>10

95 7 0
                                    

"Kau asal babe? Tersenggih macam kerang busuk apasal" sejak balik dari perasmian pagi tadi, Aiman tidak berhenti senyum gembira seakan tidak percaya dengan hadiah pemberian Datuk Mustafa aka boss aka ceo

"Aku dapat rumah baru. Datuk bagi rumah yang company kita buat." Aiman cerita dengan perasaan gembira. Fareed seakan terkejut dan tidak percaya boss bagi rumah baru siap kepada Aiman

"Serius lah babe. Kondo kot. Kau biar betul."

"Iye, Datuk bagi siap dengan kunci sekali" Aiman mengambil kunci dari poket seluar lalu menunjuk kepada Fareed. Fareed datang kemudian peluk kawannya.

"Congratulations dapat rumah baru. Nanti buat house tour eh"

"Boleh tapi kau kena tolong aku angkat barang. Aku nak rasmikan rumah baru aku." Fareed cubit lengan Aiman disusuli dengan gelengan kepala. Dia sebagai kawan rasa bersyukur.

"But kena ada upahnya."

"Boleh takda masalah. Kau cakap ja nak apa aku akan tunaikan" Fareed jalan dekati Aiman sebelum bahunya dirangkul erat serta dengan senyuman.

"Aku nak hubungan kita kekal hingga hujung nyawa. Itu sahaja aku nak"ucap Fareed.

"Jiwang pulak kau eh. Aku akan tetap jadi kawan kau sampai mati" satu kucupan dihadiah di pipi kanan Fareed. Mereka jalan beriringan sebelum berpisah ke meja masing-masing.

Hari Sabtu......

"Kak. Ini kunci rumah dan saya minta maaf sekiranya ada kerosakan kecil atau besar. Nanti kak message saya kalau ada  sebarangkerosakan. Saya akan bayar ganti rugi" sebaik selesai solat Subuh, mereka mengemas barang-barang masuk ke dalam lori yang akan digunakan. Beg luggage sudah berada dalam bonet kereta.

"Eh takpa. Akak dengan suami tak kisah. Nanti suami akak baiki sendiri. Pasal ganti rugi tu takpa akak tak kisah sangat. Akak pun dah anggap kamu macam adik akak sendiri." tutur wanita itu

"Eh tak elok macam tu.Saya penyewa dan saya jugak bertanggungjawab walaupun kerosakkan sekecil zarah.Akak message saya dan saya akan bayar. Kalau tiada apa lagi saya gerak dulu. Terima kasih akak. Assalamualaikum" Aiman masuk ke dalam kereta dan memandu ke rumah barunya terletak hampir 2.5 km dari rumah sewa.

"Waalaikumsalam. Untung kita abang dapat orang macam tu"

"Orangnya pun baik tak sombong dengan kita. Nasib anak kita lelaki kalau perempuan abang dah masuk meminang"ucap lelaki berusia 30 an. Isterinya angguk setuju kenyataan dari sang suami.


Tiba sahaja di kondominium, Fareed terkaku melihat design luaran yang bergitu cantik dan unik. Selesai parking kereta, Aiman mengambil beg luggagenya dan menuju ke rumah baharu. Berdiri dihadapan pintu , dia seakan tidak percaya adakah rumah ini sudah jadi miliknya. Nafas ditarik lalu dihembus

"Rumahku syurga ku"ucap Aiman dan masuk ke dalam. Aiman tergamam dengan keluasan rumah yang bergitu besar dan luas. Aiman meletak luggage di tepi lalu membantu angkat barang dan memasang perabot yang lain.

"Salah kau pasang tu" tegur Fareed. Patutlah Aiman rasa pelik  dari tadi kenapa rak buku tak berjaya bercantum dan bergabung.

"Sampai mampus tak jadi. Rupanya aku salah pasang. Nasib kau tegur kalau tidak memang aku  jadi tugu negara."balas Aiman. Sia terpaksa tanggal sebahagian perabot kemudian memasang semula. Azan Zohor mula berkumandang, mereka berdua henti seketika sebelum jalan masuk bilik untuk bersihkan diri dan menunaikan solat Zohor. Selesai solat, mereka kembali menyusun atur barang serta perabot hingga jam 6 petang





"Besar gila rumah kau. View pun cantik menghadap KLCC. Bertuah kau dapat rumah baru, kondo pulak tu."kata Fareed sambil menikmati angin petang. Aiman menyerah gelas dan melabuhkan punggung di kerusi.

"Itu namanya rezeki. Aku pun tak tahu yang Datuk bagi aku kondo ni."balas Aiman lalu meneguk air untuk menghilangkan dahaga.

"Kalau kau nak rehat gi rehat. Barang pun tak banyak nak susun. Aku pun nak mandi dan nak tidur. Goodnight babe. Thanks tolong aku" Aiman kemudian masuk ke dalam bilik bersihkan diri dan terus tidur manakala Fareed yang sudah mandi masuk ke dalam bilik dan baring atas katil. Tanpa sedar, ia pun terlelap kepenatan.

Kekasih Hatiku ENCIK BOSSWhere stories live. Discover now