BAB O3

366 23 0
                                    

Pintu rumah agam itu ditutup dengan perlahan supaya kedatanganya tidak mengejutkan sesiapa.

Selangkah demi selangkah Eiran menyusuri anak tangga. Berharap dirinya tidak bertembung dengan ayah atau ibunya. Dia belum bersedia untuk memulakan sesi soal jawab bersama mereka.

Hampir setapak lagi mahu melangkah ke pintu bilik. Tapi kelibat Datin Salamah sudah terlihat di ambang pintu biliknya, matanya bersinar terang setelah melihat figura Eiran yang baru sahaja sampai.

"Eir..." Seru ibunya.

Eiran pejam matanya rapat. Akhirnya bertemu juga dia dan ibunya, padahal sudah sedaya upaya dia perlahakan langkah kaki.

Genggaman di tombol pintu itu Eiran lepaskan pasrah lalu dia pusingkan tubuh menghadap Datin Salamah.

"Ibu... Ingat dah tidur tadi, sebab tu Eir tak ketuk pintu." Kata Eiran sambil mencium tangan kanan ibunya.

Datin Salamah memeluk tubuh Eiran sebelum satu kucupan didaratkan pada dahi anak lelakinya itu.

"Ibu tunggu Eir balik." Senyum Datin Salamah.

"Kenapa tunggu Eir balik?" Eiran kerutkan kening, Datin Salamah beri pandangan tak percaya.

"Seriously Eir tanya ibu macam ni? Kan ibu memang selalu tunggu Eir balik rumah. What's going on? Amnesia ke apa?" Tanya Datin Salamah.

Eiran menghela nafas panjang, dahinya habis basah dek peluh. Jujur dia tak tahu nak menipu atau menyorokkan apa-apa dari ibunya, tapi kali ini dia mengambil keputusan gila dan sudah tentu bila Datin Salamah mengetahui hal itu pastinya anak membuatkan Datin Salamah naik angin.

"Sorry ibu. Eir letih sikit, boleh Eir masuk tidur? Ibu pun... Rehat lah juga, esok kita borak." Eiran memujuk dengan senyuman manis terhias di wajahnya.

"Fine, go to sleep. Esok kita sembang tapi kak Lia tak balik rumah lagi ni... Ibu nak tunggu kak Lia balik dulu baru ibu tidur." Balas Datin Salamah.

"Tak payah tunggulah ibu, kak Lia tak balik malam ni."

"Huh? Kenapa pula? Kak Lia ada inform Eir apa-apa ke?" Tanyanya bertubi-tubi seiring dengan dahinya berlapis, pelik kehairanan.

Eiran jadi salah tingkah. Apa masalah kau ni Eiran, hampir-hampir semua benda kau nak beritahu ibu kau.

Bibir diketap geram, bengang dengan diri sendiri.

"Err... Iyup. Kak Lia Whatsapp Eir tadi, dia kata dia tidur rumah kawan dulu malam ni esok pagi baru balik." Tipu Eiran.

Minta maaf ibu. Tak berhenti hatinya berbisik agar ibunya memaafkan dia, dia takut jika hidupnya tidak berkat kerana menipu ibunya sendiri. Walaupun nawaitunya mahu menceritakan hal yang sebenar tapi dia lebih memilih untuk kunci mulut serapatnya.

Sebab Eiran cukup kenal dengan sifat ibunya. Dan tidak semudah itu Datin Salamah akan setuju dengan pernikahanya dengan Maria, lagi-lagi mereka berdua berlainan agama.

"Oh ye ke, well as you said. Ibu masuk dulu awak pun take a rest okay. Mesti penat riding motor seharian." Ucap Datin Salamah.

Eiran mengangguk lembut.

"Good night ibu."

"Night, sweet dreams."

Akhirnya sampai juga Eiran ke dalam bilik dengan selamat tanpa diaujukan soalan lebih-lebih. Namun itu tidak menjanjikan yang dia sudah terlepas, masih ada hari esok di mana ibu ayahnya akan menyoal setiap perbuatannya selama bermusafir dengan jemaah masjid. Lagi-lagi bila kak longnya ikut sekali, pasti dia tak ada celah untuk dia melarikan diri.

Checkmate.

"Ya Allah. Permudahkan lah segalanya." Eiran raup wajahnya kasar. Fikiranya cukup kusut hari ini, semuanya terjadi dalam sekelip mata.

Eiran duduk di birai katil. Matanya memandang ke arah cermin yang terletak di penjuru biliknya. Beberapa saat dia mengelamun memikirkan tentang Maria.

"Betul ke apa yang kau buat ni Eiran?"

"Kau yakin ke dia tak bodohi kau."

