BAB 4

14 0 0
                                    

"Wheoi misi, dah berjam kat dalam tu! Hang dok lukis muka bakal suami dekat dindingkah?" Jeritan Emeera melenting dari luar.

Issh, kacau betul budak kulit half cook tu! Aku capai tuala. Kena keluar sekarang, kalau tak, boleh berjela dialog dia.

"Taklah minachee! Aku lukis boy friend kau." Aku ketuk ayat depan muka dia.

"Ok, cepat mula cerita."

Emeera keryeh dan tarik lengan aku. Terduduk aku di atas katil. Dia sendiri rebah badannya atas katil. Baring senget mengadap aku. Bukan main minachee ni buat bilik aku macam bilik dia. Rumah abah aku, dia buat lebih daripada rumah dia. Ok fine, aku boleh terima sebab Emeera ni kawan sebilik aku di universiti ini dan aku yang ajak dia teman aku.

Aku suka berkawan dengan Emeera. Dia kawan setia top ten aku. Cara pemikiran kami sama. Buat lawak bodoh, itu hobi kami. Tapi bab pelajaran kami tak boleh buat bodoh, kami serius lebih-lebih lagi Emeera. Emeera anak yatim dan mempunyai tiga orang adik yang masih bersekolah. Mak Emeera menaruh harapan besar agar Emeera berjaya. Berpeluang dapat kerja yang baik dan bolehlah tolong ringankan bebanan keluarga mereka.

"Lekaslah cerita." Emeera tepuk bahu aku.

Cerita? Oh yer cerita tentang Sang Pengkritik yang terima cabaran aku kemarin. Aku turun katil. Nak cerita info kena lengkap. Baru best. Aku ambil kad bisnes Sang Pengkritik dan kembali duduk atas katil. Aku berikan kad tu kepada Emeera. Pantas Emeera baca.

"Ian Danish Dato Hanan, Chief Marketing Officer (CMO), High Suceed Investment Management..." blah blah blah sampai habis dia baca penuh kad bisnes itu.

"Wow! Kau biar betul cabar lelaki ni?"

Emeera beliakkan mata yang memang datang dalam saiz besar. Sebetulnya Emeera dah tahu sebahagian daripada cerita aku. Sesi kali ini cuma penyambung daripada sembang semalam di telefon.

"Itulah pasal." Sedihnya...

Tak payah nak sedih sangat, Cik Aylin! Adegan cabar mencabar dah berlaku. Tak boleh nak tarik balik. Kena terima. Ini semua salah lelaki ego tu! Cis, salah aku juga.

"Wheoi betulkah kau cabar suruh mama dia pinang kau? Mati ibu kau kerjakan kau, kalau benda tu benar-benar terjadi. Itu belum termasuk abah kau."

Suara simpati keluar. Emeera bangun. Paut bahu teman baik. Kesian-kesian.

"Masalahnya kalau aku menang pun aku kalah, kalau aku kalah pun aku memang kalah." Aku lentuk kepala dekat bahu Emeera. Sedih dengan kebodohan sendiri.

Ibu, apa Aylin nak buat? Rintih suara hati sayup di dalam. Apa kata ibu?

"Aylin, apa pun kau mesti menang walaupun risiko dari kemenangan kau akan jerat diri kau sendiri."

Issh, bukan ibu yang jawap tapi Emeera yang setia di sebelah aku.

"Weh, kau cakap apa ni? Aku tak faham."

"Macam ni, kau mesti ajar mamat ego tu jangan memperlekehkan restoran abah kau. Jangan senang-senang nak memperkecil-kecilkan nasi ayam yang jadi sumber rezeki abah kau selama ini. Maruah keluarga tu weh! Fight for your dad!"

Emeera mengenggam tapak tangannya dan dilayang ke depan. Genggaman semangat cara orang Korea konon-kononlah.

Semangat ler sangat. Yang nak tanggung beban, aku juga. Tapi demi abah, kena fight! Masalahnya kalau aku menang dalam cabaran ini, aku yang tergadai. Gadai ni bukan boleh tebus!

