Muhammad Dariez Mikhael Bin Irham Hakimi.
Anak kecil itu tidur dengan tenangnya tanpa mempedulikan keriuhan di sekelilingnya. Setelah sepagian membuatkan ibu dan abahnya tidak tidur kerana melayan karenahnya. Cemburu Irham melihat anaknya tidur. Sedangkan dia pula menguap tidak berhenti.
" Dah macam mata panda mak tengok kamu ni Am," tegur Mak Cik Yam.Sembab betul mata Irham.
" Biasalah mak. Cucu mak ni siang tidur, malam baru nak berjaga. Macam manalah Am tak jadi panda. Am tak sampai hati nak kejutkan Rina. Dia pun dah penat seharian melayan anak kami. Jadi biarlah Am melayan Mika pula," balas Irham.
" Baguslah kamu faham isteri kamu tu. Bila ada anak ni, kenalah sama-sama jaga. Jangan semua nak lambak ke isteri. Senang banyak la kamu kalau macam tu," ucap Mak Cik Yam. Bukan dia tidak tahu cucunya itu memang suka berjaga pagi. Hampir subuh barulah si kecil itu mahu lena. Tapi yang teruknya Irham sebab dia kena pergi bekerja. Memantau kebun dan kolam ikan. Kini dibuka pula kolam baru untuk kaki pancing. Semakin sibuklah dia. Rezeki anaknya.
" Tak apalah sementara nak membesar. Sekarang baru Am faham perasaan mak dengan ayah. Terima kasih mak lahirkan Am yang kacak lagi perkasa ni," usik Irham. Dia memeluk Mak Cik Yam dan lalu mencium pipi emaknya. Mak cik Yam hanya tersenyum. Tapi mula geram bila Irham menggigit pipinya. Ditampar bahu Irham.
" Ishh, perangai tak ubah. Geram betul mak dengan kamu ni," getus Mak Cik Yam. Mengekek Irham ketawa.
Marina yang baru keluar dari bilik tidur hairan melihat emak mentuanya sedang menampar bahu suaminya. Malah anaknya pula tidur dengan pulasnya tanpa menghiraukan keadaan sekliling. Dia duduk di sebelah suaminya lalu menyentuh pipi gebu anaknya itu. Terasa jatuh cinta berkali-kali dengan anugerah terindah ini. Dia senyum apabila Mikhael mula mengeliat. Mulut halus itu tercebik-cebik bagaikan sedang bermimpi.
" Sayang anak ibu," Marina menempel hidungnya di pipi Mikhael.
" Sayang, abang punya?" tanya Irham.
" Apa?" soal Marina. Terpinga-pinga.
" Asyik gomol pipi anak ajer. Sejak ada anak, abang rasa terabai kasih sayang. Rasa kasih sayang tu terbahagi dua," luah Irham. Wajah sedih dipamerkan.
Marina ketawa. Ada-ada sahaja suaminya ini.
" Layanlah budak tua ni Rina. Berbulu mata mak tengok dia. Dah la mak nak pergi tengok apa yang besan mak masak. Kamu nak makan apa Rina?" tanya Mak Cik Yam. Prihatin. Sudah dua bulan Marina balik berpantang di rumah emaknya sendiri. Selama dua bulan ini jugalah emak mentuanya rajin bertandang ke rumah emaknya. Mahu sama-sama menjaganya. Marina rasa terharu dengan kasih sayang yang ibu mentuanya berikan.
" Rina tak kisah mak. Apa-apa pun Rina makan."
Mak cik Yam kemudian berlalu ke dapur. Mahu menjenguk besan merangkap kawan baiknya itu. Irham menyeringi nakal kepada Marina.
" Sayang, tak rindu abang ke?" soal Irham. Digaru-garu kepalanya. Sejak melahirkan seorang anak ini, Irham melihat isterinya semakin menawan. Berseri-seri wajah isterinya. Membuatkan dia tidak jemu memandang. Makin mnggebu rasa sayang buat si isteri. Rindunya kepada isteri.
