Bunga cantas segala daun-daun dan akar yang merosakkan bunga-bunga yang ada di kedai milik mak longnya itu. Terlalu tekun sehingga tak menghiraukan orang ramai yang lalu lalang di hadapanya.
Satu lelaki tiba dan berdiri di hadapan satu bunga mawar yang terletak di dalam pasu.
"Ye Encik, nak beli bunga?" Tanya Bunga tanpa memalingkan pandangan.
"Tak nak beli, nak miliki terus."
Bunga hentikan kerja. Keningnya berkerut menatap lelaki tersebut, figuranya di tenung dari atas hingga ke bawah. Kemas dan bersih.
"Apa?" Soalnya kasar.
"Maksud saya. Saya nak miliki bunga ni, berapa?" Lelaki itu spontan menggapai bunga mawar yang masih berduri.
"Aduh!" Wajahnya Berkerut menahan sakit bila jarinya tertusuk duri bunga mawar. Si Bunga yang dari tadi jadi pemerhati sudah ketawa mengekek.
"Bunga mawar yang tu belum bersihkan lagi. Dah kalut sangat kenapa?"
Bunga alihkan pasu bunga itu ke kawasan yang agak jauh.
"Mungkin silap saya juga sebab letak bunga yang baru sampai ni kat depan, tak pasal-pasal awak pun dah terpegang. Okay tak tangan tu?" Tanya Bunga.
Lelaki itu angguk sederhana.
"Okay, luka sikit aje ni." Sengihnya.
Bunga mimikkan mulut seakan mengejek. Dia sambung semula kerja yang tergendala sebentar tadi.
"Ejek saya?" Lelaki itu bertanya sambil meletak kedua-dua lenganya di meja kaunter berhadapan Bunga.
"Badan besar panjang, tapi kena duri sikit dah merengek sakit." Sindirnya halus.
"Merengek sebab terkejut bukan sakit."
Bunga senyum siring, susah mahu percaya kata-kata manis dari seorang lelaki. Macam itulah awalnya tingkah mereka bila mahu mencuri hati perempuan, lembut dan santun sahaja tapi bila sudah berjaya memiliki terus keluar sifat durjana mereka.
Tapi... Bukan semua.
"Cik bunga."
Bunga yang ketika itu tundukkan pandangan pantas memandang ke hadapan. Telinganya terus memproses suara tersebut bila terdengar familiar.
"Sebut semula nama saya." Pinta Bunga.
"Cik bunga." Lelaki itu akur.
Bunga senyum manis.
"Kenapa?" Lelaki tadi menyoal diiringi kening yang berkerut.
"Suara awak mengingatkan saya pada seseorang." Ucap Bunga jujur.
"Siapa?"
"Bakal suami saya." Jawabnya tanpa segan silu.
"Macam mana tahu nama saya eh?" Pelik Bunga. Lelaki tersebut hanya ketawa pendek sambil mengusik-ngusik kelopak bunga mawar yang dirapikan oleh perempuan itu.
"Saya cari kedai bunga, orang kata ada kedai milik cik Bunga berhampiran sini. Sebab tu datang singgah." Tuturnya.
"Nama awak apa? Well tak fair bila awak aje yang tahu nama saya." Kata Bunga.
Wajah perempuan itu ditenung beberapa saat.
"Hud Azim. Awak boleh panggil saya Hud."
"Cantik nama." Puji Bunga singkat sahaja tapi mampu mengoncang sedikit perasaan lelaki yang bernama Hud itu.
"Jangan nak blushing. Awak bukan orang pertama yang saya puji." Kata Bunga bila dapat lihat raut wajah Hud yang bertukar merah.
Seketika senyuman Hud sirna. Perbuatan Bunga dari malam tadi sampailah ke hari ini sangatlah random pada setiap orang. Memang sejenis Bunga ni tak pernah ditimpa masalah ke apa.
YOU ARE READING
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)
FanfictionLeftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Blurb coming soon...