BAB 20

877 31 1
                                    


               "DAH! Aku benci kau! Dasar mat saleh tak guna! Penipu! Buaya! Lembu! Pig! Puih!" maki Qaireen sebelum dia melemparkan telefonnya ke dinding. Bunyi skrin telefonnya yang retak itu kedengaran dengan jelasnya.

Qaireen menghentakkan kakinya dengan geramnya. Gambar perempuan yang berambut blonde dan sedang mencium pipi Max itu menaikkan lagi amarahnya. Lelaki itu sudah melampau!

Qaireen terus mencapai IPhone miliknya sebelum mendail nombor Max. Setelah beberapa saat, lelaki itu pun menjawab panggilan tersebut.

"Yes, Mrs Cutie?" balas Max dengan nada suaranya yang mengejek itu. Qaireen sudah mengucap di dalam hatinya. Lelaki ini memang mencabar kesabarannya.

"Meet me at Mutiara Cafe! Now!" teriak Qaireen sebelum menamatkan panggilan. Kad yang diberi oleh Max semasa pertama kali mereka berjumpa dengan cepat dia pijak. Geram? Ya!

Sudah beberapa jam Qaireen menunggu ketibaan lelaki itu. Mukanya sudah merah. Kesabarannya sudah sampai ke penghujung. Tiba-tiba, pintu kafe itu terbuka sebelum Max melangkah masuk. Max segera melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di hadapan Qaireen.

"Hello, my cuti-"

"Apa?! Kau diam. Kau ni memang playboy, kan? Kau tipu aku! Kau kata yang dia adik kau!" marah Qaireen. Pekerja di Mutiara Cafe itu memandang mereka.

"Playboy? You call me playboy? Why?" tanya Max yang sedang keliru dengan Bahasa Melayu itu.

"Because you lying to me! You said that blonde girl is just your younger sister! But, it's not the truth!" marah Qaireen sekali lagi.

Akaun Instagram yang bernama littlestrawberry itu ditunjukkan kepada Max. Salah satu gambar yang menunjukkan Max dan seorang perempuan yang sedang mencium pipi Max itu terpapar jelas di skrin telefon Qaireen.

Mata biru Max membulat. Dia meneguk air liurnya sebelum berdehem dengan kuat. Pandangannya beralih ke sisi lain.

"That's... That's... My... My sis-" sebelum sempat Max menjelaskan apa yang terjadi, Qaireen terlebih dahulu menyampuk.

"Aku benci kau, Max! Aku percaya kau! Aku percaya yang perempuan tu adik kau! Aku dah fall in love dekat kau, and kau buat semua ni dekat aku? Kenapa kau perlu tipu aku? Kenapa kau tak cakap perkara yang betul? Kenapa? Kenapa kau perlu mainkan perasaan aku? Aku suka kau, Max! Tapi kau dah hancurkan semuanya!" jerit Qaireen di hadapan muka lelaki itu.

Max memandangnya dengan muka yang keliru. Satu perkataan pun dia tidak faham. Beberapa pekerja cuba untuk menenangkan Qaireen. Orang ramai yang menjamu selera di situ memandang mereka pelik.

"Sis, bawa bertenang. Tolong bawa bertenang... Korang tak boleh bergaduh dekat sini" pujuk seorang pekerja perempuan.

Qaireen dengan cepat menepis tangan pekerja tersebut. Dia dengan cepat berjalan keluar dari kafe itu dengan mata yang sudah dipenuhi dengan air mata.

Suasana di taman yang sunyi itu penuh dengan bunyi esakan Qaireen. Auliya yang berada di sampingnya cuba untuk memujuk wanita itu.

"I... I suka dia! Dia tipu... I! Hiks... Hiks... Liya... Hiks hiks" nangis Qaireen.

"Bersabar aje lah, Reen. Tak apa, nanti aku kahwin, kau tengok aje. Single seumur hidup lebih baik daripada berharap kepada seseorang yang tidak mencintai kita. Biarlah aku yang jadi peneman mu, wahai si bunga" ujar Auliya dengan kata-kata mengarut daripadanya.

"Tu bukan ke ayat dalam novel 'Pemilik Hati Cik Bunga'?" tanya Qaireen sambil mengesat-ngesat air matanya.

Auliya dengan cepat mengangguk sebelum memegang tangan Qaireen. "Kau dah habis baca ke, Reen?" tanyanya.

"Tak... Hiks..." balas Qaireen yang masih menangis itu.

"Tolonglah habiskan cepat-cepat. Aku nak baca pula. Baru sampai dekat Bab 2, kau dah ambil. Sakit hatiku, Reen. Sakit" kata Auliya sambil mengeluarkan air mata palsunya. Dia membuang kaca matanya sebelum air mata dikesat menggunakan tudung Qaireen.

