Erwan's : Bab 1

13.4K 402 4
                                    

Hari pertama gantikan tempat seorang CEO ni memang memenatkan. Tetapi apalah daya hanya aku seorang sahaja anak kepada Dato' Eidlan dan Datin Earlina. Hidup harus diteruskan. Aku taknak kecewakan harapan papa yang dah lama nak aku gantikan tempatnya sebagai CEO di company EID.

"Macam mana first day ganti tempat papa? Everything okay? Staff dekat sana okay ke?" Earlina terus serbu soalan macam tu lepas nampak Erwan sampai ke rumah. Apalah mama ni baru sampai dah diserbu soalan macam ni. Bukan nak suruh anak masuk dulu ke apa ke. Haihhh.

"Okay je. Yang mama ni belum apa-apa dah tanya macam ni. Adik baru nak bernafas sekejap. Bukannya nak suruh adik masuk rest dulu ke minum air ke apa ke. Huh." Earlina gelak. Haih anak tunggal sorang ni, cerewet macam perempuan. Kadang-kadang pelik jugak, dia ni lelaki ke perempuan sebab mulut kalau tak bercakap lebih 1000 patah perkataan sehari memang tak boleh duduk dengan tenang.

"Yelah maafkan mama okay? Adik masuk lah dulu. Mama baru lepas siap masak dengan kak Nur dekat dapur." Earlina senyum sambil gosok rambut Erwan. Erwan yang tadi muka masam macam cuka terus tersenyum bila dengar yang mama kesayangan dia baru siap masak. Gila tak suka. Balik dengan keadaan penat, lepastu dapat rasa masakan mama, ya Allah heavennya! Hahaha!

"Mama masak apaaaaa?" Sambil jalan masuk tu dia dah dapat bau aroma masakan mama. Sedap! Macam bau makanan kegemaran dia. Nasi lemak pandan! Mama pegang tangan Erwan sambil jalan nak ke dapur.

"Cuba teka? Adik kan kalau bab bab makan ni laju je. Tak sempat nak bagitahu nama makanan dah tahu." Erwan sengih. "Nasi lemak pandan?" Earlina senyum sambil cium pipi Erwan.

"Iya sayang. Harinikan first day anak mama gantikan papa so mama masaklah makanan kegemaran anak mama sorang ni. Baru lah dia semangat nak pergi office setiap hari." Erwan gelak. Mama ni suka sangat manjakan dia macam ni. Kalau macam ni, susah nak kahwin hahaha.

"Papa mana ma?" Yelah dari dia balik tu, dia nampak muka mama je. Papa dia kemana? Batang hidung pun tak nampak apatah lagi kereta kesayangan dia tu.

"Papa? Macam biasalah, lepak dengan kawan baik dia, si Amin tulah." Erwan hanya ber"oh". Ikutlah. Sekarang ni dia lapar, nak makan lepas makan tidur. Pergh! Bestnyaaa.

Selepas menunaikan solat Asar, Erwan bangun untuk mengambil Al-Quran, tetapi matanya tidak sengaja terpandang satu gambar dengan seorang budak perempuan yang berumur 6 tahun ketika itu. Dia memanggil budak tu dengan nama "flower" sebabnya budak tu bagitahu yang dia nama Bunga je. Bunga apa taktahu. Bunga rose? Nak dijadikan cerita, masa umur dia 6 tahun, aku baru umur 13 tahun dan kami hanya sempat berkawan rapat selama 5 bulan sebab masa tu terpaksa balik Kuala Lumpur, papa tetiba dapat offer kerja dekat sini dan sampailah sekarang dah ada company sendiri pun masih menetap di Kuala Lumpur. Kadang-kadang je balik Kelantan, tu pun bayang gadis tu tak nampak langsung di Kelantan. Hilang jejak. Dan sekarang umur aku dah 28 tahun, maksudnya umur dia dalam 21 tahun? Entahlah. Kami beza 7 tahun je. Gambar tu wujud pun sebab gambar pertama dan terakhir yang mama ambil masa hari terakhir aku di Kelantan pada ketika tu. Flower pernah kata "nanti jangan lupakan me tau!" Aku lupakan dia? Tak lupa cuma aku nak tahu rupa dia sekarang, dekat mana dia duduk dan dah kahwin ke belum. Kalau belum, bolehlah aku masuk minang hahaha. Yelah mama macam dah tak sabar nak ada menantu, anak tunggal pulak dah umur 28 tahun masih single pulak tu. Risau dia takut anak tak laku. Hahah. Laku je cuma aku jual mahal. Malas nak kumpul dosa. "Till we meet again." Comel je tulisan cakar ayam Flower waktu tu. Dia siap cari permanent tau nak tulis ayat tu dekat bahagian belakang gambar. Haha comel. Aku tak pasti lah dia masih ingat aku lagi ke tak, iyelah benda 15 tahun dah pun.

"Abang dekat mana? Adik dah sampai airport ni." Mata liar mencari kelibat abang kesayangan.

"Abang on the way ni. Tunggu jap. Dah nak sampai, dalam 5 minit lagi." Amin Noah menjawab dari seberang sana.

His Last Love S1 (C)Where stories live. Discover now