"Tapikan, kalau aku menang, mahu mama dia hantar pinangan macam mana? Mati juga ibu kerjakan aku. Ibu dah kata jual ayam dara bukan anak dara! Ibu siap suruh aku amal ayat Al-Quran agar tidak ada yang beli body aku masa aku kat restoran abah. Mati aku!"

Emeera ketawa berdekah-dekah. Belum pernah lihat muka monyot ayam serenti hilang semangat macam ni. Selalu bukan main ketuk tin dialah yang paling yakin akan berjaya. Bagilah tugasan macam mana pun, Cik Aylin ni buat dengan penuh yakin. Sekarang mana pergi keyakinan itu?

"Laa macam ni, kalau kau menang, belum tentu mama dia akan masuk pinang kau. Mana ada dalam sejarah seorang mama yang ada kelas tersendiri, famous, punya kedudukan, datin pula tu, nak hantar pinangan sekadar nak penuhi cabaran anak dia? Tak ada kan?"

Bersembur-sembur Emeera toskan ayat dia. Mata ala-ala Kareena Kapoor dah cuit naik ke atas. Diikuti hidung yang agak tinggi. Diikuti dengan bibir yang masih hendak bergerak bebas dengan lantunan suara dari dalam.

"So kau selamatlah minah ooi! Sekarang kau fokus saja macam mana nak menang." Berkedip-kedip mata Kareena Kapoor.

Betul! Pandai anak half mami ni olah. Jadi sekarang kena fokus. Semangat nak menang mesti ada demi abah.

"Aku ingatkan lebih baik kau cipta nasi ayam baru. Bukanlah aku nak mempertikaikan keenakkan nasi ayam abah kau, tapi kau kena ada strategi baru. Menu nasi ayam restoran abah kau tu dah biasa sangat. Kat restoran lain pun ada. Datin Chef tu mesti dah rasa semua. Bermakna kau kena ada nasi ayam ciptaan baru yang boleh mengangkat martabat restoran nasi ayam abah kau."

"Kau gila kah apa?" Nada aku dah tinggi. Nada yang bawa makna, aku dah panik gila.

"Otak belah mana kat kepala aku ni yang nak cipta resepi baru!"

Aku tunjai kepala Emeera. Budak ni tambah masalah aku saja. Cipta resepi baru? Apa dia ingat aku ni chef seantorio dunia.

"Ni, kau nak menang tak?"

Sekarang Emeera pula tunjai kepala aku. "Atau kau nak biaq mamat sengal tu menang?"

"Tentulah nak menang, tapi masalahnya aku tak tahu macam mana nak cipta? Aku ni bukannya rajin masuk dapur sangat. Ibu aku yang selalu masak kat rumah ni. Resepi nasi ayam kat restoran tu, abah aku yang buat."

"Ibu kau tentu ada resepi dia, kan? Dulu kau pernah bagi tahu aku, ibu kau ada buku resepi sendiri, jadi apa lagi, pi lah tengok. Mana tahu ada resepi tersempunyi dalam tu yang boleh kau guna."

Geliga juga otak budak ni! Aku cepat-cepat berlari anak ke bilik ibu. Buka laci dan capai buku resepi ibu. Patah balik ke bilik aku. Adviser aku dah teruja menunggu.

Kami berdua mula buat kajian. Selak daripada satu mukasurat ke satu mukasurat. Memang banyak resepi ibu. Bincang punya bincang, satu resepi pun tak sesuai. Iyalah tidak ada resepi nasi ayam pun. Nasi lain adalah. Arghhh macam mana ni!?

Ok, jangan panik. Kena bagi tahu diri aku sendiri. Mesti ada jalan penyelesaian. Kami layari internat cari resepi. Semua resepi guna ayam dalam masakan nasi, kami tengok. Yang mana nampak ok, kami copy masuk satu folder. Nak kena cuba masak dulu.

Esok, aku dan Emeera dah buat agenda sendiri. Kami bakal mencipta resepi nasi ayam terbaru. Nama? Belum taruh lagi. Buat dulu. Kasi menang dulu!

😥😅Try luck kat sini. Mana tahu ada yg komen. Hahaha kali ini kita belanja gambar ayam. 

Duel CintaWhere stories live. Discover now