Puspa.

"Jangan datang dekat dengan aku. Aku menyampah tengok muka kau," jerkah Puan Puspa sambil menayangkan pisau ke arahnya.

Anggun terus tersentak saat itu. Luruh jantungnya saat melihat cara Puan Puspa padanya. Anggun cuba memaniskan wajah. Dia tidak mahu berasa hati tentang hal itu. Puan Puspa tetap ibunya.

"Mama sihat?" Soalnya lembut.

"Kau tak nampak ke aku masih bernafas sekarang ni? Kau datang sini buat apa? Aku dah halau kau keluar dulu kan!" Marah Puan Puspa tanpa memandang ke arah Anggun.

"Anggun nak lawat mama. Lama Anggun tak jumpa mama."

"Tak perlu jenguk aku. Suri masih mampu untuk jaga aku. Kau duduk je dekat hospital tu," balas Puan Puspa dengan kasar.

"Suri mana mama?"

"Dia kerja lah. Kau ingat dia ada masa macam kau ni?"

"Mama. Anggun datang sini waktu rehat Anggun. Sekejap je ni," lirihnya perlahan.

"Eh. Aku tak kisah lah dengan kerja kau tu. Bukannya boleh selamatkan orang pun. Bunuh orang je kau tahu," cerca Puan Puspa.

Semakin terhiris hati Anggun apabila mendengar kata-kata Puan Puspa. Mamanya memang tidak suka dengan kerjanya itu.

"Anggun nak naik atas kejap ya mama. Nak solat Zuhur," ucap Anggun dan berlalu naik ke atas.

Puan Puspa hanya merengus sahaja. Dia benci melihat wajah Anggun. Saat memandang wajah Anggun, pasti dia akan terkenang pada arwah suaminya. Luka itu masih berdarah di dalam dirinya.

🔥

Langkah Anggun terus mati saat melangkah masuk ke dalam biliknya. Tiada lagi katil, almari pakaian mahupun mejanya di situ. Dan biliknya sudah bertukar menjadi bilik pakaian buat Suri.

Anggun terus berlari turun ke bawah. Dia memerlukan penjelasan tentang semua itu daripada Puan Puspa.

"Mama. Mana katil dengan almari baju Anggun?" Soal Anggun dengan nada yang kurang senang.

"Oh ya. Aku lupa nak beritahu kau. Katil dengan baju-baju kau tu aku dah buang. Sekarang ni bilik kau dah jadi bilik simpanan baju-baju Suri. Halah. Kau pun bukannya duduk sini. Kau lebih suka duduk dekat rumah pelakon terkenal tu kan. Semuanya dah selesa," perli Puan Puspa.

"Sampai hati mama. Anggun tetap akan balik ke sini. Ini kan rumah orang tua Anggun juga. Kenapa mama sanggup buat macam ni?" Air mata Anggun sudah menitis. Dia tidak tahu kenapa dirinya terlalu dibenci oleh Puan Puspa.

"Siapa orang tua kau? Aku? Aku takde anak macam kau. Anak yang sanggup bunuh bapa dia sendiri. Kau ingat aku nak terima dengan hati yang terbuka?" Soal Puan Puspa. Kini dia sudah memandang ke arah Anggun dengan mata yang sinis.

"Anggun tak bunuh papa, ma. Papa memang tak dapat diselamatkan," lirih Anggun. Air matanya semakin lebat.

"Kau kan doktor!! Kenapa kau tak dapat nak selamatkan suami aku? Atau kau ni doktor olok-olok? Berbangga dengan kot putih kau tu? Aku jijik lah," hina Puan Puspa sepuas hati.

"Kau dengar sini Anggun. Sampai aku mati sekalipun, aku tak kan maafkan segala perbuatan kau dekat arwah suami aku. Kau bedah dia sebab nak selamatkan dia? Tapi sebenarnya kau bunuh dia. Aku tak mengaku kau ni anak aku. Kalau kau berani jejak dalam rumah aku lagi, kau jadi anak durhaka!!" Sumpah Puan Puspa dengan dada turun naik. Selepas itu dia terus berlalu naik ke biliknya.

Bagaikan ada sembilu yang menusuk ke hatinya. Anggun merasakan dunianya kelam. Dirinya seolah tertampar dengan segala kata-kata Puan Puspa. Dia tidak pernah menyangka bahawa Puan Puspa menyalahkan dirinya tentang kepergian Tuan Asyraf dua tahun yang lalu.

Niatnya hanya mahu membantu ayahnya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tetapi tidak berjaya. Berlaku komplikasi pada jantung Tuan Asyraf dan akhirnya meragut nyawa ayahnya buat selamanya.

Oleh sebab itu, Puan Puspa yang dulunya cukup mengasihi dirinya bertukar arah. Dirinya dihina, dicaci, dihalau dan dipukul oleh Puan Puspa kerana kegagalannya dalam menyelamatkan Tuan Asyraf. Berkali-kali dia meminta ampun, tetapi tidak berjaya. Puan Puspa benar-benar membencinya.

"Kak ni memang tak faham bahasa kan?" Muncul suara Suri dari belakang.

Anggun lantas berkalih ke arah Suri. Dia agak terkejut dengan penampilan adiknya itu. Suri hanya mengenakan baju yang mendedahkan bahagian atas dadanya dan seluar separas pahanya sahaja.

"Kenapa Suri pakai macam ni? Suri sedar tak ni semua dosa," tegur Anggun.

"Hei Kak. Kau tak payah nak jadi ustazah lah. Kau lupa apa yang mama cakap dekat kau? Kau tu pembunuh. Pembunuh papa!" Sindir Suri.

Anggun yang sedang menahan marah lantas menampar pipi Suri. Dia juga terkejut dengan tindakannya saat itu.

"Kakak minta maaf Suri. Kakak tak sengaja..." Anggun mula mendekat ke arah Suri.

"Tak payah sentuh aku lah betina!!" Jerkah Suri dan menolak tubuh Anggun ke belakang.

"Kau dengar sini. Aku takde kakak macam kau. Kau jangan ingat kau dah kahwin, kau boleh hidup senang. Aku tak kan izinkan. Orang yang bunuh papa aku tak layak hidup bahagia. Aku akan pastikan lelaki tu ceraikan kau suatu hari nanti untuk kau tebus semua kesalahan kau pada arwah papa. Jangan berani datang jumpa mama aku lagi. Aku jijik tengok muka kau," maki Suri dan terus berlari naik ke biliknya.

Tubuh Anggun seraya mengigil. Dia benar-benar sudah kehilangan kata-kata dan semangat saat itu. Semua yang berlaku benar-benar memijak tubuhnya ke bawah. Hancur lumat. Dia sudah dibuang oleh keluarganya sendiri. Segalanya musnah saat itu.

🔥

Anggun duduk di dalam bilik tidurnya dengan tangisan yang semakin lebat. Dia memutuskan untuk pulang ke rumah kondo yang didiami bersama Qadira dan Fatnin. Di tepi katil itu dia menangis semahu-mahunya.

Tangisannya juga semakin menjadi-jadi. Sakit di bahagian hatinya membuatkan diri Anggun berasa lemas. Dia mahu melepaskan semuanya, tetapi dia tidak mampu.

Tiba-tiba muncul darah yang mengalir daripada hidungnya. Anggun juga terkejut dengan kehadiran darah itu. Dia segera bangun untuk mengambil tisu tetapi pandangannya terus kabur. Dan menyebabkan Anggun jatuh di atas lantai itu dan tidak sedarkan diri.


*Malam ni double update 🧸🌸🍭💞

DETIK BAHAGIA KITA Where stories live. Discover now