BAB 19

719 27 0
                                    


                 HAQQ yang sedang tidur dengan tenang itu dipandang. Muka anaknya disentuh sebelum tangannya digenggam erat. Jujur bahawa dia merindukan gelak tawa lelaki itu. Rindu akan senyumannya, rindu akan suaranya yang dapat menyejukkan hatinya. Mengapa semua itu menghilang? Ya Allah, kembalikannya semula.

Encik Fauzi yang berada di tepi isterinya itu hanya mampu berdiam diri. Haqq Luqman yang dia kenali tidak pernah sesekali menghilangkan tawa dan senyuman daripada mukanya itu. Sunyi apabila rumah mereka tiada lagi dengan suara manjanya, suaranya apabila dia mengadu tentang kerjanya sebagai doktor dan suaranya apabila dia mendoakan mereka sekeluarga setiap kali sesudah solat. Hanya Allah sahaja yang tahu rasa sakit ini.

Mata Haqq sedikit demi sedikit terbuka. Dia memandang kedua-dua ibu bapanya itu. Tangannya yang lemah itu terus menggengam tangan Puan Rozaila. Senyuman yang bermakna itu dilontarkan.

"Umi... Abi... Haqq rindu..." ujar Haqq dengan suaranya yang lemah dan manja itu. Puan Rozaila terus menitiskan air matanya. Encik Fauzi dengan cepat menenangkan isterinya itu.

"Kenapa umi nangis? Haqq dah bangun... Haqq dah senyum..." kata Haqq sambil tersenyum.

"..."

Haqq masih tersenyum kecil walaupun tiada balasan daripada kedua-dua ibu bapanya. Matanya memandang ke arah kakinya yang kaku itu. Dia mengeluh perlahan. Dia sudah tahu apa yang berlaku ke atas dirinya

"Abi... Haqq dah tak boleh jalan..." ujar Haqq pula. Dia sudah lumpuh. Ya. Sudah lumpuh.

Encik Fauzi mengangguk sebelum memeluk anaknya itu. Kata-kata Haqq membuatnya sedih.

"Umi akan jaga Haqq. Abi akan jaga Haqq. Jangan risau... Semua orang sayang Haqq" balas Puan Rozaila sambil tersenyum walaupun matanya sudah bertakung dengan air mata.

Selepas beberapa jam, waktu melawat sudah pun tamat. Ahli keluarganya telah berlalu pergi, meninggalkannya seorang diri di dalam wad yang sunyi itu dengan paksaan.

Haqq melihat ke luar tingkap. Suasana yang redup itu amat tenang baginya. Burung-burung yang berterbangan di langit dilihat olehnya. Indah. Sangat indah.

"Maafkan kami, puan dan tuan. Anak lelaki puan dan tuan hanya mempunyai dua bulan lagi sebelum dia pergi. Tiada ubat bagi penyakitnya. Kami sudah berusaha sedaya upaya. Maafkan kami"

Kata-kata daripada doktor itu terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Haqq menggenggam erat selimutnya untuk menahan sebak di dada. Namun, gagal. Air jernih itu tetap mengalir keluar dari matanya. Dia hanya mempunyai dua bulan lagi sebelum meningalkan dunia dan kembali kepada Penciptanya. Namun, tiada siapa dapat mengelakkan ajal. Sudah tertulis di dalam takdirnya bahawa dia akan kembali kepada Yang Maha Esa.

Matanya sedikit demi sedikit menjadi lemah. Badannya sejuk. Terus selimut itu ditarik sebelum menyelimuti seluruh badannya. Tidak sampai beberapa minit, matanya tertutup rapat. Langsir yang ditiup angin itu bagaikan menari-nari. Suasana di dalam wad itu menjadi tenang.

               

                   
                  
                  PEMANDANGAN matahari yang terbenam itu dihayati. Naurah berdiri di balkoni. Angin laut yang meniup ke arahnya amatlah tenang dan sejuk. Zafrel tidak diketahui keberadaannya. Mereka ke Itali kerana ingin berbulan madu. Semua ini hanyalah paksaan daripada Datin Nora.

Selepas beberapa minit, pintu hotel terbuka. Zafrel melangkah masuk sebelum merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu. Isterinya yang sibuk menghayati pemandangan yang cantik itu langsung tidak dipandang. Meluat? Ya.

"Pergi siap" suruh Zafrel sebelum tali lehernya dibuang.

