BAB 14

313 30 2
                                    

Dahlia lajukan aturan kaki menuruni tangga sambil tanganya sibuk membetulkan tudung dan baju kurung shiffon yang dipakainya.

"Lia, nak makan ke? Mak Nab boleh sediakan." Tanya mak Nab yang melihat Dahlia bersiap hendak pergi ke kerja.

"Buatkan teh aje lah mak Nab. Nanti saya makan kat sekolah." Jawabnya diiringi senyuman nipis.

Mak Nab mengangguk akur dan menukar haluan pergi ke arah dapur. Sementara itu Dahlia mula duduk di kerusi meja makan, matanya mencari-cari kelibat ibu dan ayahnya yang tak kelihatan.

Kedengaran suara gelak ketawa yang datang dari arah halaman rumah. Makin berkerut kening Dahlia, dengan siapa pula ibu berbual? Takkan kak long.

Tiba-tiba Dato' Othman masuk ke dalam. Mahu naik ke tingkat atas namun cepat Dahlia bangkit dan menuju ke arah ayahnya.

"Ayah." Panggil Dahlia. Langkah kaki Dato' Othman terjeda, pandangan dialihkan pada anak perempuannya itu.

"Iya Lia?"

"Siapa kawan ibu sembang? Rancak semacam aje." Soalnya.

Dato' Othman toleh halaman rumah sebelum memandang Dahlia semula.

"Adira." Singkat Dato' Othman, mata Dahlia terus membulat.

"Adira? Dah kenapa dia datang sini?"

"Entah lah, mungkin ibu Lia yang panggil. Ayah pun naik penat nak melayan baik pergi office lagi bagus." Balas Dato' Othman pasrah.

Dahlia berdiri kaku, matanya setia memandang ke arah halaman rumah. Apa lagi rancangan ibunya lepas ini siap panggil Adira datang rumah bagai.

----

Eiran sentuh perut sendiri dengan mimik mukanya seakan menahan senak. Awal pagi lagi dah menjamah nasi goreng berlauk hasil air tangan Maryam, Eiran bukannya biasa nak ambil makanan berat terus tapi sayang isteri punya pasal. Tak berani nak complain lebih-lebih.

Maryam dekatkan diri pada Eiran yang sedang duduk bersandar dekat sofa.

"Awak?"

Eiran celikkan mata cepat dan pandang Maryam.

"Saya"

"Awak okay ke? Macam tak selesa aje." Soalnya prihatin, Eiran hanya mampu tayang sengih.

"Alhamdulillah okay cuma nak rehatkan perut dulu... Kenyang sangat. Rasa-rasanya tak makan lunch dah ni." Sambung Eiran.

Maryam hanya ketawa pendek lalu dia pun labuhkan punggung di samping Eiran.

"Awak tak masuk kerja?"

"Kejap lagi." Jawabnya singkat sambil merangkul bahu isterinya.

Maryam diam tak menjawab. Matanya sibuk menonton rancangan television yang bersiaran, sementara Eiran tak pergi kerja boleh lah dia luangkan masa berdua macam ni tapi bila Eiran dah masuk kerja tinggal lah Maryam duduk dalam rumah besar tu melayan perasaan seorang-seorang.

"Sayang." Panggil Eiran.

Maryam agak terperanjat dengan panggilan itu, tapi dia cuba berlagak tenang.

Maryam menyahut seiring dengan kening dijengketkan.

"Saya teringin nak jumpa mak mentua saya. Dia kat mana?" Tanya Eiran.

"Mak dekat Sabah... Mak tak berapa nak sihat, sebab itu saya beria nak cari kerja dekat sini untuk kos pembedahan mak nanti." Suara Maryam menahan sebak teringat dengan keadaan ibunya yang berada di kampung.

Eiran betulkan posisi duduk untuk melihat isterinya lebih jelas.

"Mak sakit apa?"

"Barah otak."

Sesuci Air Embun (ON-GOING)Where stories live. Discover now