Bab 15

1.4K 64 0
                                    

Jurufoto yang diupah oleh Irham untuk mengambil gambar kenangan mereka menjalankan tugas dengan baik. Dia membelek gambar yang dihantar melalui aplikasi What's App tu. Walaupun gambar-gambar itu masih belum diedit spenuhnya, namun dia berpuas hati. 

" Tengok apa?" tegur Marina. Dia duduk di sebelah Irham. Sudah sebulan mereka melayari alam rumahtangga.

" Jef hantar gambar kita masa kenduri tu. Dia cakap belum habis edit lagi. Dia kata paling cepat sebulan. Yang dia bagi ni yang raw jer. Kot sayang nak tengok."

Irham menghulurkan telefonnya kepada Marina. Ralit matanya melihat gambar-gambar itu. Walaupun belum siap sepenuhnya namun dia suka. Pandai Jef mengambil gambar mereka. Termasuk juga ahli keluarga kedua belah pihak. Sedang asyik membelek gambar-gambar itu, ada satu notification mesej masuk. Sempat Marina melihat nama penghantar.

Syimah?

Masam mukanya menghulurkan telefon kepada suaminya. Hairan Irham. Tadi muka bukan main manis lagi. Ini dah kenapa masam macam tertelan biji kelubi.

" Kenapa ni?" soal Irham.

" Cakap saya ajer yang awak sayang. Ni kenapa ni Syimah ni boleh bersayang-sayang abang semua ni?" soal Marina geram. Dia memeluk tubuh. Tidak sudi disentuh suami di kala hati tengah panas. 

Cepat-cepat Irham membuka mesej yang dihantar oleh Syimah. Dikertap bibirnya. Macam tak makan saman sahaja Syimah ni. 

" Sebelum kahwin tak nak test market, ni dah kahwin, tiba-tiba ada pula ulat bulu menumpang. Awak pun sukalah nak melayan perempuan gatal ni. Banggalah tu ada perempuan yang suka awak. Konon saham tinggilah selepas kahwin ni. Ishhh kalau tahu macam ni, saya tak nak kahwin dengan awak." Sudah macam peluru ayat yang keluar dari mulut Marina.

" Sayang, jangan salah faham. Abang tak layan pun ulat bulu ni. Janganlah macam ni. Dengar dulu apa abang nak cakap."

" Saya tak nak dengar apa-apa. Cancel balik rumah mak petang nanti."

Marina bangun. Sudah pandai merajuk. Irham menggaru kepala yang tidak gatal.

" Sayang, janganlah macam ni. Abang tak pernah anggap Syimah tu lebih dari kawan pun. Sayang pun tahukan dari dulu sampai sekarang sayang jer yang abang suka. Cinta tersimpul mati dengan sayang," pujuk Irham. 

" Tak nak dengar apa-apa dah." Marina menepis tangan Irham. 

" Syimah tu abang jumpa sekali dua saja sayang. Tu pun tak ada sembang apa pun. Abang pun tak tahu mana dia dapat nombor telefon abang. Percayalah cakap abang ni. "

" Oh maknanya pernah jumpalah walaupun sekali dua? Abang ni kan memang sengaja kan nak buat saya marah."

Irham pula yang rasa hendak naik angin sekarang. Tidak cakap banyak, terus dicempungnya tubuh Marina lalu di bawa masuk ke dalam bilik. Tidak mahu kedua ibubapa mentua mendengar pertengkaran remeh mereka. Dihumbannya tubuh Marina ke atas katil.

" Abang nak buat apa ni?" soal Marina takut. Dan-danlah tergagap mulutnya. Tadi bukan main lantang lagi.

" Abang nak ajar orang yang tak nak dengar cakap suami. Tak percaya suami," balas Irham. Matanya tajam menentang renungan isterinya. Kadang kala sakit hati juga kalau isteri tidak mahu percayakan suami. 

" Abang, jangan buat pasallah. Siang kot," balas Marina. Takkan kot Irham ni. Mengesot Marina sampai ke kepala katil. Bukan boleh jangka Irham ni.

" Kenapa kalau siang?" soal Irham. Tangannya menekan kuat tangan Marina rapat ke atas tilam.

" Abang...!" jerit Marina. 

Habislah Marina. Siapa suruh degil sangat.

" Sayang, merajuk lagi dengan abang?" tanya Irham. Ketika ini mereka berada di dalam kereta. Mahu balik ke rumah Mak Cik Yam. Sebab malam nanti hendak buat barbeque ramai-ramai dengan saudara mara Irham. 

" Tak nak cakap dengan abang," jawab Marina. Ish, tak pasal-pasal dia kena mandi wajib sekali lagi. Sakit hati betul.

" Itulah abang dah cakap. Percaya cakap abang. Cemburu tu boleh sayang. Tapi jangan berlebihan. Abang ni manusia biasa juga. Bila sayang cemburu marah-marah macam tu abang memang suka. Tu bukti sayang memang sayang sangat dekat abang. Tapi ok apa, sama-sama buat pahala." Irham mengelus lembut tangan gebu Marina.

" Gatal. Menyampah tahu tak," balas Marina. Bukan dia tidak tahu hala tuju perbualan suaminya itu.

" Menyampah pun sayang suka juga," tidak mahu mengalah juga Irham. Tanpa sebarang amaran, ditampar-tamparnya lengan sasa Irham. Dasar lelaki gatal.

" Aduh...aduh...aduh sayang. Jangan gurau macam ni. Abang tengah drive ni. Kang masuk dalam paya ni, naya kita dua." Risau dia takut kereta terjunam ke dalam paya kelapa sawit sahaja.

" Eee...sakit hati." 

Irham ketawa. Suka melihat wajah merah isterinya. Marina menjeling suaminya. Langsung tidak dipandang muka suaminya. Mukanya dipaling ke arah tingkap.

" Peliklah orang perempuan ni. Merajuk sikit mesti muka tu tengok cermin kereta. Bukan ada apa pun kat situ," ujar Irham. Rasanya bukan isteri dia seorang sahaja yang ada tabiat begitu. Seluruh wanita di dunia ini semua ada tabiat perangai yang sama. Asal merajuk mesti tengok cermin tingkap.

" Diamlah abang. Malas saya nak layan. Tunggu saya mengadu dekat mak."

" Nak mengadu pasal yang mana satu? Yang ehem ehem tu ke?" soal Irham. Kemudian dia ketawa besar. Marah betul isteri dia.

" Kalau yang tu Cik Yam lagi suka. Dapat cucu baru katanya," kata Irham lagi. Marina mendecit geram. 



Mak Long Versus Pak SuWhere stories live. Discover now