Tiga hari selepas Datin Earlina menghantar mesej kepada Erwan, hari ini barulah dia sempat nak singgah. Penting sangat ke sampai mendesak dia untuk datang? Haritu kemain halau, harini?
"Mama nak bincang apa dengan adik?" Erwan terus straight to the point. Lagipun selepas ni dia ada meeting dengan client so dia takde masa nak melengahkan masa lagi.
"Aku dengan papa kau dah jumpa keluarga perempuan yang kau tidur sekali atas katil tu dan aku dah memasuk minang perempuan tu. Perkahwinan korang berbaki seminggu lebih lagi." Erwan terkejut. What? Kahwin? Dengan Bunga? Ya Allah. Fitnah dunia memang kejam.
"Tapi.."
"Aku taknak dengar apa-apa dari mulut kau. Kau nak sangat kan? Aku dah tunaikan dan sekarang berambus." Erwan terdiam.
Macam tu je dia halau anak sendiri? Ya Allah kuatkan aku.
Erwan akur dan terus melangkah keluar dari rumah mama papanya atau.. tidak?
Balik sahaja dari Kelantan, Bunga terus kena hadap Zafran. Semaknya.
"Kau nak apa ni, Zaf?" Bunga mengeluh. 3 minggu tenang tanpa mamat ni, harini semak balik.
"I rindu you lah, sayangggg. Sayanggg tak rinduu i ke?" Bunga menggeleng. Jujur itu menyakitkan tapi lebih baik jujur dari menipu sekadar untuk menjaga hati.
"Sayanggg tak rindu i? Seriouslah? 3 minggu kot sayang dekat Kelantan. Sikit pun tak rindu?" Bunga menggeleng lagi. Bla lah. Ya Allah semak kepala otakku ini.
"Taknak lah rindu kau, buat semak otak je. 3 minggu hidup aku senang linang tenang tau tak? Balik je KL, masyaallah." Zafran merengek. Ish. Dengan boyfriend sendiri pun tak rindu ke? Dulu kemainnn, terpaling taknak berpisah lagi. Sekarang? Huh.
"Serious lah sayangg tak rinduu? Takpelah, jom pergi cafe" Bunga angguk. Sekali sekala kikis duit mamat ni, tak salah en? Hahaha. Btw dah banyak kikis sebenarnya. Maaf terpaksa jujur.
"Okay jom sayangggg" Bunga angguk lagi. Tiber pulak sayangggg, sembang lancar mamat ni.
"Macam mana you dekat Kelantan?"
"Alhamdulillah, masih boleh bernyawa dengan jayanya."
Zafran diam.
"By the way sayangg, next week i ada kerja dekat Sarawak. Bella pun ikut sekali sebab company i nak i ada PA, sayangg okay kan?" Bunga pandang Zafran. Peliklah. Asal Bella kena ikut pulak? PA? Alasan apani? Dia boleh jadi PA mamat ni. Kenapa perlu kawan dia sendiri pulak? Takkanlah company dia tu nak PA perempuan taknak PA lelaki. Peliklah.
"Asal pulak Bella jadi PA kau? Aku pun boleh kalau setakat PA." Bunga perasan akan muka cuak Zafran. Something wrong?
"Tiber. Ha okay" Zafran masih diam dan mencuba untuk kawal mukanya yang separuh cuak. Aduh. Macam mana kalau kantoi? Tak ke mampus dia nanti?
"Sayang okay kan? Seminggu je" Bunga angguk. Tak okay ke okay ke bukannya Zafran tahu. Yelah, sekarang banyak kes kawan makan kawan, biar pi lah. Malas nak ambik port sangat. Setakat hilang dua-dua, memang tak heran langsung. Diorang fikir Bunga ni sejenis yang tak boleh hidup tanpa boyfriend dengan kawan ke?
Selagi family tak tinggalkan dia, semuanya akan baik-baik sahaja.
"Okay je, yelah kerja kan? Takpe aku faham, lagipun next week aku balik Kelantan pulak"
Balik Kelantan sebab nak uruskan apa yang patut. Hurm. Hati dah terima tetapi diri ini masih lagi shock. Secepat ini ke dia jadi isteri orang? Dia tak sempat nak confess dekat Erwan lagi! MAKKKK!

YOU ARE READING
His Last Love S1 (C)
Fanfiction[ 𝐡𝐚𝐭𝐞 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] C ⚠️ DILARANG MENGGUNAKAN NAMA CHARACTER TANPA KEBENARAN ⚠️ Karya pertama. Stand Alone. Perjumpaan secara tidak sengaja telah meraih pergaduhan di depan cafe gara-gara terlanggar yang melibatkan kemarahan seseorang...