BAB 33

2.2K 124 1
                                    

Terkejut Nuwairah saat ada yang memeluknya dari belakang secara tiba-tiba. Nasib baik air yang ada di dalam jug ini tidak tumpah. Tak usah Nuwairah mahu meneka atau merasa takut. Dia cukup kenal dengan bau perfume suaminya.

"Good morning, sayang." Ucap Iskandar seraya membenamkan wajahnya di ceruk leher Nuwairah.

Dihidu bau wangian yang terbit dari sang isteri. Senyum Iskandar ketika dapat bau isterinya. Wangi dan tenang sangat perasaannya sekarang.

"Good morning, abang." Balas Nuwairah selari menyandarkan kepalanya di bahu tegap Iskandar. Rasa selesa sangat.

"Buat apa?" Tanya Iskandar saja mahu berbasa-basi dengan isterinya.

"Buat air ni. Tiba-tiba ada dinosaur datang melekat peluk kita." Kata Nuwairah saja mahu mengusik suaminya. Berpaling Nuwairah melihat sang suami. Terletus tawa Nuwairah apabila melihat wajah cemberut Iskandar.

"Hehehe.. alolo.. masam pula muka dia. Nasib baik hensem lagi." Pujuk Nuwairah sembari memusingkan badannya menghadap Iskandar.

Kedua tangannya dikalungkan di batang leher Iskandar. Kakinya dijengketkan sedikit. Iskandar ni tinggi sangat. Kecil-kecil dulu tertelan tiang eletrik ke? Hm.

"Pandai cakap abang dinosaur. Kalau abang dinosaur. Sayang isteri dinosaur." Ketawa Nuwairah. Rasa kelakar pula.

Pantas Iskandar memeluk pinggang isterinya. Dahi Nuwairah dicium berkali-kali selepas itu bibirnya turun mencium kedua belah pipi Nuwairah. Geram tengok pipi tembam isterinya. Usai dicium pipi itu, Iskandar cubit pula.

"Abang ni.. suka cubit pipi saya. Nanti kendur pipi saya. Dah tak tembam." Omel Nuwairah tidak suka bila Iskandar asyik mencubit pipi dia dan ditarik-tariknya. Tahu lah geram. Tapi agak-agak lah.

Ini pipi Nuwairah. Bukan mainan squishy. Nak saja Nuwairah tumbuk perut Iskandar.

"Biarlah. Abang geram dengan pipi sayang ni. Tembam sangat. Sayang makan.. semua lemak tu terkumpul dekat pipi ke? Tak turun ke perut?" Mendengus Nuwairah mendengar bicara suaminya.

Ada ke kata isteri sendiri macam tu? Tak lama selepas itu, Nuwairah yang mula merasa geram dengan suaminya terus menumbuk perut Iskandar. Ditoel-toel dan digomol-gomol pipi Nuwairah. Naik lemas Nuwairah rasa lama-lama.

"Aduh! Sayang.. sampai hati tumbuk abang." Mencebik bibir Iskandar sembari memegang perutnya. Dipandang muka isterinya dengan riak sedih sambil meminta simpati pada si isteri.

Tapi Nuwairah hanya buat muka selamba saja. Jug air tadi diambil dan dibawa ke meja makan. Kejap lagi Encik Norman dan Nuqman balik dari kebun. Jadi mereka boleh sarapan sama-sama. Lagi pula Nuwairah dah siapkan semua sarapan.

Iskandar yang melihat isterinya begitu cepat-cepat dia mengejar langkah sang isteri. Salah dia sebab gomol pipi isterinya. Tapi nak buat macam mana? Dah Iskandar terlalu obses dengan pipi Nuwairah.

Baru saja Iskandar mahu memeluk isterinya. Encik Norman memberi salam seraya mematikan niat Iskandar. Malu lah kalau Encik Norman nampak dia bermanja dengan Nuwairah. Sepatutnya Nuwairah yang manja dengan dia. Iskandar kena tunjuk macho.

"Assalamualaikum." Encik Norman beri salam dan melangkah masuk melalui pintu dapur. Nuqman ada di belakang abah nya. Dia turut memberi salam.

"Waalaikumussalam." Jawab Nuwairah dan Iskandar serentak. Iskandar lekas mengambil tempat duduk bersebelah dengan isterinya.

"Abah dan Man dah sarapan?" Soal Nuwairah. Tangannya bergerak mengambilkan nasi goreng yang dimasak untuk Iskandar.

"Terima kasih, sayang." Ucap Iskandar setelah Nuwairah meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng di hadapan Iskandar. Nuwairah sekadar balas dengan senyuman.

DIA KEKASIH KU [C]Where stories live. Discover now