Bab 28

12 1 0
                                    

~ 9 Tahun lalu ~

"Abah... Tolonglah! Sofi merayu ni bah," esakan Sofia bergema di ruang tamu. Bahagian leher bajunya sudah lecun dibasahi air mata.

"Mama dah tenat sangat tu. Doktor kata kena mulakan rawatan. Tolonglah abah bayarkan kos rawatan mama," Sofia mengekori Sofian.

"Aku dah kata, kau nak aku bayarkan kos hospital Izzah, kau kena setuju untuk berkahwin dengan Khaleel," Sofian menunjal dahi Sofia.

Dalam tangisan, Sofia mengangguk setuju. Tiada yang lebih penting saat ini selain daripada kesihatan Izzah.

Sofian berkawan baik dengan Khalid, bapa kepada Khaleel. Khalid risau tentang Khaleel yang semakin tidak terkawal dan berharap jika anaknya berkahwin, dia akan menjadi lebih bertanggungjawab.

"Anak aku berkenaan sangat dengan anak dara kau, Sofia. Aku tengok pun manis aje orangnya," puji Khalid.

"Ish, engkau pun. Muda lagi anak aku tu," Sofian senyum.

"Kalau kau setuju jadi besan aku. Pembinaan perumahan di Kingfisher aku bagi sepenuhnya dekay syarikat kau," Khalid meneguk kopi di hadapannya.

Bermula saat itu,  bermacam-macam cara digunakan untuk memujuk Sofia namun semunya gagal. Dia akhirnya menggunakan kesakitan isterinya, Izzah untuk merealisasikan impiannya.

Petang itu, majlis pertunangan ringkas diadakan antara Sofia dan Khaleel. Sofia cuba berlagak normal tetapi hatinya tidak ikhlas.

"Demi mama," dia berbisik pada dirinya sendiri.

Selepas mengetahui hal itu daripada Aidil, Izzah yang sedang terlantar meminta  Aidil melakukan sesuatu untuk memutuskan pertunangan itu.

"Khaleel tu mama kenal sangat budaknya macam mana," Izzah bersuara lemah.

Aidil dan Mia saling berpandangan. Izzah meraih tangan Aidil dan Mia. "Buat apa saja asalkan Khaleel tak jadi kahwin dengan Sofi," rayu Izzah.

"Tapi ma, Sofi buat semua ni untuk mama. Macam mana mama nak sihat kalau tak terima rawatan?" Mia mengusap lembut tangan Izzah.

Izzah batuk beberapa kali. " Mama tak kisah Mia. Mama tahu mama dah tak lama lagi dalam dunia ni. Mama cuma nak Sofi bahagia,"

Dengan kepayahan Izzah mengeluarkan sampul besar lalu diserahkan pada Aidil. "Dil, tolong mama uruskan pertukaran nama tanah ni. Letak nama Sofi ya,"

Selepas Izzah tidur, dia dan Mia memerah otak bagaimana caranya hendak membantu Sofia. Mia mendengus sambil memicit-micit kepalanya.

"Tangkap  khalwat ajelah! Senang! Sakit pula kepala saya nak fikir," bebel Mia.

Muka Aidil bersinar. Jelas tertera di wajahnya idea yang bakal mereka laksanakan untuk membantu Sofia. Dia tahu seseorang yang akan membantunya tanpa bantahan. Dia segera menghubungi sahabat baiknya, Emir.

"Mir, aku nak jumpa kau. Boleh tak?"

"Aku tengah jumpa Khaleel ni. Ada meeting, nanti aku mesej kau, boleh?"

"Okay Mir," jawab Aidil. Sedikit kecewa.

Aidil memimta diri untuk balik. Mia berjanji akan menjaga Izzah malam itu hanya mengangguk.

Kau kat mana? Aku dah settle dengan Khaleel.

Mesej Emir dibalas.

Rumah. Kita jumpa depan rumah aku boleh? Hal penting. [send current location]

20 minit kemudian, Emir sudah terpacak di depan rumah Aidil.

"11 tahun kita berkawan, pertama kali aku sampai rumah kau," mereka bersalaman.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now