BAB 17

682 28 0
                                    


                HARI yang sudah ditunggu-tunggu telah pun tiba. Naurah memandang pantulannya di dalam cermin. Dirinya yang sudah berpakaian pengantin itu dipandang lama. Mungkin orang lain bergembira pada hari ini. Namun, dia tidak.

Dia duduk di atas katil miliknya. Air mata yang mengalir keluar terus dia kesat agar solekan di mukanya tidak terkesan. Sungguh sakit hatinya apabila dijodohkan dengan seseorang yang langsung dia tidak cintai.

"Naurah! Dah siap belum? Dah pukul 9 ni!" jerit Puan Zahira yang sedang kelam kabut.

Encik Husaini pula mengetuk pintu biliknya berkali-kali. Naurah melangkahkan kakinya di atas lantai itu sebelum pintu biliknya dibuka. Wajah yang muram itu ditayangkan.

Encik Husaini memandang tepat ke arah mata Naurah yang merah dan berair itu. Dia terus memeluk anak perempuannya usai sahaja mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Naurah.

"Dah, dah... Jangan nangis-nangis. Abah ada" bisik Encik Husaini untuk menenangkan anak perempuannya itu.

Naurah dibawa keluar dari biliknya. Mereka sekeluarga dengan cepat melangkah masuk ke dalam kereta Encik Husaini. Nadeera memandang ke arah Naurah dan menjelingkan matanya.

Enjin kereta Encik Husaini dimatikan usai sahaja mereka sampai ke destinasi yang dituju. Naurah melangkah masuk ke dalam masjid yang besar dan luas itu, diikuti oleh Puan Zahira dan Nadeera di belakang.

Zafrel yang berbaju melayu  berwarna putih dan samping yang berwarna kelabu itu dipandang. Rambutnya disisir dengan kemas. Songkok hitam itu muat dengan baik di kepalanya. Semuanya segak dan tampan. Naurah mengukir senyuman kecil sebelum memandang ke bawah. Entah kenapa hatinya sedang berbunga-bunga apabila memandang wajah tampan milik lelaki sedingin Antartika itu.

Tatkala Zafrel berjabat tangan bersama dengan wali di hadapannya, dapat dia lihat riak wajah yang gementar pada muka lelaki itu. Tidak dinafikan bahawa dia juga turut gementar. Jantungnya berdetak dengan laju. Tangan Auliya naik untuk mengusap belakang Naurah, bertujuan untuk menenangkan kawannya itu.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Nur Naurah Luthfya binti Wan Husaini dengan mas kahwinnya RM 80 000 tunai"

"Aku terima nikahnya Nur Naurah Luthfya binti Wan Husaini dengan mas kahwinnya RM 80 000 tunai" lafaz tersebut disebut dengan lancar oleh Zafrel. Saksi-saksi yang berada di sebelah kanan dan kiri mula mengesahkan. Kini, Naurah sudah bergelar sebagai isteri Zafrel yang sah. Hanya milik lelaki itu sahaja. Namun, adakah dia gembira? Tidak. Langsung tidak.

Zafrel bangun dari tempat duduknya. Dia melangkah menuju ke arah Naurah. Naurah cuba untuk mengekalkan wajahnya yang tenang itu. Auliya yang berada di belakangnya sudah risau apabila melihat muka kawan baiknya yang sudah pucat lesi itu.

Apabila melihat keadaan Naurah yang gelisah dan gementar itu, Zafrel dengan cepat memegang tangan isterinya untuk disarungkan cincin. Tangan isterinya yang berpeluh dan sejuk itu dipegang lembut sebelum cincin disarungkan.
Bibirnya bertemu dengan dahi Naurah. Maka, di situlah dia melabuhkan ciuman dalam tempoh masa yang lama.

Selapas Zafrel menjauhkan bibirnya daripada dahi Naurah, air jernih mengalir keluar dari mata isterinya. Ke pipi dan kemudian menuruni dagu. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Terus badan isterinya dipeluk erat sebelum belakangnya digosok-gosok. Beginilah Naurah. Jika terlalu gelisah dan gementar, dia akan mula mengeluarkan air matanya.

"Kenapa kau nak nangis pula? Aku bukan nak makan kau pun" bisik Zafrel dengan nada suaranya yang dingin itu. Sengaja dia hendak menakutkan isterinya.

Naurah dengan cepat meleraikan pelukan mereka. Dia dengan cepat mengesat air matanya. Malu dia apabila menangis di khalayak ramai.

