BAB 3O

447 15 0
                                    

Thariq celikkan mata sebelah untuk melihat suasana biliknya saat itu. Telinganya menangkap bunyi ketikan yang datang dari komputer, dengan perlahan dia menghela nafas panjang seraya kepala digelengkan. Dah lewat macam ini pun isterinya masih tak tidur lagi, masih setia bertemankan manuskrip.

"Sayang, awak tak tidur lagi ke?" Tanya Thariq sambil melirik ke arah jam yang terletak di atas meja menunjukkan 2.46 subuh.

Arra lekas menoleh, satu senyuman nipis dia beri pada suaminya.

"Tak ngantuk lagi. Abang kenapa terjaga? Saya buat bising eh?" Dia mengajukan soalan semula kepada Thariq.

Kepala yang tak gatal di garu oleh Thariq, kini dia sudah berada di belakang kerusi Arra. Matanya yang kuyu menatap skrin PC milik isterinya itu yang sudah dipenuhi oleh beberapa perenggan mungkin sekejap lagi akan selesai lah kerjanya.

"Tak, cuma risau sampai sekarang awak tak tidur lagi. Nanti karang awak bukanya tidur terus, nak tahajud lagi lepas tu tunggu waktu subuh... Dah subuh masak sarapan dan tunggu abang pergi kerja, awak tak penat ke manja? Awak tu perlukan rehat yang cukup juga." Omelnya penuh rasa bimbang.

Kalah-kalah pula Arra ini penulis terkemuka, padahal apalah nak dibandingkan sangat karyanya itu dengan Ammar Abdullah, suaminya sendiri.

Arra ketawa pendek, dia melangut kepala untuk melihat wajah suaminya.

"Saya okay, saya bukanya macam abang... Paksa badan untuk bekerja, saya tahu di mana tahap kekuatan tubuh saya. Kalau saya penat dah tentu saya rehat juga, abang jangan risau." Tuturnya penuh lembut.

Kepala Arra diusap perlahan oleh Thariq.

"Lama lagi ke nak siap?"

"Sikitttt aje lagi."

"Habiskan lah dulu, abang tolong bancuhkan awak kopi." Thariq tersenyum lebar sambil tanganya menggapai cawan berwarna hitam kepunyaan Arra.

Arra tunjuk muka serba salah. Cawan itu ditahanya sebentar.

"Eh tak payah lah, nanti saya buat sendiri. Rasa berdosa pula." keluhnya, lantas Thariq ketawa halus.

"Abang yang nak buatkan untuk awak, kita kan saling rebut pahala." Thariq kenyitkan mata sebelum berlalu pergi keluar dari bilik.

Bibir Arra terukir senyuman penuh bahagia seraya anak matanya masih mengejar kelibat Thariq yang mulai sirna dihadapanya.


----


"Abang rasa buku baru saya ni, akan dapat ramai sambutan tak?"

Tanya Arra penuh ragu. Sekotak buku hasil cetakan yang baru sahaja sampai ke rumah direnung beberapa saat olehnya. Dia sedar, karyanya tidaklah semegah mana tapi dia hanya mahu berdakwah melalui penulisan di mana dia sudah selitkan dakwah itu di dalam emosi cinta, marah, ataupun kecewa.

Arra mahu membuka mata dan minda pembacanya bahawa serapuh apapun perasaan yang menimpa diri, jangan terus mengalah. Allah itu maha menguji hambaNya yang dia cintai maka yakinlah, selepas derita pasti bahagia.

"Mestilah seronok! Abang kan dah baca, tak percaya kat abang ke?" Balas Thariq bersahaja.

Arra hanya mimikkan muka, rasa tak percaya diri walaupun bukunya sudah terpampang depan mata.Thariq yang menyedari hal itu lantas dekatkan diri pada Arra, bahu isterinya disentuh dengan lembut.

"Jangan usaha sebab takut gagal. Awak kena usaha sebab nak rasakan keseronokkanya nanti di kemudian hari, sudah tentu bila kita usaha Allah akan membuka jalan kejayaan di akhirnya. insyaAllah." Thariq meyakinkan Arra.

Arra terdiam sejenak. Pandanganya kini beralih ke Thariq, lelaki itu masih dengan senyuman di bibirnya sedaya upaya mahu menghilangkan rasa gelisah di hati Arra. Jika bukan sebab Thariq, pasti dia sudah tinggalkan dunia penulisan yang penuh lika liku ini, yang selalu meletihkan mentalnya. Kalau dulu dia ada Puan Sahiba yang sentiasa menyokong kerjanya dan sekarang pula, dia miliki Thariq yang selalu ada disisinya.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now