bab 55

2.6K 118 8
                                    

"SO, kenapa abang keluar malam tu?" soal Arisya. Sekarang sudu sudah bertukar tangan dan dia sedang menyuap suaminya makan.

Terbatuk-batuk Nadhif mendengar soalan Arisya. Teringat kembali pada peristiwa kejutannya yang tidak menjadi.

"Abang nak pergi bakeri sebelum simpang rumah kita tu lah," jawab Nadhif takut-takut.

Mesti kena pot pet nanti.

"Ya Allah abang!" Dipukulnya bahu Nadhif tanda geram.

"Kan Fiya dah cakap Fiya tak kisah, abang ni degil lah pastu keluar rumah tengah-tengah hujan lebat macam tu kan dah mendapat." Arisya tayang wajah cemberut.

Tengah maghoh ni wahai encik suami.

"Tapi gorgeous lari masuk bilik bacaan mesti sebab gorgeous sedih kan," bidas Nadhif tidak mahu kalah.

"Fiya sedih sikit aje, and Fiya tak nak besarkan hal tu lagi. Fiya lari sebab kalau Fiya tengok muka bersalah abang mesti Fiya lagi rasa nak nangis." jelas Arisya. Sudu ditangan kembali diletakkan ke dalam bekas di atas meja.

"See? Gorgeous sedih sebab abang. Mestilah abang nak pujuk balik." Nadhif tersebik sedikit. Baru jumpa beberapa minit dah kena bebel.

"Abang jangan buat macam tu lagi! Fiya takut." Dirangkul erat leher Nadhif sebelum sayup-sayup esakannya kedengaran.

Dah kali keberapa dia menitikkan air mata hari ini? Arisya pun tak pasti.

"Okay okay abang janji. Alololo baby besar abang ni jangan nangis banyak sangat, nanti sakit." Diusap kepala Arisya yang berlapik dengan tudung.

"Fiya penat lah. Nak tidur sekejap boleh? Muat ke kalau baring dekat sini?" soal Arisya saat pelukan mereka dileraikan.

"Muat je, katil ni besar, Wildan mintak wad VIP," jawab Nadhif bersahaja.

Buat apa ada member kalau tak mintak tolong kan? Nasiblah kau Wildan.

"Nanti bila dah nak habis visiting hour abang kejutkan Fiya tau." Kepalanya dibaringkan ke atas lengan Nadhif sebelum matanya dipejam erat. Walaupun bilik ini berbau hospital tetapi hidung Arisya masih lagi dapat menangkap bau suaminya. Sejak-sejak mengandung ni, dia suka bau Nadhif.

Lagi-lagi waktu lelaki itu baru balik kerja.

"Alaa tapi Fiya nak borak dengan abang." Matanya yang terkatup kembali terbuka walaupun hanya separa.

"Takpe nanti boleh borak lagi. Gorgeous rindu nak abang dodoi kan?" Ditepuk-tepuk isterinya agar Arisya kembali terlena.

"Rindu sangat," jawab Arisya perlahan.

"Haa jadi gorgeous kena tidur." Pipi isterinya dielus lembut sebelum dahi Arisya dicium lama.





"BILA nak bagitahu Zaf pasal Hareez tu?" soal Fayyad sambil menekan butang lif untuk ke tingkat atas hospital.

"Tunggu dia discharge lah, aku tak nak serabutkan otak dia, lagipun jantan tu dah masuk lokap," jawab Arfan bersahaja.

"All thanks to me okay, korang kena berterima kasih dekat aku." Wildan mendabik dada bangga. Sampai sahaja di hadapan wad Nadhif, lelaki itu terus membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu.

Terhenti pergerakan Wildan di hadapan pintu tersebut apabila dia melihat apa yang berada di hadapan mata.

"Ish kau ni kenapa pulak berhenti depan ni?! Dah lah beso!" Arfan berdecit kegeraman. Tangannya menolak tubuh sasa Wildan agar lelaki itu terdorong masuk ke dalam wad tersebut.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now