BAB O8

253 21 0
                                    

Dahlia terus terdiam. Darahnya berderau bila bibirnya terlepas rahsia yang sepatutnya dia dan Eiran sahaja tahu.

Hafsyah menukar langkah mahu keluar kamar. Tapi pantas tanganya direntap oleh Lia hingga membuatkan langkah kakinya itu terhenti.

"Kak... Lia mohon, jangan bagitahu ibu ayah tentang ni." Rayu Lia.

Kakak sulungnya itu menoleh dengan wajah dinginya. Tanganya yang ada dalam genggaman Lia ditarik kuat olehnya.

"I couldn't believe you dengan Eiran sanggup sorokkan hal terkutuk ni dekat ibu dan ayah. Nak jadi anak derhaka ke apa?!" Tengkingnya.

Dahlia sudah nangis tertunduk.

"Eiran tak ada tempat untuk mengadu. Dia ada kita je kak, kalau bukan kita berdua siapa lagi yang faham dia." Kata Dahlia.

"Habis ibu tu apa?"

"Ibu lain... Ibu strict dengan Eiran, tak semua keputusan Eiran ibu akan setuju." Balasnya lagi.

Hafsyah terdiam. Dia alihkan pandangan ke tempat lain.

"Kak, please... Sorok tentang ni dari ibu dan ayah." Dahlia pegang tangan Hafsyah, cuba untuk memujuknya supaya tak pecahkan rahsia itu pada sesiapa melainkan mereka bertiga.

"You don't need. Ibu dengar semuanya."

Pintu bilik dibuka secara mengejut. Figura Datin Salamah muncul di permukaan pintu, bermaksud dia sudah mendengar semua perbualan dua beradik itu.

Dahlia menghela nafas panjang, lebih tepatnya lagi dia hanya mahu melepaskan segala kegelisahan di dadanya. Sudah tentu Eiran tidak akan terlepas kali ini, semuanya hancur kerana Dahlia.

Hafsyah cuma diamkan diri, langsung tidak membela tak juga bersuara untuk pulihkan keadaan. Sampailah Datin Salamah berdiri di hadapan mereka.

Dahlia tundukkan kepala sambil gigit bibir bawah.

"I...ibu. Lia boleh terangkan...-"

PAKK!!!

Kepala Lia tertoleh kerana tamparan kuat Datin Salamah yang hinggap ke pipi kananya. Mata dipejam kuat, menahan sakit.

"Sanggup Lia tipu ibu. Sejak bila pandai menipu ibu dan ayah ni?" Herdiknya kuat.

Dahlia tak berani angkat pandangan. Dia malu dilempang di hadapan Hafsyah, dia redha walaupun sangat berjauh hati dengan perbuatan ibunya.

"Sepatutnya Lia jadi contoh yang baik buat Eir, larang dia buat benda yang tak elok... Bukanya bagi muka! Nak jadi apa ni?" Sambung Datin Salamah lagi.

"Ibu... Eiran tak buat semua tu. Dia cuma nak tolong isteri dia." Dahlia tak hiraukan diri sendiri, masih mahu mempertahankan Eiran.

"Ibu tak percaya Lia lagi." Datin Salamah menjeling selepas itu berlalu keluar dari bilik Dahlia.

Hafsyah terkaku dalam masa yang sama dia juga kesian dengan Dahlia tapi dia juga tak boleh membantah hak seorang ibu, yang salah tetap salah. Dia tidak berpihak pada adik-adiknya melainkan hanya Datin Salamah.

----

Knock! Knock! Knock!

Kepala Maryam serentak menoleh bila mendengar ketukan pintu yang kuat. Sempat juga bahunya terhinjut, hatinya mula tak sedap. Dia tahu ketukan itu bukan milik Eiran.

Buku agama yang dibacanya diletak perlahan ke atas meja tepi katil. Lalu perlahan-lahan dia bangkit berdiri di hadapan pintu.

Ketukan demi ketukan dia dengar, kalau pintu bilik itu sejenis tidak kukuh sudah lama roboh dengan sendirinya dek kerana ketukan pintu yang seolah-olah menahan amarah. Maryam menelan air liurnya kelat. Kunci pintu ditarik dan pintu dibuka. Tekaanya benar, gerangan yang mengetuk pintu bilik itu adalah ibu mentuanya Datin Salamah.

Sesuci Air Embun (ON-GOING)Where stories live. Discover now