Qaireen dengan serta-merta menghentikan tangisannya. Dia merenung tajam ke arah Auliya.

"Kawan jahanam!"

                 

            PINTU wad itu sedikit demi sedikit terbuka. Harith melangkah masuk ke dalam wad yang sunyi itu sambil membawa beg kertas yang mengandungi nasi ayam kegemaran Haqq.

Haqq yang sedang berdiam diri itu dipandang olehnya. Dia dengan cepat melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terdapat di tepi katil.

"Bro. Sorang aje ke?" tanya Harith sebelum plastik nasi ayam itu diletakkan di atas meja kecil.

"Tak lah. Malaikat maut pun ada sekali" balas Haqq selamba. Harith dengan cepat menjelingkan matanya.

"Naurah macam mana?" tanya Haqq. Dia memandang tepat ke arah Harith yang sedang membuka bungkusan nasi ayam itu.

Harith menghentikan perbuatannya. Dia mengeluh perlahan sebelum mengeluarkan telefonnya. Akaun Instagram milik Datin Nora ditunjukkan kepada Haqq.

"Dia dah bahagia, bro. Aku dengar, dia kena kahwin paksa dengan seorang mamat kaya. Pasal dia curang dengan kau tu, dia tipu aje. Semuanya disebabkan ibu tiri dia. Semua ini, tunang aku yang bagitau" terang Harith sebelum mematikan skrin telefonnya.

Haqq kaku sejenak. Dia memandang ke luar tingkap sebelum menggenggam selimutnya dengan erat. Air matanya jatuh ke bumi.

"Aku... Sayang dia, Harith... Kenapa? Kenapa takdir aku macam ni? Kenapa bukan aku yang berada di tempat lelaki itu? Kenapa, Rith?" tanya Haqq bertalu-talu. Harith terus memeluk kawan baiknya itu.

"Kau tak boleh salahkan takdir, Haqq. Ingat. Perancangan Allah ialah yang paling sempurna" pujuk Harith sambil mengusap-usap belakang kawannya itu.

Selepas beberapa minit, Haqq kembali ke dalam mimpinya semula. Bungkusan nasi ayam itu terus Harith buang usai sahaja Haqq menghabiskannya. Dia memandang sayu ke arah kawan baiknya itu. Tidak pernah sama sekali Haqq menangis di hadapannya. Ini ialah kali pertama di dalam hidupnya.

Harith melangkah keluar dari wad itu. Naurah yang sedang berdiri di luar wad itu terus dilihat sekilas olehnya. Dia mengendahkan perempuan itu dan terus berjalan pergi.

Naurah memandang Harith sehinggalah lelaki itu hilang dari pandangannya. Dia tahu bahawa Harith turut sama membencinya atas apa yang berlaku. Dia telah putus tunang dengan Haqq secara tiba-tiba dan dia telah menyakitkan hati lelaki itu. Siapa sahaja yang tidak marah?

Naurah merebahkan punggungnya di atas kerusi. Haqq yang sedang lena tidur itu dipandang. Sungguh tenang apabila melihat wajah lelaki itu. Naurah tertanya-tanya. Kenapa bukan Haqq yang menjadi suaminya? Kenapa bukan dia yang menggantikan tempat Tengku Zafrel Arash?

"Hai Haqq Luqman. Dah lama kan kita tak berjumpa? Alhamdulillah... Awak sihat. Mampu makan, mampu buka mata dan mampu bercakap lagi. Saya datang untuk melawat awak dan minta maaf. Maaf ya? Saya tak dapat tunaikan janji saya. Saya dah jadi isteri orang, Haqq" ujar Naurah sebelum memandang ke lantai. Tiba-tiba sahaja rasa sedih bertempat di hatinya.
                  
"Maafkan saya jika perpisahan ini menyakitkan hati awak. Mungkin saya bukan jodoh awak? Haha. Saya dah berbaik dengan umi dan kak Amira. Awak jangan risau, ya? Hasnifa dah sihat"

"Terima kasih saya ucapkan. Terima kasih sebab terima perempuan macam saya. Saya tahu saya tak sempurna. Saya telah banyak bebankan awak selama kita bersama. Tapi, kita tak boleh bersama macam dulu dah... Saya dah jadi milik orang lain. Mungkin selepas ni, awak akan jumpa seseorang yang lebih baik daripada saya. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum"

Selepas kata-kata terakhir itu, Naurah bamgun dari tempat duduknya. Sekeping kad bersama dengan segelas Latte diletakkan di atas meja kecil itu. Dia terus meninggalkan wad tersebut.

Haqq Luqman. Hanya lelaki itu yang mampu memiliki hatinya. Hanya lelaki itu yang membuat hidupnya senang dan hanya lelaki itu yang dapat mengubati luka dihatinya. Hanya dia.

JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED]Where stories live. Discover now