SATU minggu sudah pun berlalu. Naurah sudah dibawa pulang ke rumah. Namun, bukan ke rumah Zafrel, tetapi rumah ibu mentuanya. Keadaan Naurah yang masih lemah itu amat membimbangkan. Berat badannya turun secara mendadak selepas dia mula hilang selera dan langsung tidak menjamah makanan.Hujan turun dengan lebatnya. Zafrel melangkah masuk ke dalam rumah tiga tingkat milik ibu bapanya itu. Dia memandang Dato' Ridzwan yang sedang ralit membaca majalah. Kelibat ibunya tidak dijumpai memandangkan Datin Nora ke luar negara bersama dengan Datin Sofia.
"Daddy" sapa Zafrel sebelum menyalami tangan ayahnya itu. Dato' Ridzwan mengangguk sebelum jari telunjuknya menunjukkan ke arah bilik tetamu. Zafrel mengangguk faham sesudah mengetahui makna di sebalik itu.
Pintu bilik tersebut dibuka dengan perlahan. Zafrel langsung tidak menghidupkan lampu. Suasana bilik yang gelap itu dibiarkan sahaja. Kelibat Naurah yang sedang duduk di atas katil sambil termenung kosong itu dipandang lama.
"Bekal makanan untuk kau" ujar Zafrel sebelum bekal makanan itu diletakkan di atas meja kecil di tepi katil yang besar itu.
Naurah memandangnya dengan muka yang bagaikan tiada perasaan. Apabila Zafrel hendak mendekatkan diri dengannya, dia dengan cepat menolak tubuh sasa milik lelaki itu.
"Pergilah, pembunuh" kata Naurah sebelum berpaling ke tepi. Matanya langsung tidak bertembung dengan mata Hazel milik Zafrel. Dia benci akan lelaki itu.
Zafrel hanya bermuka tenang. Dia dengan cepat menghampiri Naurah untuk menyentuh tangannya yang sudah pucat dan kurus itu.
"Pergilah! Kau pembunuh! Aku benci kau!" teriak Naurah di hadapannya sebelum menangis teresak-esak.
Mahu sahaja Zafrel berteriak di hadapannya semula. Namun, dia memikirkan keadaan wanita itu. Dia perlu melayaninya dengan baik. Ya. Dengan baik.
"Aku suami kau. A... Abang suami sa... Sayang" kata Zafrel sebelum tubuh isterinya dipeluk erat. Dia teragak-agak apabila menyebut nama panggilan tersebut.
"Tak! Kau bukan suami aku... Kau syaitan! Kau jahat! Kau syaitan yang bertopengkan manusia!" balas Naurah pula. Dia meronta-ronta dalam pelukan lelaki itu.
"Pergilah... Pergi kahwin dengan dia... Ceraikan aku" pinta Naurah dengan nada suara yang sayu.
"Jangan nak merepek. Aku tak akan ceraikan kau. Tak akan... Aku sayangkan kau..." luah Zafrel. Badan isterinya dipeluk dengan lebih erat. Naurah dibiarkan menitiskan air matanya di atas baju lelaki itu.
"Maafkan aku. Aku curang dengan kau. Aku sakitkan hati kau. Aku buat hidup kau merana. I'm sorry" ujar Zafrel. Semua kata-kata ini bukanlah palsu. Dia dapat buktikan apabila mendengar Zafrel menangis dalam senyap.
"Aku jahat. Ya. Aku syaitan yang bertopengkan manusia. Ya. Aku dah bunuh anak kita. Aku memang suami yang bodoh, kan? Aku langsung tak hargai kau"
"Aku dah sedar. Aku dah banyak tidur dengan perempuan. Aku dah banyak buat kerja haram. Aku dah banyak buat dosa. Aku dah jauh dari Allah. Aku sedar..."
"Aku janji aku akan jaga kau. Aku janji aku akan tinggalkan semua benda haram. Aku janji aku akan jadi suami yang baik. Just... Jangan jadi macam ni. Aku benci sikap kau yang sekarang..." ujar Zafrel. Air matanya jatuh tanpa sedar.
Beberapa hari sudah pun berlalu. Keadaan Naurah bertambah baik. Namun, dia masih memerlukan penjagaan yang rapi.
"Mana Naurah?" tanya Datin Nora yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik tetamu. Anak lelakinya dipandang untuk jawapan.
"Zaf akan jaga dia" balas Zafrel simple. Barang-barang milik isterinya itu segera diangkut keluar.
Datin Nora mengeluh panjang. Dia mempercepatkan langkahnya untuk mengejar langkah Zafrel yang sudah mendahuluinya. Namun, langkahnya terhenti apabila Dato' Ridzwan memegang pergelangan tangannya.
