TAMAT

18.1K 2.5K 807
                                    

TIBA sahaja di jeti Ocean Resort, Tan Sri Raqib terus menyerahkan beg bagasinya kepada pekerja. Mengarahkan mereka untuk menyimpan beg bagasi itu ke dalam bilik yang telah disediakan untuknya. Dia tak mahu terus masuk ke dalam bilik dan rehat, malah dia ingin menikmati pemandangan pulau semporna memandangkan cuaca nampak elok. Angin pun tak berhenti bertiupan sejak tadi.

Ada buaian kayu yang tersedia di atas sebuah titi yang dihiasi bunga. Tempat sesuai untuk pelancong bergambar kerana buaiannya juga benar-benar menghadap ke arah turunnya matahari ke dasar laut pada waktu senja.

Lantas Tan Sri Raqib melabuh punggung di situ, menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dilepaskan dengan perlahan. Mengamati suasana langit biru yang separuhnya kini bertukar jingga kemerah-merahan. Jelas sekali, hari semakin menuju ke senja. Burung-burung camar juga sudah berterbangan dalam kumpulan balik ke bukit sana.

Sungguh tenang sekali. Mana nak dapat suasana begini di bandar?

"Air kelapa?"

Tersentak Tan Sri Raqib saat minuman air kelapa disua di hadapan mukanya. Langsung tubuh menegak sebelum wajah diangkat memandang Raf yang baru muncul. Huluran air kelapa tidak terus dicapai, sebaliknya dia merenung dahulu.

"Tapi papa nak Teh ais."

"Ambil!" Desak Raf. Siap menjegilkan mata lagi biarpun ia terselindung disebalik kaca mata hitam.

Tan Sri Raqib mencebik bibir. Baru ingat nak jadi mengada sekejap.

"Yalah. Kamu papa ke papa yang papa sekarang ni?" Huluran air kelapa itu diambil lalu disedut sedikit.

Raf tidak membalas apa-apa. Ruang kosong di sebelah kiri bapanya menjadi tempat dia melabuh punggung. Sama melemparkan pandangan ke arah pemandangan air laut di hadapan mereka.

"Papa tu yang lupa tak boleh minum air manis banyak sangat. Nanti mulalah macam-macam penyakit datang." Ujar Raf.

Berbuah senyuman di bibir Tan Sri Raqib mendengar bicara Raf yang seakan merisaukan kesihatannya. Bekas cawan air kelapa itu ditaruhkan di atas lantai buat sementara.

"Ambil kesah rupanya. Ingatkan tak kesah pasal kesihatan papa."

"Jangan nak dramatik dekat sini boleh? Dah tentulah Raf ambil kesah pasal papa. Kalau tidak, tak adalah Raf ambil alih resort ni semula."

Bibir Tan Sri Raqib menyenget sedikit.

"Tapi kamu ambil sebab Husna, bukan sebab papa. Kalau tiada Husna, alamatnya papa bawa tangki oksigen setiap hari pergi kerja." Ujar Tan Sri Raqib dengan nada mengejek.

Sedangkan Raf melepaskan nafas kecil. Serupa sedang menahan geram. Tidaklah dia begitu kejam sampaikan hendak biarkan Tan Sri Raqib bekerja hingga ke tahap itu. Sekali lagi, papa dengan dramatiknya tidak berpisah.

"Boleh tak papa beritahu aje kenapa papa datang sini secara mengejut? Tadi kata ada hal penting. Apa dia?" Soal Raf, langsung mengubah topik perbualan mereka. Pandangannya kini beralih ke arah Tan Sri Raqib di sisi.

Orang tua itu menganggukkan kepala tanda benar. Memang dia datang ke sini bukan niat saja-saja.

"Ya. Ada dua hal penting. Tapi sebelum tu..." Tan Sri Raqib menarik nafas. Mata dipejam sesaat. Seakan cuba mengumpul semangat diri sebelum tangan kanannya laju sahaja menyambar telinga kiri Raf lalu ditarik kuat-kuat. Tak pedulikan suara Raf yang mengaduh sakit. Janji hatinya puas! Dah lama dia tahan nak buat benda ini dari Airport lagi!

"Aduh! Kenapa ni?"

Setelah puas barulah telinga Raf dilepaskan. Itupun sudah merah serupa telinga kera. Padan muka!

MR PIRATE [Complete]Where stories live. Discover now