BAB 17

1.9K 117 5
                                    

Menggerutu Nuwairah menunggu Nayli dan Firdaus. Dari tadi Nayli kata sekejap lagi, sekejap lagi. Tapi batang hidung pun tak nampak. Dah lah panas di perhentian bas ini.

Nayli yang suruh Nuwairah tunggu di sana kerana mereka bertiga berjanji mahu keluar selepas habis kelas. Tapi masalah sekarang Nayli dan Firdaus tak muncul-muncul? Kelas mereka bertiga sudah habis di jam yang sama. Sudah tiga puluh minit berlalu.

Hanya Nuwairah saja yang menunggu. Nayli dan Firdaus pula tak tahu ke mana. Bila ditelefon asyik cakap sekejap lagi sampai. Sampai mana pun tak tahu lah.

Penat Nuwairah menunggu. Nuwairah melepaskan keluhan lelah. Selepas itu, Nuwairah melabuhkan punggungnya di atas kerusi besi panjang yang ada si situ. Sakit bontot dia kerana asyik duduk dan bangun.

Tak lama kemudian, datang Nayli dan Firdaus sambil menaiki kereta Firdaus, Honda City. Nayli menurunkan tingkap kereta sembari menegur Nuwairah.

"Oi mak kiah! Buat apa dekat situ? Moh ler naik kereta sini!" Ajak Nayli sambil dagunya direhatkan di tingkap kereta.

Menyepet mata Nuwairah memandang Nayli. Ketuk kepala tu karang. Dasar mak cik kepochi sembang lebat. Babi pun boleh terbang.

"Diam lah kau nenek lampir. Banyak suara pula. Dah lah lambat. Sekejap lagi, sekejap lagi. Hish!" Marah Nuwairah seraya berjalan menghampiri kereta Firdaus.

Firdau pula dah ketawa di dalam kereta dengan gelagat Nayli dan Nuwairah. Kadang-kadang Firdaus terfikir macam mana budak dua orang ni boleh duduk serumah? Agak-agak periuk belanga tu terbang tak? Risau juga Firdaus kadang-kadang dengan perangai budak dua orang ni.

Nuwairah membuka pintu kereta belakang lalu masuk ke dalam perut kereta. Setelah itu, Nuwairah tutup semula sambil menyilangkan kedua tangannya dan memuncungkan bibirnya.

"Allah.. panjangnya muncung tu. Dah serupa angsa liar aku tengok." Kutuk Nayli selamba selari menghamburkan tawanya.

"Fir, kau nak tahu.. mak cik ni tak move on lagi dari Ziyad. Hari tu aku nampak baju jersey yang Ziyad selalu pakai dulu ada dalam almari dia. Lepastu aku pernah nampak yang Nayli dok cium dan peluk baju tu. Belum move on cakap dah move on. Pigi lah kau. Sembang je lebih. Bukan aku tak nampak kegiatan haram kau tu." Makin galak Firdaus ketawa apabila melihat wajah cemberut Nayli.

Nayli pantas memusingkan badannya ke belakang dan menjegilkan kedua biji matanya kepada Nuwairah. Tapi mulut Nuwairah macam kereta api. Tak dapat Nayli tahan.

"Eh kau.. macam trumpet mulut kau ni. Kau jangan sampai aku sumpit bontot kau. Memang kejap lagi kau kena sembelit masa nak berak." Bidas Nayli tak mahu kalah.

"Sumpit lah, sumpit lah.. aku tak heran." Nuwairah menjelirkan lidahnya mengejek Nayli. Saja nak sakitkan hati Nayli.

Baru saja Nayli mahu membalas. Firdaus lebih pantas menyampuk. Ini kalau dibiarkan mahu sampai ke sudah takkan habis.

"Dah, dah. Lebih baik kita gerak sekarang. Kejap lagi tutup kedai nasi lemak sotong yang korang nak tu." Nayli kembali berpusing mengadap hadapan.

Nuwairah pula menarik tali pinggang dan dibelitkan ke bahagian pinggang. Walaupun duduk di kerusi belakang. Tetap utamakan keselamatan. Jangan ambil remeh perkara keselamatan jalan raya.

||||||||||

Nuwairah mengelap bibirnya dengan tisu setelah habis makan. Setelah itu, Nuwairah meminta izin untuk ke tandas sekejap. Nayli dan Firdaus mengangguk sekejap memberi izin kepada Nuwairah.

Nuwairah bingkas bangun dan bergerak menuju ke arah tandas yang berada di belakang kedai makan itu. Selepas beberapa minit, Nuwairah masih belum balik ke meja makan.

DIA KEKASIH KU [C]Where stories live. Discover now