"Sayang. Dah. Jangan gaduh dengan anak kita lagi. Kamu tak percaya ke yang dia boleh jaga menantu kita?" soal Dato' Ridzwan.
"Bukan saya tak percaya, bang. Tapi dia kan pernah b-"
"Jangan cakap yang bukan-bukan. Kita doakan yang baik-baik sahaja, ya?" pujuk Dato' Ridzwan sebelum memandang Zafrel yang sedang sibuk meletakkan barang-barang isterinya di dalam bonet kereta.
"DAH sampai" ujar Zafrel sebelum memandang ke arah isterinya yang masih nyenyak tidur itu. Wajah tenang milik isterinya itu dipandang lama. Dia mengeluh perlahan sebelum menggoncangkan bahu isterinya itu.
"Aku cakap dah sampai..." ujarnya dengan tegas. Namun, suaranya masih lembut. Tangannya naik untuk menyentuh dahi isterinya yang panas itu.
Tanpa berfikir panjang, Zafrel terus mengangkat tubuh kecil milik Naurah. Dia menutup pintu kereta sebelum berjalan ke arah bodyguardnya.
"Bawa semua barang-barang tu ke bilik aku" pintanya sebelum berlalu pergi.
Sampai sahaja di bilik tidur mereka, dia dengan cepat membaringkan tubuh wanita itu di atas katil. Dia menghampiri rak untuk mencari kain kecil. Selepas itu, dia mengeluarkan penadol yang berada di dalam bekas di mana ubat-ubatan ditempatkan.
Kain yang sudah dibasahkan itu diletakkan di atas dahi Naurah yang panas. Segelas air kosong bersama dengan ubat penadol diletakkan di atas meja.
"Kau menyusahkan aku lah... Makan ubat tu. Aku ada hal nak buat. Kalau kau nak apa-apa, minta aje dekat Jack" pesan Zafrel walaupun pesanannya itu mustahil untuk didengar oleh Naurah memandangkan wanita itu sudah dibuai mimpi.
Sebelum dia melangkah keluar, sempat lagi Desert Eagle yang berwarna hitam emas itu diambil olehnya.
Zafrel dengan cepat melangkah masuk ke dalam markas miliknya. Richard yang sedang duduk di atas sofa itu dihiraukan begitu sahaja. Zafrel melangkah masuk ke dalam bilik yang gelap dan luas.
Kelibat seorang budak perempuan yang sedang duduk di hujung bilik itu dipandang lama.
"Aku lepaskan kau. Tapi jangan ingat yang kau boleh bagitau apa yang terjadi. Jangan bagitau sesiapa kalau kau tak nak pistol ni hinggap dekat kepala kau. Faham?" tanya Zafrel sambil mendekatkan Desert Eagle miliknya ke kepala budak perempuan itu.
Budak perempuan itu dengan cepat mengangguk kepalanya. Rantai yang terikat dengan tangan dan kakinya dengan cepat Zafrel leraikan.
"I will get you back if you tell someone about this. Remember that, little girl. Now, run. Run as far as you can before my men catch you again. If they catch you, I'll make sure your legs and head are cut off" ugut Zafrel.
Tanpa berfikir panjang, budak perempuan itu terus berlari keluar melalui pintu belakang. Kelibat budak perempuan itu yang sedang berlari dengan tergesa-gesa dipandang lama. Dia tahu bahawa budak perempuan itu tidak akan dapat menjumpai tempat asalnya. Dan berkemungkinan seseorang akan menjumpainya.
"Richard, cancel the plans. I didn't want to continue this anymore" ujar Zafrel sambil merenung Richard tajam.
"But... Why? Bukan ke kau nak dapatkan syarikat orang tua tu? Kenapa tiba-tiba aje? Kau ingat senang ke? He's our enemy. And we'll take a revenge for what he did in the last 5 years" balas Richard pula.
"Tak. Lupakan semua dendam tu. Buat apa yang aku suruh sebelum kau yang jadi mangsa seterusnya" kata Zafrel sebelum berjalan keluar dari markas tersebut.
Keretanya dengan cepat meninggalkan kawasan tersebut. Richard mengetap bibirnya. Gelas kaca itu terus dia pecahkan.
"Kau tunggu, Zafrel... Kau tunggu..."
YOU ARE READING
JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED]
RomanceNAURAH LUTHFYA, seorang wanita yang selalu ditimpa musibah. Kehilangan orang tersayang ialah perkara pertama yang menyakiti hatinya. Dipukul dan dihina ialah perkara kedua. Manakala, dikhianati oleh orang yang dia paling percayai ialah perkara ketig...