Bab 9

1.2K 65 0
                                    

Tidak sangka pula Marina akan menunggu Irham di pintu pagar ladang Irham. Dari riak muka Marina, Irham sudah tahu yang gadis ini sudah tidak sabar mahu bersemuka dengannya. Dengan wajah yang dimaniskan, Irham menghampiri Marina. Belum sempat Irham mahu membuka mulut, satu tumbukan sudah mengena perut kempisnya.

" Aduh!" boleh tahan juga tumbukan gadis ini.

" Apa kau ni Rina? Sakit tahu tak," berkerut muka Irham menahan sakit akibat tumbukan padu Marina.

" Padan muka kau. Ada hati nak kahwin dengan aku," balas Marina. Puas hati melihat Irham terbongkok-bongkok menahan sakit. Siapa cakap dia main-main. Memang dia sudah berniat mahu membelasah lelaki tinggi lampai ini. Siap suruh dia berani ada idea mahu merisik dan meminang dia. 

" Kau ni kan... tak padan dengan perempuan. Sakit tahu tak," balas Irham geram. Hilang sekejap rasa tumbukan itu, dia menegakkan badannya. Matanya tajam merenung Marina.

Rasa gerun juga melihat renungan tajam Irham itu. Namun dikuatkan hatinya supaya tidak ketara akan kegusaran itu. Sebenarnya dia pun takut.

" Siapa suruh kau memandai nak pergi merisik aku raya nanti?" soal Marina lantang.

" Anggaplah ni jodoh kita. Kau memang tak boleh lari jauh pun dari aku. Dari dulu sampai sekarang. Kalau betul kau tak nakkan aku, apasal sampai sekarang kau tak kahwin? Kau tunggu aku erkk," usik Irham. Dia tahu gadis ini sedang marah. Tapi dia tidak peduli. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

" Wei, lelaki perasan. Kau ingat aku teringin ke lelaki tua macam kau ni," balas Marina.

" Tua-tua pun kau berkenan juga. Sanggup tak kahwin sampai sekarang sebab tunggu aku," balas Irham selamba.

Marina mendengus kasar. Dia rasa lelaki ini sudah tidak betul. Suka hati dia saja berkata-kata.

" Kau ni memang gila. Siapa nak tunggu lelaki gila macam kau ni?" bentak Marina. Sabarnya kian menipis. Dengan keadaan cuaca panas sekarang menambahkan lagi kepanasan hatinya.

" Kaulah yang sanggup tunggu aku. Rina, aku ikhlas nak kahwin dengan kau. Aku dah lama sayang kau. Dulu pun kau sayang aku jugakan?" berani mati betul Irham.

" Aku tak sayang kau," balas Marina.

Irham diam. Dia tahu Marina bohong. Dia nampak dari mata Marina. Walaupun Marina lantang berdiri di hadapan dia, Irham tahu sejak dulu Marina tidak akan berani bertentang mata dengannya.

" Jangan tipu diri sendiri. Hurmm, apa pun aku dah tak sabar nak kahwin dengan kau. Dah lama aku geram dengan mulut kau ni. Kau tunggulah bila kau dah halal jadi milik aku. Aku tahulah nak ajar mulut yang tajam berkata-kata ni. Tumbukan kau ni aku anggap sebagai hutang. Tunggu aku balas nanti," Irham tersenyum mengejek. Dilihatnya Marina mengepal tangan halusnya. 

" Erkk tangan tu jaga-jaga. Aku tak jamin kau selamat kalau tangan tu sikit lagi sentuh aku," Irham memberi amaran. Bukan apa dia saja mahu menggertak Marina. Menghalang tangan halus itu dari menumbuk tubuhnya lagi sekali. Boleh tahan sakit juga penangan tumbukan gadis ini.

