Bunga tersedar gara-gara mendengar isakan kecil dari sebelahnya.
Erwan menangis?
"Abang? Sayanggg? Hey hey wakeup." Bunga menggoncang tubuh badan Erwan.
Erwan yang masih didalam mimpi tidak sedarkan diri.
"Heyyy, kenapa menangis niii. Bangunnn" ujar Bunga lagi.
Pipi dan mata lelaki itu dikucup olehnya.
Beberapa minit kemudian, Erwan membuka mata dengan perlahan-lahan sebelum dia dapat melihat dengan jelas seraut wajah isterinya yang sedang memandang ke arahnya.
"Abang mimpi buruk?" soal Bunga yang mendapat anggukan dari Erwan.
"Nak hug?" soal Bunga lagi.
Tanpa melengahkan masa, Erwan terus memeluk tubuh isterinya. Mimpi itu...
Sangat menyakitkan.
Dia tidak mahu kejadian yang berlaku dimimpinya benar-benar terjadi dikehidupan nyata.
Ya Allah, i love him.
"Nak share hm?" ujar Bunga. Jari jemarinya bermain dirambut Erwan.
Erwan menarik dan menghembus nafas berkali-kali. "Abang mimpi.. Bunga mengandungkan anak Zaf dan ending mimpi tu.. Bunga minta cerai dengan abang.. abang takut.." bergetar suara garau itu.
Bunga diam membeku.
Mimpi, tolong hadirkan benda yang baik.
"Dah dah. Mimpi je tu.. jangan risau hm? Mainan tidur, takyah fikir. Bunga takkan pernah gadaikan mahkota Bunga pada Zaf." bisik Bunga hendak memujuk.
Erwan menggeleng. "Macam mana kalau mimpi tu betul-betul terjadi? Mesti Bunga nak abang... kan? Mesti Bunga tinggalkan abang kan? Mesti Bunga dah tak sayang abang kan? Mesti Bunga akan berubah macam dulu kan? Mes—"
"Takkan pernah terjadi." potong Bunga.
Erwan hanya diam melentokkan kepalanya dibahu Bunga sebelum dibuai lena kembali.
"Haih.. tidur dah? Mudahnya lahai" Bunga terus membaringkan Erwan dilengannya dan memeluknya erat. Bagaikan magnet.
"Bunga sayang abang dunia akhirat." ucapan terakhir sebelum dia turut dibuai lena.
Loceng rumah berbunyi.
Pagi-pagi dah ada orang datang rumah eh?
"Siapa pulak ni alamakkkk" anak mata Danish menjegil tajam ke arah pintu.
Langkah diambil dan pintu dibuka. Jelas ternampak muka Areen dengan senyuman lebar.
"Oh, my baby bukakan? Aww sweetnya!" Areen ketawa kecil.
Muka Danish yang tak beriak senyum membuatkan Areen semakin ketawa.
"Baby taknak bagi I masuk ke? Panaslah dekat luar ni."
"Neraka panas lagi. Setakat panas sikit ni pun dah banyak bunyi." bidas Danish.
Senyuman sinis muncul dibibir Areen.
Semakin Zaqwan Danish jual mahal, semakin Areena Lily suka.
"I tak cakap pun neraka tak panas, baby.." Areen menggelengkan kepala.
"Saja nak ingatkan." balas Danish lagi.
"Hensem betul baby pagi-pagi ni. Ada nak keluar pergi mana-mana ke?" soal Areen.

YOU ARE READING
His Last Love S1 (C)
Fanfiction[ 𝐡𝐚𝐭𝐞 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] C ⚠️ DILARANG MENGGUNAKAN NAMA CHARACTER TANPA KEBENARAN ⚠️ Karya pertama. Stand Alone. Perjumpaan secara tidak sengaja telah meraih pergaduhan di depan cafe gara-gara terlanggar yang melibatkan kemarahan seseorang...