Ilqis terus merenung wajah Ian yang berdiri tampan di sebelahnya. Cahaya bulan yang menyentuh wajah Ian bagaikan sentuhan cintanya yang setia. Penampilan lasak dan maskulin Ian sekarang lebih memukau. Ingin sekali dia melerek jari-jemarinya ke rambut Ian dan menyentuh pipi Ian dengan bibirnya. Malangnya, Ian sekarang bukan Ian dulu. Bukan hanya penampilan Ian yang berubah, tapi keperibadian Ian juga berubah. Ian tidak ceria dan romantik seperti dahulu. Ian asyik bekerja seolah-olah itu saja kehidupan yang dia kenal selepas putus tunang dengan Aylin. Hatinya sakit dengan perubahan dingin ini. Kata mama, Ian begitu sebab nak hukum mereka. Mama suruh dia bersabar. Masalahnya, Ian semakin menjauhkan diri.
"A penny for your thought, love." Suara Qis selembut bicara angin. Malam ini, dia memakai t-shirt biru tanpa lengan dan kardigan putih yang diikat di pinggang dengan seluar khaki paras lutut yang sendat.
"Tak ada apa yang I fikir. Dahlah, jom I hantar you balik."
Ian lepas keluhan. Berada di sini tidak menenangkan jiwa malah mengusutkan fikirannya. Setiap deruan ombak bagai menarik dia jauh ke tengah lautan, tinggalkan Aylin. Ternyata Aylin gembira, dia tak. Argh, Aylin semakis rakus bermastautin seperti penyewa tak berbayar dalam hatinya. Disuruh keluar tapi masih degil. Issh menyakitkan.
Arg, kenapa nak balik sedangkan mereka baru saja berada di sini? Ilqis merungut dalam hati. Dahlah nak berjumpa dengan Ian pun susah. Ada saja alasan Ian beri.
"Please, let's stay a bit longer, ok love?"
"Qis, I nak drive pagi esok ke JB. I ada meeting kat sana."
"Meeting or you just don't want to be with me? Do you even love me anymore Ian?"
Bentakkan Qis seperti halilintar yang memanah hati Ian. Soalan cinta ini memualkan.
"Damn it Qis, I dah bosan dengan soalan yang sama!"
Lontaran suara Ian deras dibawa angin malam. Dah tak kuasa nak menghadap amukan kebudak-budakan Qis lagi.
Ilqis genggam tangan Ian erat. Air mata dah berkolam di kelopak mata. Sakit hatinya mendengar. Ian bukan sekadar bosan, tapi kemungkinan Ian tidak lagi mencintanya.
"I takut kehilangan you." Ilqis menyandar pipi di lengan Ian. Meremes air mata di pipi.
"I masih dengan you kan?" Sesabar Ian hadap jua namun nadanya dan menurun.
"Ok, let's get married."
Ian melangkah ke pergigian pantai, membiarkan air ombak membasahi kasut sneakers dan hujung seluar jeansnya. Dia menarik lengan baju sweater hitamnya ke paras siku dan menghela nafas lemah. Dia semakin rimas dengan desakan Qis untuk mereka segera berkahwin, lebih-lebih lagi selepas dia putus tunang dengan Aylin.
Ilqis ikut jejak Ian dan merenung wajah Ian sebaik saja dia berdiri di sebelah Ian.
"Ian..."
"Dah berkali I kata, I nak both my parents really accept our marriage."
"Tapi your parents dah tak kesah, kan? Honey, I percaya satu hari nanti they will surely accept our marriage."
Ian geleng. Masalahnya, bukan sebab orang tuanya saja tapi sebab Aylin. Dia rasa bersalah kepada Aylin. Ah, bukan rasa bersalah tapi, dia perlu Aylin hadir dalam hidupnya. Aylin ibarat badut yang menceriakan hari-harinya dan dia rindu badutnya. Gila, kan?
"Ian, we will be happy. Please believe me."
Ian geleng. Tak, hidup tidak pernah menjanjikan kebahagiaan. Pasti ada naik turun. Pasti ada gelombang yang menggoncang kebahagiaan itu sendiri. Setiap detik adalah perjuangan dan kebahagiaan hanyalah ilusi dan harapan yang rapuh. Cinta saja tak cukup kuat untuk menjamin kebahagiaan.
"I don't."
"You are being selfish Ian!" Desis Ilqis sambil menampar-nampar dada Ian. Bertambah sakit hatinya
"Apa-apa sajalah." Ujar Ian sebelum melangkah. Tak kuasa nak layan.
"It's Aylin, isn't it?" Terpa Qis sambil menarik kasar lengan Ian. Dia benar-benar marah dan kecewa dengan tindakan Ian. Dia yakin Aylin penyebab sebenarnya.
"You always find a way to blame her, don't you Qis?"
Ian menolak tangan Ilqis. Cekak pinggang menghadap Ilqis yang membuntang melihatnya.
"Cause she's the reason..."
"No, you are Qis!" Dengus Ian. "You!"
Ilqis geleng. Tak pernah terlintas Ian akan salahkan dirinya. Betul kata mama, Ian masih marah dengan mereka.
"You tak usaha nak menangi hati parents I. You tak hormat my parents especially mama I. You tetap sama Qis. Cara you berpakaian. Cara you bercakap dengan dia. Sikap acuh tak acuh you terhadap dia. You dan mama you buat macam mama I tu below both of you. I come with package Qis, with my parents and my parents will always be above me. I will marry the woman that my mum totally accepts. That's it!"
"Damn it, I won't change for her Ian!" Jeritan Qis dibawa lari angin ke dada malam.
"I know..."
Qis juga tak akan berubah untuknya. Itu kenyataan walaupun Qis mencintainya.
Tanpa mereka sedari, tingkah mereka diperhatikan oleh Aniz yang sedang berdiri di belakang pokok berdekatan. Aniz mengekori mereka apabila ternampak kereta Ian di lampu isyarat. Aniz tersenyum melihat pertelingkahan Ian dan Ilqis. Aylin sudah ditendang keluar, Ilqis bakal ditendang juga. Ini peluang baik untuk dia mendapatkan Ian. Dia cuma perlu menangi hati Datin Shifa untuk menjadi isteri Ian. Yap, itu yang akan dia buat!
Berhati-hati Aniz melangkah ke keretanya. Tidak mahu ambil risiko Ian melihatnya. Dia nak segera pulang untuk mengatur rancangan dan tentu sekali dia mesti dapatkan pertolongan mamanya.
Sementara itu, Ilqis sedar dia tidak boleh terus bertegang leher. Pertelingkahan ini akan membuatkan Ian terus menyalahkan malah mungkin membuat Ian tinggalkan dirinya. Dia tidak boleh kehilangan Ian.
"I love you Ian. Please Ian, I can't lose you. Please..." Ilqis merayu sambil merangkul pipi Ian. Air mata semakin meremes ke pipi.
"Then stop killing our love, Qis. My mum happiness is important to me."
"Ok. I will do my best to win her."
Ilqis tahu dia terpaksa mengalah demi cintanya. Tapi, mengalah tak semestinya dia kalah. Sebaik saja dia jadi isteri Ian, dia tak perlu nak mengalah lagi. Kebahagiaan dia yang akan jadi penting bagi Ian, bukan mamanya dah.
(✿◡‿◡)ヾ(@⌒ー⌒@)ノSalam. hari ini saya publish beberapa bab. Hope you guys like it. Vote yer.😏☺️🙃
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...