"Nangis lah lagi kalau kau nak laut itu pula jadi tempat kau" usik Zafrel sambil mengerling ke arah pantai yang biru dan jernih airnya. Boleh aje dia membuang isterinya ke dalam laut memandangkan tempat itu hanya berdekatan dengan masjid ini.

Naurah dengan cepat menggelengkan kepalanya. Takut!









                  DEWAN yang luas dan mewah itu dipenuhi dengan para tetamu. Ada yang menjamu selera, ada juga yang bermesra bersama pasangan pengantin dan keluarga pengantin.

Senyuman palsu bertakhta di bibir Naurah sambil melayan tetamu-tetamu yang bermesra dengannya. Qaireen yang sedang sibuk menikmati makanan itu langsung tidak menyedari Max yang sedang berdiri di tepinya. Jarak mereka tidaklah terlalu rapat.

"Hi, cutie" sapa Max sambil tersenyum manis.

Qaireen hanya menjelingkan matanya. Malas dia untuk melayan lelaki itu lagi. Apabila Qaireen berdiam diri, Max mula mengusiknya.

"Hey. Can I ask you something? What the meaning of... Um... Kelepe... Beapack kauw?" tanya Max sebelum merebahkan punggungnya di atas kerusi di hadapan Qaireen.

"Kepala bapak kau lah. The meaning is handsome or pretty" balas Qaireen dengan malasnya. Tudungnya diperbetulkan sedikit sebelum makanan itu dikunyah. Dah macam orang tak makan setahun dah...

Max mengangguk sebelum berjalan menuju ke pentas. Mikrofon dipegang olehnya selepas mendapat izin daripada pihak pengantin untuk bercakap.

"Hi. I'm Michael Aryan Xavier or you can call me MAX. For the groom and the bride, you two are very kepale bapack kau" ujar Max tanpa rasa malu. Wajahnya yang innocent itu menyebabkan segelintir tetamu ketawa terbahak-bahak.

Tetamu-tetamu di bawah memandangnya dengan muka yang terkejut. Qaireen sudah tersembur air sirapnya. Naurah memandang Max tidak percaya. Zafrel merenung Max tajam. Manakala, Datin Nora sudah memanggil beberapa orang pengawal untuk mengusir perosak majlis.

"Hey! What are you doing? I'm just praise the groom and bride!" kata Max apabila Daniel mengheret tangannya menuju ke exit.

"Eh. You say that my friend and his wife is kepala bapak kau and you asking me why I kick you out from here? So innocent, eh?" balas Daniel sebelum badan Max yang sasa sepertinya ditolak keluar dari dewan tersebut.

"Ha. Kau makanlah pasir dengan kepala bapak kau tu. Dahlah datang majlis orang. Lepastu kau pergi hina dia pulak. Sekarang, kau yang terhina" bebel Daniel sambil bercekak pinggang.

"What?" tanya Max, kebingungan.

"Apa what what? Lain kali, kalau anak aku kahwin, memang kau lah orang pertama yang aku keluarkan dari list tetamu" balas Daniel sebelum berjalan masuk ke dalam dewan. Max yang sudah kebingungan itu dibiarkan begitu sahaja.

Naurah yang sedang melayani tetamu dengan mesranya disapa oleh seorang perempuan yang sedang memimpin anak perempuannya yang berumur 4 tahun.

"Hai. Naurah, kan?" tanya Amelia sambil tersenyum manis.

Naurah dengan cepat mengangguk sebelum membalas senyuman daripada Amelia.

"Oh... By the way, My name is Amelia. I'm Daniel wife. You know who's Daniel?" tanya Amelia. Dia meleraikan tangannya daripada tangan Naurah dengan lembut.

"Tak" balas Naurah.

"Your husband bestfriend" jawab Amelia. Dia menepuk bahu Naurah dengan lembut sebelum berlalu pergi untuk menjamu selera.

Naurah hanya mengangguk. Apabila dia berpaling ke belakang, Aniq sudah berdiri tepat di belakangnya.

"Cantiknya adik abang... Hm... Dah kahwin dah. Abang sorang lah yang single ni" gurau Aniq sebelum menjebikkan bibirnya.

Naurah tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"Belum rezeki abang. Nanti ada lah tu" balas Naurah.

Fareeq yang memerhati gerak geri Naurah dari jauh itu tersenyum sinis...

JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED]Where stories live. Discover now