Naurah dengan cepat berpaling ke belakang. Suaminya yang sedang membaca novel kegemarannya itu dipandang sekilas. Dia dengan cepat melangkah masuk ke dalam bilik air. Malas dia untuk bertanya.

Selepas beberapa jam, langit sudah pun bertukar gelap. Bulan kini muncul untuk menggantikan matahari yang membekalkan cahaya di waktu siang. Naurah menilik jerawatnya di cermin.

"Tilik lah lama-lama kalau kau nak kena tinggal. Dekat sini, ramai lelaki yang sukakan perempuan macam kau. Kalau kau nak kena ngap dengan diorang, tengok lah cermin tu lama-lama" usik Zafrel dengan nada dinginnya.

Naurah hanya mengekalkan muka masamnya itu sebelum berjalan masuk ke dalam bilik air. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari situ dengan abaya yang berwarna Navy blue bersama dengan shawl labuh yang berwarna cream.

Zafrel memandang isterinya. Cantik. Baju yang dipakai oleh isterinya itu sangat menawan. Manakala, wajah si pemakai juga cantik bagaikan mawar. Zafrel dengan cepat menggelengkan kepalanya. Rasa sayang yang ingin mekar itu terus layu semula. Dia tidak boleh mencintai wanita yang bergelar sebagai Naurah Luthfya. Dia tidak mencintainya. Layanan yang diberikan kepada isterinya hanyalah palsu. Bukan Naurah di dalam hatinya, tetapi orang lain.

Zafrel terus berjalan keluar dari bilik hotel mereka. Naurah pula sedang mengejar langkahnya yang laju mengalahkan cheetah.

Setelah beberapa minit, kereta Zafrel berhenti di salah satu restoran. Restoran lima bintang yang berkonsepkan tema lautan itu menjadi tempat makan malam mereka pada malam ini.
Restoran atas air yang dihiasi dengan pelbagai jenis lampu yang berwarna-warni itu amatlah cantik.

Zafrel dengan cepat memimpin tangannya bagaikan seorang suami yang romantik. Namun, bukan begitu sikap sebenar Tengku Zafrel Arash apabila mereka bukan di khalayak ramai.

Seorang lelaki yang berkot hitam itu dengan cepat berjabat tangan dengan Zafrel. Seorang perempuan yang berambut hitam itu tersenyum manis ke arah mereka.

"What are you doing here, bro?" tanya lelaki yang berkot itu. Wajah Naurah yang ayu itu dipandang.

"Dinner with my wife" balas Zafrel sebelum mengukir senyuman kecil. Lelaki itu jarang sekali tersenyum.

Felix mengangguk sebelum memandang sekeliling. Dia dengan cepat tersenyum ke arah Naurah sebelum membisik ke arah Zafrel.

"È carina, vero? (Dia comel kan?)" bisik Felix. Sempat dia mengerling ke arah Naurah yang sudah bingung itu. Zafrel hanya berdiam diri sebelum wajahnya yang sombong itu muncul kembali.

"Come ti chiami? (Siapa nama awak?)" tanya seorang perempuan yang berdiri di tepi lelaki berkot hitam.

Naurah memandang perempuan itu dengan penuh kebingungan. Apa yang ditanya olehnya? Bahasa apa itu?

"I mean, what is your name? My name is Luna Stephanie" ujar Stephanie sebelum berjabat tangan dengan Naurah.

Naurah mengangguk faham sebelum bersuara. "Naurah Luthfya"

"What a pretty name for a pretty girl like you. You're lucky because Zafrel choose to marry you" kata Stephanie.

Naurah hanya menayangkan senyuman paksa. Dia bertuah kerana Zafrel memilihnya? Tidak. Langsung tidak. Hidup bersama lelaki itu membuatkan dia terseksa.

"By the way, enjoy your dinner with the rose" ujar Felix sebelum berjalan bersama isterinya. Zafrel hanya mengangguk malas.

Naurah memandang makanannya yang masih terhidang panas di hadapannya. Sotong bakar dan udang itu membuatkan tekaknya loya. Memang dia alergik dengan seafood.

"Makanlah. Kau tak patut makan daging dekat sini. Semuanya daging buaya. Kau nak makan? Lebih baik kau makan udang tu" kata Zafrel. Dia sudah tahu bahawa tekak isterinya tidak boleh menelan makanan laut itu. Namun, dia masih memaksanya kerana ingin menyakiti hatinya.

JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED]Where stories live. Discover now