BAGASI ditolak keluar dari balai ketibaan ke bahagian mengambil penumpang. Sepanjang perjalanan ke Terengganu, hanya satu sahaja yang berada di fikiran Arisya.
Mamat mana pula yang bagi dia bunga?
"Ish serabut lah, dok tenang hidup aku, patut ke aku cerita dekat Shafiq?" Arisya meraup mukanya yang jelas tampak kepenatan. Dia sudah buntu memikirkan kemungkinan tentang bunga tersebut.
"Stress sangat tu muka." Kedengaran satu suara yang tidak asing di telinga Arisya, terus dia mengangkat wajah.
"Lame doh (Dah lama) ke sapa (sampai) ?" Arfan mengambil bagasi adiknya untuk ditolak ke tempat parkir kereta.
"Dok ah bar..." Tidak sempat Arisya menghabiskan kata-katanya, anak mata sempat menangkap kelibat di belakang Arfan yang juga sedang memerhatikan Arisya dengan riak yang jelas terkejut.
"Ini ke adik kau Shafiq?"
"Ini ke bestfriend mu tu?"
Arfan memandang mereka berdua secara bergilir-gilir sebelum membuat andaian sendiri. "Korang dua kenal ke?"
"Tak."
"Dok."
Mata mereka berdua bertemu untuk seketika, memberikan pandangan yang dua-dua tidak boleh mentafsir sebelum seseorang di tengah mula berdehem.
"Ehem, hidup lagi abang ye (dia) sini, jangan duk tenung tenung ngat ah. Baik sekmu (korang) cerita sekarang." Arfan membuat muka. Ingat dia tak nampak ke apa yang jadi tadi?
Tapi mudah lah sikit misi Arfan untuk menjadi cupid nanti.
"Kekgi ah (Nanti lah), orang lapo (lapar) ni," omel Arisya. Abangnya pun satu, tak menyabor sungguh.
"Mu bila je dok lapo." Arfan menggosok kepala adiknya sedikit ganas. Mujur Arisya memakai gaya melekap di dahi pada malam itu jadi tudungnya tiada awning, terselamatlah seketul Arfan Shafiq daripada di smack down oleh adiknya.
Nadhif yang hanya diam menjadi pemerhati tersenyum sedikit sebelum dia kembali menayangkan riak wajah kosong. Ya Allah ini jodoh atau hanya kebetulan? Punyalah ingatkan dia tidak akan berjumpa lagi dengan gadis di kedai buku tempoh hari, rupa-rupanya adik kawan baiknya sendiri.
"Sekarang dah pukul 11, makan kat mamak jelah," cadang Arfan semasa melihat jam tangannya.
"Dok kisoh (Tak kisah) mana-mana," jawab Arisya sebelum dia menguap. Orang biasanya tutup mulut sahaja, gadis itu malah menutup seluruh wajahnya.
Nadhif mengejar sedikit langkah Arisya yang berada di depan. Arfan pula memang sengaja membuka langkah besar, meninggalkan Nadhif dan Arisya di belakang, berharap salah seorang daripada mereka akan memulakan perbualan.
"Penat ke?" soal Nadhif mengejutkan Arisya.
Aik? Tadi dekat belakang lagi, derah ngat sapa (cepat sangat sampai) sini.
"Haa?"
"Takde apa." Nadhif berpaling ke arah lain untuk menyembunyikan senyumannya. Polos sangat muka tu wahai Cik Fiya.
Arisya mengerutkan sedikit keningnya sebelum kedua-dua bahunya diangkat. Malas hendak bercakap lagi, dia lapar sekarang ini.
"Buat penat je kecewa," omel Nadhif sendirian sebelum hujung bibirnya naik sedikit, mengukirkan senyuman.
"OKAY dah boleh cerita kut rasanya." Dua ketul manusia di meja makan tersebut hanya diam membisu. Naik bengang Arfan menunggu masing-masing membuka mulut. Sudahnya dia dulu yang mulakan.
YOU ARE READING
COAST GUARD : Lieutenant Nadhif
Romance(complete) ⁺✧ - COAST GUARD SERIES #1 blurb di dalam.