91

29.8K 2.9K 228
                                    

                "MIA, jom lunch sama-sama?" Ajak Husna, meja Mia diketuk beberapa kali. Mengalihkan perhatian Mia yang asyik menatap telefon canggihnya dengan muka berkerut-kerut serupa menahan geram. Kerjanya sudah siap barangkali, sebab itulah berani main telefon waktu sedang kerja. Nasib baiklah big bos tak nampak, kalau tidak mahunya kena ceramah buta.

Raf entah hilang ke mana. Tiada mesej atau panggilan daripadanya mengatakan dia pergi ke sesuatu tempat. Tanya Mia pun, dia juga tidak tahu. Katanya Raf cuma pesan yang dia keluar sebentar. Tapi pergi ke mana?

Dan tiba-tiba telinga Husna menangkap dengusan keras daripada bibir Mia. Muka masam mencuka habis. Telefon yang dipegang terus dicampak ke atas meja sebelum kedua-dua belah tangannya memeluk tubuh. Tahulah Husna wanita itu sedang tidak puas hati akan sesuatu daripada tindak-tanduknya.

"Ergh, aku geramlah! Susah sangat ke dia nak angkat call? Bukannya lama pun. Nak tanya khabar aje!" Mia mula membebel. Dan sekali lagi dia mendengus. Panjang bibirnya memuncung serupa itik merajuk. Tatkala  matanya sempat lagi menjeling meluat ke arah telefon yang tercampak sampai ke hujung meja. Sipi-sipi lagi hendak jatuh je bawah.

Mendengar bebelan dan reaksi wajah marah itu, Husna sudah dapat meneka siapa 'dia' yang dimaksudkan. Kepala tergeleng-geleng dengan perlahan.

"Haih, kau ni... dia tengah kerjalah tu. Cubalah kau faham si Nathan tu sikit. Nanti dia free, dia hubungilah kau semula. Kita ni sebagai perempuan kena banyakkan bersabar. " Kata Husna, selepas bergelar isteri ini dah boleh jadi penasihat untuk orang yang sedang bercinta. Namun entah boleh pakai atau tidak nasihat itu.  Silap-silap sama-sama sesat.

"Sekarangkan waktu rehat? Takkanlah nak tekan butang angkat sesaat pun tak boleh? Kerjanya sama sahaja dengan Tuan Andikha. Tapi sekurang-kurangnya suami kau tu cari juga masa nak jumpa kau. Aku ni? Mesej pun tak ada!" Balas Mia, mula membanding-bandingkan dua lelaki itu. Padahal Tuan Andikha itu lagi sibuk orangnya. Akan tetapi boleh sahaja sesekali dia melawat Husna di lobi. Benci!

Manakala Husna mengeluh kecil. Tak semena-mena suaminya pun terbabit. Mungkin kerana jarak mereka dekat, kerana itulah Raf boleh curi-curi masa menjenguk dia di lobi. Namun tidak sama dengan situasi Mia, hubungan mereka jarak jauh. Jangan kata mahu jenguk, hendak sentuh telefon pun belum tentu sempat sebagai seorang pengarah hotel.

"Alahai, sabarlah sikit. Tak lama lagi boyfriend kesayangan kau tu akan kerja sini semula. Ha, masa tu kau hadaplah muka dia puas-puas. Sekarang ni apa kata kita pergi makan? Laparlah." Ujar Husna, malah sempat lagi dia merungut kelaparan. Perut yang terasa kosong digosok-gosok. Pagi tadi dia sempat minum air putih sahaja. Tak sempat nak jamah sarapan pagi yang Mak Timah hidangkan.

Mia cuma tersenyum kelat. Mungkin ada betulnya kata Husna. Dia perlu bersabar. Jadi untuk bersabar, dia harus makan sampai perut puas hati. Tapi pelik, dah lama mereka tak makan bersama semenjak Husna berkahwin dengan bos baru di sini. Tuk tuk hari ini ajak makan pula.

"Dah lama kau tak ajak aku makan sama-sama. Almaklumlah orang itu dah ada suami. Selalu pergi makan dengan suami aje. Hari tak pula? Korang bergaduh ke?"

Jatuh rahang Husna mendengar soalan Mia itu.

"Mana ada bergaduh! Rafkan keluar tadi. Sampai sekarang belum balik ke office. Sebab itulah aku nak lunch dengan kau."

"Ooo... suami kau tak ada baru nak ajak aku makan sama-sama ek?" Sakat Mia. Mata sengaja dikecilkan merenung Husna.

"Eh bukannya aku tak pernah ajak kau makan sekali dengan Raf ya? Tapi kau yang tolak." Ungkit Husna. Sengaja mahu ingatkan Mia. Nanti dia fikir lain pula.

Mia ketawa mengekek.

"Of courselah kena tolak. Nanti aku jadi orang ketiga pula. Kau tak biasa tengok drama ke? Yang selalu teman pasangan pergi makan itulah akan jadi perampas nanti. Hendak pula suami kau tu dah macam gojo, aku ni juga minat anime. Jadi... lebih baik mengelak sebelum perkara itu berlaku." Ujar Mia dengan bibir tersengih-sengih.

MR PIRATE [Complete]Where stories live. Discover now