Babak 9: Cita

817 17 1
                                    

Taufiq kini dalam kenderaan yang dipandu Dato' Talib. Semalam, dia dihubungi Dato' Talib untuk memaklumkan bahawa dia telah dipilih sebagai partner firma mereka. Hari ini, Dato' Talib akan membawanya ke villanya di Bangsar. Di sana, dia akan dibawa berjumpa dengan board of directors sebelum dengan rasminya dilantik sebagai partner.

Sepanjang perjalanan, Dato' Talib memaklumkan bahawa dia telah merancang untuk meraikan hari ini dengan sebuah party untuknya. Sampainya di villa Dato' Talib, dia memaklumkan bahawa directors akan sampai sedikit lewat. Dato' Talib mengarahkan pembantu rumahnya untuk membawa Taufiq ke ruang makan.

Debaran semakin terasa di dada Taufiq. Tidak sia-sia usahanya selama lima tahun ini. Pelbagai jenis sogokan dan back dealings yang terpaksa diambil hanya untuk melonjakkan namanya di firma itu. Dan yang terkini, Taufiq mula terjebak ke dalam kancah jenayah. Kenalan-kenalan dengan samseng-samseng di dalam dan luar negara mula menjadi teman baginya dalam proses untuk mendapatkan projek di Amsterdam. Sehingga kini, penculikan dan jenayah rogol sudah tidak lagi menjadi taboo baginya.

"Ah, persetankan semuanya. Camelia akan kusimpan untuk beberapa hari lagi buat pemuas nafsuku. Selepas semuanya selesai, akan ku pastikan Camelia dan Khalis kedua-duanya aku lenyapkan. Aku akan suruh samseng-samseng itu buat macam kemalangan. Sikit lagi, Taufiq. Semua pengorbanan dan usahaku akan membuahkan hasilnya nanti," Taufiq mula bermonolog sendirian.

Taufiq mula mundar mandir menanti ahli lembaga pengarah yang masih belum kunjung tiba. Tiba-tiba, Taufiq mula berdiri tegak apabila mendengar bunyi derapan tapak kaki. Masanya sudah tiba. Itu pasti ahli lembaga pengarah sudah sampai. Namun, yang masuk bukanlah directors, tetapi Khalis. Taufiq terus meluru ke arah Khalis dan menarik collar bajunya.

Taufiq: Apa kau buat di sini, Khalis? Kau ingat kau boleh rosakkan rancangan aku? Apa kau gila? Kau nak aku jual bini kau sebagai pelacur ke?

Khalis diam membisu. Namun diam seribu bahasa Khalis amat merunsingkan Taufiq kerana Khalis tersenyum. Tiada sedikit pun kerisauan timbul di wajah Khalis. Tiba-tiba kedengaran bunyi beberapa derapan tapak kaki yang lain. Terkesima Taufiq tatkala melihat Camelia masuk ke ruang makan villa tersebut ditemani dengan seorang lelaki yang tidak dikenali Taufiq.

Taufiq: Macam mana kau boleh lepas?

Khalis: Kau akan terima padah atas apa yang kau dah buat ke atas isteri aku, Taufiq.

Taufiq: Hahaha. Kau tak boleh buktikan apa-apa, Khalis. Aku pakai kondom setiap kali aku rogol bini kau. Aku dah berhati-hati untuk pastikan DNA aku tiada dalam perempuan tu. Tengok ni, nah video ni aku delete. Apa lagi bukti kau nak tuduh aku?

Khalis: Kau memang sah buta IT. Apa kau fikir setakat delete macam tu, boleh hilang terus bukti video tu? Lagipun kau ingat aku tak dapat salinan video kau? Segala bukti dalam tu, video, perbualan kau dengan kuncu-kuncu kau, rekod GPS, semua aku dah klonkan.

Taufiq: Ah, aku tak percaya! Mustahil, aku tak pernah share video ni kepada sesiapa. Kalau betul, nah, tunjukkan padaku. Mana videonya?

Tiba-tiba terdengar suara dari belakang bagi menjawab permintaan Taufiq.

Talib: You mean this video?

Dato' Talib masuk menuju ke ruang makan tersebut dengan sebiji iPad yang sedang memaparkan video aksi Taufiq sedang merogol Camelia.

Taufiq: Eh, Dd..dd..Dato', macam mana Dato' boleh dapat video tu? Err. Tu bukan video saya tu. Err.. Mereka cuba untuk aniaya saya tu Dato'. Tak ada bukti orang tu saya Dato'!

Tiba-tiba, muncul seorang wanita dari belakang Dato' Talib. Wanita yang dikenali Taufiq, luar dan dalam.

Taufiq: Eh, Ayda. Apa you buat kat sini? Semua ni angkara you ke?

Cita KhalisWhere stories live. Discover now