" Rindu," jawab Marina malu-malu. Merah mukanya dengan soalan suaminya. Mata Irham mengerling arah dapur. Risau kalau kedua-dua wanita itu muncul di ruang tamu. Dia mengesot rapat ke sebelah isterinya. Laju sahaja tangannya menarik tangan Marina.
" Abang, nak buat apa ni?" tanya Marina.
" Rindulah sayang," jawab Irham. Diciumnya tangan Marina termasuk jari jemari Marina dikucupnya. Marina ketawa. Suaminya ini nampak semakin parah.
" Sabarlah. Mak kata abang kena puasa," balas Marina selamba. Diliriknya wajah tampan suaminya.
Irham mengeluh. Ini yang dia lemah sangat ini. Sudah dua bulan. Dia perlu menunggu lagi sebulan lebih untuk berkasih sayang dengan isteri tercinta.
" Mak la ni yang tak bagi abang dekat-dekat dengan sayang. Takut terbabas." Irham meletakkan kepalanya di atas paha Marina. Niat mahu bermanja-manja dengan Marina. Marina mengusap lembut rambut Irham yang lebat itu. Irham suka dilayan begitu. Sambil jarinya menyulam dengan jari Marina dia mengucup jari jemari itu dengan syahdu.
" Untuk kebaikan kita juga. Sabarlah. Tak lama dah pun. Ishh suami siapa yang tak menyabar ni," usik Marina. Irham sudah cemberut mukanya. Marina merasakan dia seperti melayan dua orang anak kecil. Mujurlah si kecil itu masih tidur. Tetapi baby tua ini pula yang banyak ragamnya.
" Amboi Irham, manja sungguh kamu ni," sergak Mak Cik Yam. Menggeleng kepalanya melihat pasangan suami isteri itu. Mak Cik Wati hanya tersenyum-senyum. Bukan dia tidak faham dengan kehendak seorang lelaki. Mereka juga pernah berada di situasi itu suatu masa dulu.
" Mak ni kacau daun betul. Nak manja-manja pun tak boleh," balas Irham. Dia bangun lalu duduk bersila di sebelah Marina. Tangannya menyambut dulang yang berisi nasi dengan lauk untuk santapan Marina. Diletaknya di hadapan isterinya.
" Bukan mak nak kacau pun. Mak faham perasaan kamu tu. Cuma mak tak percaya dengan kamu," balas Mak Cik Yam.
" Apa mak ni cakap Am macam tu. Am ni penyabar tau. Tak percaya tanya Rina."
Mak Cik Yam menjulingkan matanya. Ada-ada sahajalah anak bongsunya ini.
" Takkan lari gunung dikejar Irham," sampuk Mak cik Wati. Dia mengambil cucunya yang nampaknya sudah terjaga itu. Terkelip-kelip matanya melihat muka neneknya. Mujurlah Syahmi dan Syasya masih di sekolah. Kalau tidak habislah dua beradik itu mengerjakan sepupu mereka ini.
Irham tersengih mendengar teguran emak mentuanya. Malu pun ada.
' Anak siapalah ni. Buat malu mak ajer.' Mak Cik Yam menjeling anaknya. Kemudian dia sama-sama mengagah bayi kecil itu.
Marina tersenyum nakal sambil mengunyah nasi berlaukkan sup ikan merah. Tenang sahaja dia makan. Ini kerana ramai yng sudi mengasuh anaknya. Bolehlah dia makan dengan tenang.
Irham memuncungkan bibirnya. Sabarlah wahai hati.

YOU ARE READING
Mak Long Versus Pak Su
Short Story"Walaupun aku ni anak bongsu, tapi aku lagi tua dari kau tau" - Irham. " Wei jantan tak makan saman" - Marina. Mak long adalah gelaran pangkat anak sulung. Marina merupakan anak sulung yang mempunyai tiga orang adik beradik. Sejak adik lelakinya yan...