Bunga dan Husnie duduk berdampingan di anjung rumah. Masing-masing diam, tak tahu apa yang patut dibicarakan. Husnie masih dengan sifat malunya, sementara Bunga dihimpit rasa bersalah terhadap Husnie.
“Tak banyak yang berubah dari kampung ni. Walaupun dulu rumah awak berbeza dengan yang sekarang, suasananya tetap sama.” Akhirnya, Husnie membuka bicara, mengenang rumah lama Bunga sebelum berpindah ke rumah yang sekarang.
Bunga turut memandang pemandangan indah di hadapan rumahnya itu.
“Mana lagi cantik, rumah dulu atau yang sekarang?” Bunga sengaja bertanya untuk menghilangkan suasana kekok antara mereka.
“Sama je, dua-dua cantik.” Ucap Husnie.
Bunga tersenyum nipis. Husnie menoleh, memandang wajah Bunga.
“Sebab ada perempuan cantik yang duduk dalam rumah tu.” Kata Husnie dengan nada sedikit menggoda. Bunga mengerutkan kening.
“Mak ke, abang maksudkan?” Bunga menahan tawa yang hampir pecah. Husnie tertawa halus sambil mengangguk.
“Mak dan Bunga, dua-dua cantik. Kalau abang nak tengok rupa Bunga bila dah berusia nanti, tengok je muka mak, tak saling tumpah.” Ujar Husnie.
Bunga mengangguk perlahan, lalu menoleh ke belakang dan mendekatkan diri sedikit kepada Husnie seolah-olah ingin berbisik sesuatu.
“Tapi, saya lagi cantik dari mak. Sebab saya masih muda.” Gurau Bunga seraya dia ketawa mengekek di hujung percakapannya.
Husnie yang tadi terpinga-pinga segera menghamburkan tawanya. Dari dulu, gadis ini tak pernah berubah, sentiasa ada sahaja karenah lucu yang dia tunjukkan kepada orang di sekelilingnya.
“Terima kasih, Bunga.” Ucap Husnie tiba-tiba.
“Sebab apa?”
“Sebab terima pinangan abang. Abang tak sangka awak akan terima. Abang cuba-cuba nasib je.” Husnie tersengih lebar.
“Itulah sebabnya pepatah kata, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Saya terima pinangan abang dengan harapan ia yang terbaik. Lagipun, ini semua aturan Allah. Allah yang gerakkan hati abang untuk meminang saya, dan Allah juga yang gerakkan hati saya untuk terima.” Bunga berbicara lembut, namun riak wajahnya seakan mendung, diselubungi perasaan sebak yang ditahan-tahan. Hatinya sakit. Sepatutnya, pertunangan ini terlaksana jika Hud yang menjadi pilihannya, tapi takdir berkata lain.
Husnie mengangguk perlahan, sambil menghela nafas lega.
“Abang dah lama usha awak, tau.” Husnie tersenyum penuh makna.
“Usha saya?” Bunga bertanya polos.
“Ha'ah, sejak awak habis SPM dulu. Abang selalu tengok perkembangan awak di media sosial. Memang dah lama berkenan, tapi… malu nak bagitahu.” Dia tertunduk, Bunga tersenyum kecil.
“Malu, tapi nak kahwin juga.” Seloroh Bunga.
“Iyalah, takkan nak biar awak lama-lama? Awak pun single lagi kan?”
Pertanyaan itu membuatkan Bunga terdiam sejenak. Matanya memandang Husnie yang setia menanti jawapan.
“Kalau saya kata saya tak single, abang menyesal tak bertunang dengan saya?” Tanya Bunga dengan nada dingin.
Husnie pantas menggeleng.
“Siapa yang melangkah dulu, dialah yang punya.” Balas Husnie penuh berani.
“Abang tak kisah ke kalau saya masih belum selesai dengan masa lalu saya?” Bunga semakin keliru. Kenapa Husnie berfikiran berbeza daripadanya? Jika ditanya pendapat Bunga sendiri, sudah tentu dia enggan memulakan hubungan dengan seseorang yang belum selesai dengan masa lalunya.
YOU ARE READING
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED)
FanfictionLeftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Blurb coming soon...