Thariq mengurut pelipis kepalanya lembut seiring dahinya berpeluh. Sudah sejam dia sampai ke office tapi gambaran isterinya ketika di rumah itu masih bermain di fikiran dan kornea matanya. Sangat cantik hingga buatkan dia tak tahu nak duduk diam.
Adakah ini hasil daripada dia menjunjung tinggi egonya? Dia berpendapat lebih baik dia terus menerus berlagak seperti ini, asalkan boleh melihat pemandangan seperti itu setiap hari. Hati suami mana yang tak sejuk.
Telefon pintar dari tadi berada di genggaman, besar keinginan di hati mahu menelefon isterinya tapi semua itu terhenti bila sifat pentingkan diri menyelebungi. Dia yakin, Arra sangat cintakan dia dan tak mahu kehilanganya sebab itu Arra berubah sedrastik itu.
"Good job, Thariq." Getusnya perlahan diiringi senyuman penuh rasa bangga.
----
Surat dari doktor dan dua alat ujian kehamilan itu ditenung lama. Satu helaan nafas Arra lepaskan, dia berasa lega bibirnya pun turut mempamirkan senyuman kelat.
"Alhamdulillah." ucapnya sambil mengemas semua itu dan beberapa kertas yang lain ke dalam satu fail, dan alat ujian kehamilan itu diletak dalam satu kotak kecil juga.
Kini dia beralih pula mengemas beberapa buku-buku miliknya untuk dimasukkan ke dalam kotak kosong bersaiz besar. Termasuklah buku karya milik Ammar Abdullah dan Nur Cahaya yang dikenali ramai. Ya, buku hasil karya mereka suami isteri.
Setelah selesai, dia mengemas area meja kerja suaminya. Arra letak beberapa kuntum bunga tulip berwarna putih untuk menjadi penghias matanya dikala seharian bekerja menatap komputer. Rak-rak buku milik Thariq pun dikemas penuh hati-hati, selalunya memang tempat inilah menjadi favorite spotnya sewaktu bekerja tapi semenjak dia dan Thariq masing-masing nak tunjuk sikap dingin, Arra tak berani nak menyentuh lagi.
Bila kerjanya sudah habis, Arra berlalu ke bahagian dapur untuk mengemas barang-barang yang sudah dibelinya tadi. Tinggal tunggu hujung minggu sahaja untuk berperang semula dengan kuali secara besar-besaran sebab nak jemput ummi abah dan mama papa mentuanya ke rumah untuk makan bersama.
Tiba-tiba telefonya yang berada atas meja itu berdering. Lekas dia menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam, Puan Nur Arra Walidah binti Mohamad."
Arra membuka apron yang dia pakai saat itu dan mula mengatur langkah kakinya menuju ke tingkat atas.
----
Thariq duduk di balkoni rumah sambil tanganya laju bekerja di papan kekunci, menyiapkan manuskrip untuk buku baru yang akan terbit pada bulan ini. Secawan kopi diletak di sebelahnya, Thariq memandang cawan itu sekilas.
"Terima kasih."
Pandanganya naik ke tangan Arra lalu ke wajahnya. Isterinya hanya menunjukkan senyuman paksa, mukanya agak kepucatan tapi masih terlihat cantik. Dia cuba untuk menyenangkan hati Thariq walaupun dia letih seletihnya.
"Awak okay ke manja? Kenapa lesu?" Soal Thariq prihatin.
Arra menggeleng tanda menafikan.
"Saya okay cuma penat sikit. Abang buatlah kerja ya, saya tak nak ganggu." Arra membalikkan tubuh, mahu masuk ke dalam.
"Awak..." Panggil Thariq. Arra pun menoleh.
Thariq tunjuk langit yang malap, hanya dihiasi bulan terang benderang hingga cahayanya memantul ke arah mereka berdua.
"Ada bulan." Kata Thariq.
Arra palingkan muka untuk melihat bulan tersebut. Perlahan-lahan bibirnya senyum menyenget.