Unknown Number
- Assalamualaikum. Ini Nuwairah ke?Nuwairah membaca mesej yang baru diterima. Dia yang sedang fokus pada pembentangan di hadapan tiba-tiba merasa getaran di dalam handbag nya.
Terus Nuwairah buka mesej tersebut. Nuwairah ingat dari Puan Mariam. Rupanya bukan. Datang dari nombor yang tidak dikenali.
'Siapa pula ni?' Tanya Nuwairah di dalam hati.
Tak lama kemudian, Nuwairah dapat lagi satu mesej dari nombor yang sama.
Unknown Number
- Saya minta maaf kalau menganggu Nuwairah. Saya Afira. Dapat nombor Nuwairah dari kawan saya. Kawan saya cakap awak pandai buat kek. Jadi saya nak tempah kek hari jadi anak saya.
- Kalau Nuwairah tak busy, balas lah chat saya.Baru saja Nuwairah mahu membalas mesej itu. Nama Nuwairah dipanggil. Lantas Nuwairah memandang ke hadapan. Miss Nora merenung Nuwairah dengan riak yang seakan sedang menahan marah. Menelan air liur Nuwairah melihat riak muka Miss Nora.
"Saya paling tak suka kalau dalam kelas saya ada orang main handphone. Awak buat apa Nuwairah? Pakwe awak chat awak?" Laju Nuwairah menggelengkan kepala.
Pakwe mana? Bayang-bayang pakwe pun takda. Dari cari pakwe, baik cari suami. Lagi bagus.
"Habis tu apa?" Tanya Miss Nora lagi dengan riak muka yang masih sama.
"Ibu saya chat. Bagitahu pasal abah saya. Abah saya jatuh bilik air hari tu. Tadi pagi saya ada tanya keadaan abah saya dekat ibu saya. Maaf miss kalau saya menganggu kelas miss." Terpaksa Nuwairah bohong kepada Miss Nora sebab tak nak kena bebel dan marah.
"Oh. Takpa. Tutup handphone awak sekarang. Lepas ni boleh balas chat ibu awak tu." Arah Miss Nora tegas.
"Baik, miss." Akur Nuwairah. Sempat juga dia balas sekejap chat kepada nombor tersebut.
Nuwairah
- Waalaikumussalam. Nanti saya balas chat awak. Saya dalam kelas.Setelah dia menghantar chat itu, Nuwairah terus menutup handphone nya. Miss Nora sangat strict apabila mengajar. Dari awal dia masuk mengejar kelas Nuwairah, Miss Nora sudah siap beri undang-undang untuk kelas dia.
Tak boleh masuk lewat walaupun seminit, kena tepat waktu, tak boleh main handphone, harus fokus, tak boleh main-main dalam subjek dia, perlu lulus dan markah kena atas 70 dan banyak lagi peraturan yang dibuat Miss Nora.
Selepas itu, Nuwairah kembali fokus pada pembentangan di hadapan. Nayli mana? Nayli bukan budak-budak masak. Dia tak minat masak. Jadi dia ambil course business.
||||||||||
Mengembung pipi Nuwairah sambil menunggu Nayli dan Firdaus di kafe kampus. Nuwairah sudah habis kelas sejak dari 30 minit yang lepas. Sekarang tunggu dua orang kawannya pula habis kelas.
Lama dia menunggu sampai lah Nayli datang menepuk bahunya. Terhinjut kedua bahunya akibat terkejut dengan perbuatan Nayli barusan.
Menoleh kepala Nuwairah memandang Nayli. Usai itu, dia mencari keberadaan Firdaus. Mana Firdaus?
"Mana Fir?" Tanyanya.
"Fir balik. Tadi mak dia call minta hantar pergi supermarket. So dia tak boleh join kita lepak hari ni." Beritahu Nayli selari melabuhkan punggung di kerusi hadapan Nuwairah.
"Oh. Aku nak ajak kau pergi kedai. Nak beli barang buat kek." Ajak Nuwairah.
"Ada orang tempah ke?" Tanya Nayli dan Nuwairah mengangguk.
YOU ARE READING
DIA KEKASIH KU [C]
RomanceQayl Iskandar 💗 Kasih Nuwairah Qayl Iskandar seorang jejaka tampan yang sangat digilai ramai wanita. Tak kira tua atau muda. Mukanya tak ubah seperti orang barat dek kerana mempunyai darah campuran dari Greek dan Scotland yang asalnya dari belah Da...