"Kau yakin dia perempuan yang baik? Macam mana kalau dia memang seorang perempuan yang melakukan pekerjaan keji tu?"

Eiran menggeleng-gelengkan kepala. Cuba menepis suudzon yang merasuki fikiranya saat itu, dia yakin keputusanya sudah tepat untuk menjadikan Maria sebagai isterinya.

"Eiran, ini amanah Allah. Allah jadikan kau perantaraan untuk dia bertemu tuhanya." Kata Eiran lagi penuh yakin.

----

"Pakai ni, lap kat bibir yang luka tu." Lia hulur ubat bertekstur krim pada Maria.

Maria ambil seraya melemparkan senyumanya. Tidak lupa juga dia sempat menuturkan terima kasih pada Lia.

"Sama-sama." Lia perhati gerak geri Maria yang duduk berhadapan denganya.

Mula-mula dia bertemu Maria tadi, dia hampir terperanjat. Dia berfikir-fikir dari mana agaknya asal Maria dengan solekan tebal dan pakaian yang agak menonjol itu. Tambah lagi, dia susah untuk percaya yang Eiran mahu berkahwin dengan Maria. Bukankah itu suatu yang tak masuk akal.

Lia tahu bagaimana cita rasa adik lelakinya dalam memilih suri hati, dan ciri-ciri itu langsung tidak dia temui pada Maria.

Namun semua persepsi Lia hilang begitu saja setelah melihat Maria membersihkan dirinya. Tanpa solekan yang tebal pun sudah menunjukkan kejelitaan semula jadi Maria. Baju yang tidak cukup kain itu pun ditukar dengan baju sedia ada Dahlia yang memang diletak di dalam kereta untuk kegunaan urgent.

Walaupun Maria tidak bertudung dan berbeza agama dengan mereka, Lia yakin Maria adalah gadis yang baik.

"Maria."

"Iya?" Maria menoleh.

"Macam mana Maria boleh sampai sini?" soal Lia sekadar ingin tahu.

Maria tak menjawab, belum sedia untuk bercerita.

"Akak faham kalau Maria tak nak cerita." Lia mengubah topik agar tiada perasaan canggung antara mereka. Dia harus hilangkan ketakutan pada diri Maria, dan tidak sepatutnya Lia mahu memaksa.

"Minta maaf kak, bukan niat Maria tak nak ceritakan pada akak. Tapi saya belum sedia dan cukup kuat untuk beritahu satu persatu tentang apa yang terjadi pada Maria." Jelasnya.

Lia senyum nipis dan anggukan kepala, bahu Maria diusap lembut. Satu permulaan yang baik pada Maria sekurang-kurangnya dia sudah berani mahu menuturkan lebih dari satu ayat. Tidak seperti sebelum ini, sepatah-sepatah sahaja keluar dari mulutnya.

"Tak apa, akak faham. Take your time." Ucap Lia.

"Maria sangat terhutang budi pada abang Eiran. Kalau bukan sebab dia, entah apa lagi yang akan menimpa diri Maria..." Suaranya bergetar menahan sebak.

"Eiran memang dibesarkan dengan pandangan bahawa perempuan itu haruslah dilindungi dan dijaga. Tiada satu alasan pun yang membolehkan seorang perempuan diseksa atau diperlakukan tak ubah seperti binatang. Anggaplah pertemuan kamu berdua adalah takdir daripada Allah dan adanya Eiran yang menjadi tempat Selamat untuk Maria lepas ni." Kata Lia.

Maria berfikir sejenak. Takdir? Adakah semua itu sudah takdirnya?

Datang ke Kuala Lumpur tanpa tahu selok belok yang ada hingga mencipta memori kelam dalam hidupnya. Lalu bertemu pula dengan Eiran dan ditangkap berkhalwat, tidak cukup itu diharuskan pula untuk bernikah. Inikah semua yang tertulis di dalam suratan takdirnya?

"Maria tidurlah, berehat secukupnya. Esok banyak hal penting yang kita kena selesaikan." Lia mula membetulkan posisinya siap sedia untuk rebahkan badan.

"Kejap lagi Maria tidur." Balasnya. Lia angguk dengan matanya yang kuyu, sudah tak larat bercengkang mata berbual dengan Maria.

Maria menghela nafasnya panjang.

"Mak... " Maria tertunduk sambil menekup wajahnya guna tangan. Esakkan tangisan dia perlahankan agar Lia tidak mendengarnya.

Hanya kata itu yang mampu dia ucap saat ini. Hanya gerangan itu yang dia mampu seru dikala batinya lelah walaupun hakikatnya dia tahu, tidak semudah itu mereka bersua muka semula.

Sesuci Air Embun (ON-GOING)Where stories live. Discover now