Destinasi yang dituju adalah rumah kedua Zareed.
Erwan mengetuk pintu rumah Zareed. Darah yang tidak berhenti mengalir membuatkan dia semakin panik. Dia trauma darah tetapi dia kena bertahan.
Tak sampai 2 minit, pintu dibuka. Zareed memandang Erwan dengan muka pelik.
Macam mana budak ni boleh sampai sini? Bergaduh ke apa?
"Dean.. tolong aku" Erwan memperlihatkan tangan kirinya yang mengeluarkan banyak darah kepada Zareed. Zareed terus terkejut dan menarik Erwan masuk ke dalam.
"Duduk. Aku nak ambil ubat dengan pembalut." arah Zareed dengan suara garau.
Erwan terdiam.
Beberapa minit kemudian, Zareed kembali bersama ubat dan pembalut. Dia mengambil duduk disebelah Erwan dan menghadap Erwan.
Tangan kiri Erwan diambil dan dilap dengan tisu dahulu. Darah kering je banyak ni cuma darah tu mengalir keluar lagi.
Ubat disapu dan seketika Zareed bersuara. "Siapa buat kau?" tegas suara itu menanyakan hal tersebut.
Erwan terkedu. Dia taknak Zareed tahu..
"Aku tanya, jawab jujur. Sebelum aku cari tahu sendiri, dengan kau-kau sekali kena dengan aku." ugut Zareed.
Erwan mengeluh sebelum menjawab. "Zafran.. pagi tadi dia call aku, dia kata nak jumpa pastu aku ikutkan jelah. Lepas aku dengan dia bergaduh mulut.. dia terus hiris tangan aku.." jelas Erwan membuatkan raut wajah Zareed berubah serta merta.
"Yang kau pergi jumpa dia tu kenapa? Kalau nak jumpa dia, ajak aku sekali. Bukannya memandai pergi jumpa sorang-sorang. Kau tahu sendiri kan dia gila? Kau memang nak dia bunuh kau ke, Muhammad Erwan Nial bin Eidlan?" ujar Zareed membuatkan Erwan menunduk.
"Dia suruh kau buat apa?" soal Zareed sebelum benang dan jarum diambil.
"Ceraikan Bunga.." jawab Erwan membuatkan darah Zareed semakin naik.
Memang cari nahas eh.
"Aku jahit luka kau jap." Erwan angguk.
Nak taknak dia kena ikutkan juga, siapa suruh memandai jumpa Zafran sorang-sorang.
Setelah selesai menjahit luka Erwan, Zareed terus membalutnya.
"Kalau Bunga tanya, kau nak jawab apa?"
"Aku jawab terkena kaca jelah." Keluh Erwan.
"Macam lah dia percaya." ujar Zareed sebelum dia bangun dan terus kedapur.
Erwan hanya diam merenung tapak tangannya yang telah dibalut.
Beberapa minit kemudian, Zareed kembali ke ruang tamu.
Erwan bangun dan berkata "Aku balik dululah, nak pergi rumah parents Bunga." Zareed angguk.
"Selamat menjawab dengan tenang tanpa ada tersasul lah ye?" usik Zareed membuatkan Erwan menjeling ke arahnya.
"Okay.. nanti kau balik rumah sana ke tidur sini?"
"Aku balik sana. Singgah kejap je ni, nak kemas apa yang patut." Erwan angguk dan berjabat tangan dengan Zareed sebelum keluar.
Zareed hanya menghantar kepergian Erwan dengan matanya sahaja.
Disebabkan jalan yang sibuk untuk sampai ke destinasi tersebut Erwan sempat singgah di gerai-gerai yang berdekatan untuk membeli makanan sebelum menyambung perjalanan untuk ke rumah keluarga Bunga.

YOU ARE READING
His Last Love S1 (C)
Fanfiction[ 𝐡𝐚𝐭𝐞 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] C ⚠️ DILARANG MENGGUNAKAN NAMA CHARACTER TANPA KEBENARAN ⚠️ Karya pertama. Stand Alone. Perjumpaan secara tidak sengaja telah meraih pergaduhan di depan cafe gara-gara terlanggar yang melibatkan kemarahan seseorang...