aksara 43

1.5K 154 13
                                    

Madiha mengumam kecil lagu lagu yang menyapa minda. Barang barang yang bertaburan di atas meja dikemas rapi sebelum beg miliknya disangkut bahu.

"nak balik dah Madiha ?."

Madiha tersenyum manis.
"haah kak.. boss bagi saya balik awal harini."

"mood dia tengah baik lah tu."

Madiha hanya tertawa kecil. Ucapan selamat tinggal diberi sebelum kaki itu menapak penuh anggun menuju ke lift pejabat.

Tiba sahaja di tempat parking kereta. Langkah dituju ke arah keretanya. Beg miliknya diletakkan ke seat penumpang sebelum dia memboloskan diri masuk ke dalam kereta.

Kereta itu mula dipandu keluar dari kawasan pejabat. Madiha memberi sepenuh tumpuan pada pemanduan seraya minda ligat berfikir apa yang patut dia makan sebagai makan malam.

"hm.. nak masak macam malas."

Madiha mengumam lembut. Masih berfikir menunya untuk makan malam.

.⁠。⁠*⁠♡

Kunci rumah dibuka, sebelum kaki itu menapak masuk ke dalam rumah. Kasut tumit tinggi miliknya dibuka lalu disusun rapi. Beg beg yang berada dipegangan diletakkan ke atas sofa.

Kaki itu melangkah ke dalam bilik membiarkan beg kerjanya di ruang tamu.

Beberapa minit kemudian, susuk Madiha kembali ke ruang tamu dengan tubuh yang sudah memakai baju kelawar dan rambut yang basah tanda dia baru selesai membersihkan diri.

Dapur dituju, kabinet dibuka sebelum mata itu menatap apa yang ada di dalam kabinet.
"alahaii Madi.. kau punya busy sampai tak sempat beli grocery."

Mata tertacap pada satu paket maggie tomyum jenama chef yang belum dibuka. Bersinar anak mata itu melihat satu satunya stok makanan yang dia punya.

"kau lah penyelamat aku maggie."
Paket itu dicapai. Periuk kecil berona hitam yang berada di rak dicapai lalu diisi air tapis.

Periuk itu kemudiannya diletakkan ke atas dapur gas. Api sedaya upaya dihidupkan namun tidak bernyala membuatkan Madiha menghela nafas kasar.
"alahhh aku laparlah kau nak buat hal."

Setelah mencuba beberapa kali, Madiha mengalah. Paket maggie ditinggal tidak dibuka. Dengan dengusan kasar dia menapak kembali ke dalam bilik. Tudung sarung dan cardigan dipakai. Tangan mencapai dompet dan handphone.

Kaki hanya menyarungkan selipar. Setelah memastikan rumah dikunci, Madiha melangkah ke arah lift. Hendak menuju ke kedai mamak berhampiran.

.⁠。⁠*⁠♡

Madiha melabuhkan duduk. Tangan diangkat memanggil pelayan. Pelayan yang sudah mengenali Madiha mendekatinya bersama senyuman.

"macam biasa ka ?."

Madiha tersenyum sebelum mengangguk.
"macam biasa."

"wokey."
Anne itu mengangguk sebelum meninggalkan Madiha.

Terbuktilah Madiha kerap makan di sini sehinggakan pekerja kedai mamak ini turut mengenalinya.

Madiha menongkat dagu menatap drama melayu yang terpasang di televisyen sementara menunggu makanannya tiba. Berkerut dahi Madiha melihat drama itu terpapar bagaimana seorang lelaki menampar isterinya sendiri.
"ee dayus."

Selamba Madiha memberi komen namun dia tetap menonton drama itu biarpun dia tidak faham dengan alur cerita.

"makan tak ajak pun."

aksaraWhere stories live. Discover now