" Ishhh...kau ni kan. Jangan harap aku terima pinangan kau," balas Marina. Malas mahu berlama-lama berada di sini. Walaupun kebun getah ayahnya bersebelahan dengan ladang pisang Irham ini, namun jauh di sudut hatinya, dia juga takut andai tertangkap. Bukan dia tidak tahu, ayahnya memang ada di kebun getah. Tengah menoreh.

" Sombongnya kau dengan aku. Hurmmm...rasa macam nak cakap dekat mak aku nanti, tak payah bertunang, nak nikah terus," usik Irham.

Dan tak pasal-pasal, seketul batu melayang kena tengah belakang Irham. Mengaduh kesakitan Irham. Sakit sungguh.  Mengeliat jugalah dia menahan sakit.

" Marina!" jerit Pak Cik Hamzah.

Terkedu Marina. Habislah dia !

Mak Cik Wati sampai tidak terkata apa sudah. Terkejut dia apabila mendengar suaminya membebel sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Manakala Marina pula hanya diam tidak bersuara. Cucu-cucunya pula asyik dengan tv sahaja.

" Kenapa ni bang?" soal Mak Cik Wati. Jarang-jarang suaminya ini mahu membebel.

" Saya tak tahulah anak awak seorang ni. Malu ayah tahu tak Rina. Kenapa kamu buat macam tu? Nasib tak berdarah si Irham tu tadi," Pak Cik Hamzah merenung tajam Marina.

Mak Cik Wati berkerut dahi. Irham ada kena mengena dengan merekakah sekarang? 

" Rina, kamu buat apa dekat Irham sampai marah ayah kamu ni. Jarang sangat ayah kamu ni nak berleter macam ni," soal Mak cik Wati.

" Anak awak ni, setan mana merasuk dia. Adakah patut dibalingnya batu ke Irham?" Pak Cik Hamzah menggelengkan kepalanya. Dia pun tidak mampu berfikir yang Marina sanggup berbuat begitu.

" Betulkah Rina?" tanya Mak Cik Wati. Mengucap hatinya.

" Betullah apa yang ayah cakap tu. Rina sakit hati."

" Kalau kamu sakit hati, apa hak kamu nak buat anak orang macam tu. Memanglah Irham tu lelaki. Buatnya balingan kamu tu terkena mata dia ke dahi ke kepala ke? Tak ke biol bakal suami kamu tu," sampuk Pak Cik Hamzah.

" Rina tak cakap pun nak kahwin dengan dia. Mak dengan ayah yang beria-ia nakkan dia jadi menantu. Rina tak terima pun," balas Marina geram.

" Dah besar panjang macam ni pun masih lagi macam budak-budak. Irham tu sehabis baik lelaki yang sudi dengan kamu. Bertahun tunggu kamu. Kamu bukan tahu pun," Pak Cik Hamzah mula bersuara. 

" Rina tak suruh pun dia tunggu. Nasib dia la membujang sampai tua. Siapa suruh jaga jodoh orang?" balas Marina. Hatinya sakit apabila terang-terang ayahnya membela Irham. Tadi memang dia rasa bersalah buat Irham begitu.

" Wati, awak suruh anak awak ni masuk dalam bilik sebelum pahala puasa saya berkurangan," Pak Cik Hamzah sudah mula bengang dengan kedegilan anaknya.  Mak Cik Wati memberi isyarat mata kepada Marina supaya tidak melawan kata-kata ayahnya.

Marina akur lalu meninggalkan ruang tamu itu. 

" Kalau macam ni lah perangai dia, saya nak cakap dengan Borhan, tak payah bertunang. Bagi nikah terus. Melawan cakap bapa," dengus Pak Cik Hamzah.

" Abang janganlah macam tu. Saya tahu abang penat. Pergilah mandi. Lepas tu rehat. Jangan ikut sangat marah tu," lembut nada suara Mak Cik Wati memujuk suaminya. Pak Cik Hamzah beristighfar. Menyesal ikutkan sangat amarah hatinya.


Mak Long Versus Pak SuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang