deleted scene (bab 19)

2.3K 78 8
                                    

PANTULAN dirinya dilihat berkali-kali di hadapan cermin. Arisya mengayakan dress labuh berwarna biru gelap dan tudung shawl hitam. Okey ke ni? Ke terlampau over?

"Uish cantiknya aku," seloroh Arisya keseorangan sebelum dia tergelak kecil.

Beg tangannya diambil dan dia mengatur langkah ke ruang tamu, menunggu kehadiran Nadhif. Arfan yang duduk di sofa sudah memberi pandangan mengusik.

"Jangok teh mung (melaram sangat kau)," sakat Arfan.

"Diam ah. Nok gi dating ni, mu apa tau, padan duk HTS je," bidas Arisya. Abangnya pun bukan main, padahal dia tu nak luahkan perasaan pun takut, kawad 24 jam boleh pulak.

"HTS?" Arfan mengerutkan dahinya. Dia ni terlalu tua ke untuk slang zaman sekarang?

"Hubungan tanpa status." Arisya menjelirkan lidahnya sebelum berlari ke pintu rumah apabila dia mendengar seseorang memberi salam.

Nafas ditarik dan Arisya sempat membaiki awning tudung melalui kamera hadapan telefonnya.

Pintu dibuka dan mata Arisya memerhati pemakaian Nadhif dari atas sehingga ke bawah. Liurnya ditelan kesat. Nadhif kelihatan sangat segak walaupun cuma memakai seluar slack hitam dan kemeja biru tua. Mereka memang bersetuju untuk memakai warna yang sama.

Sudah semestinya Arisya yang memilih, Nadhif hanya menuruti sahaja.

"Dah puas tenung?" usik Nadhif.

Alamak kantoi ke? Arisya tayang muka tidak bersalah sebelum dia memberikan senyuman kepada Nadhif.

"Sabarlah gorgeous, nanti dah kahwin kau tenung aku puas-puas okay? Aku tak lari pun." Nadhif masih lagi tersenyum mengusik, tangannya disilangkan ke dada.

Arfan yang melihat drama romantik TV3 ciplak itu terus menayang riak wajah jengkel sekaligus dengan pakej mengoles biji matanya ke atas. Rasa macam nak terbakar pulak tengok lama-lama.

"Eh Assalamualaikum, hidup lagi ni abang ye sini, panas wase jubo aku ni tengok sekmung dua ekor." Arfan memberi lirikan mata tajam.

"Lah kau, dulu ship sangat kitaorang, sekarang apa pasal kau nak panas panas pulak?" seloroh Nadhif.

"Malas nak layan, ni kau Nadhif aku nak pesan, hantar adik aku balik sebelum pukul sebelas, kalau tak aku tembak..." Arfan mengangkat tangan membuat gaya seperti sedang memegang sniper.

".....zap! Terus ke dahi kau bro," keras Arfan memberi amaran tetapi masih lagi berbaur gurauan.

"Info diterima." Nadhif angkat tabik hormat kepada Arfan sebelum mereka berdua tertawa.

Arisya hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat mereka berdua. Terasa seperti ada tangan yang menarik bag tangan miliknya menyebabkan Arisya terdorong sedikit ke hadapan.

"Jom, kita tinggal bocah single ni sorang diri." Nadhif masih setia menarik beg tangan gadis itu.

"I boleh jalan sendiri lah." Nadhif ni, kut ye pun nak sweet, jangan lah main tarik-tarik. Kalau terpeleot kat sini siapa nak tanggung?

"Lah kita baru nak jadi gentleman." Nadhif menceber sendiri sebelum dia mengorak langkah ke arah keretanya yang diparkir di hadapan rumah dua beradik itu.

💭🪽💌

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now