Erwan's : Bab 31

4.8K 206 28
                                    

Selesai memasak untuk Zafran dan Erwan. Bunga terus mengambil tudung salji dan menutup makanan Erwan.

Creamy Shrimp Alfredo Pasta yang tidak pedas. Untuk Zafran dia buat pedas sedangkan Erwan tak pedas. Dia tahu yang suaminya tidak sukakan pedas jadi dia memasak dua kali.

Nota ditulis dan diletakkan bersama dengan pinggan didalam tudung salji.

Bibirnya mengukir senyum.

Masa untuk menghantar makanan kepada Zafran. Senyuman semakin pudar dan dia segera bergegas ke office Zafran.

Mamat ni memang jenis suka menyusahkan orang. Bella tu ada je, benda macam ni senang sangat. Nak juga aku yang buat. Bangang sungguh.

Bunga terus masuk ke dalam bilik pejabat Zafran tanpa mempedulikan personal assistant Zafran yang mencuba untuk halang dirinya daripada masuk. Kesah apa aku? Dahlah boss kau tu menyusahkan aku untuk masak benda alah ni, kau pulak main halang-halang. Memang nak kena smackdown ke?

Bekal diletakkan diatas meja Zafran.

"Makanlah. Aku nak balik, ada kerja." Ujar Bunga sebelum kakinya laju melangkah keluar. Malas nak dengar anak babi bercakap. Lantak dialah. Pergi mampus semua!

Pukul 4 petang, Erwan dan yang lain tiba dirumah. Danish dan Farhan bawa balik kereta yang dibelikan oleh Zarith kepada adiknya, Zarif.

"Assalamualaikum. Abang dah balik." Ujar Erwan. Dia tahu yang isterinya keluar.

Erwan pergi ke dapur. Fikirnya mungkin isterinya belum balik jadi dia nak masakkan sesuatu. Lapar! Tadi keluar pun dia sekadar minum air.

Dia ternampak pinggan yang bertutup dengan tudung salji. Tanpa sepatah dua kata, dia terus buka. Didalam tudung salji tu, terdapat Creamy Shrimp Alfredo Pasta yang isterinya masak untuk Zaf tadi.

Keningnya terangkat. "Aik.." matanya ternampak satu nota dan terus ambil dan baca.

Bibirnya mengukir senyum. Argh! Comelnyaaaa!

"Untuk kau. Aku tak buat pedas yang ni. Yang tadi, pedas. Aku tahu kau tak suka pedas. So, aku buat yang lain. Enjoy your meal. Love you."

Macam mana isterinya tahu yang dia tak sukakan pedas. Dalam diam mengambil tahu ye.

Erwan tersenyum dan senyuman itu tidak pudar serta merta.

"Love you? Love you more. Terima kasih." Dia terharu. Perkataan yang sangat indah dari isterinya.

"Lebar senyum. Apahal kau?" Tanya Shariff.

Erwan hanya diam tetapi mukanya masih terlihat gembira. Shariff menggelengkan kepala. Macam-macam.

"Rif, kau dah makan?" Tanya Danish dari luar bilik.

"Tak. Takde selera." Jawab Zarif.

"Kau jangan macam ni, kalau Zarith tahu macam mana?" Ujar Danish.

"Ikut dialah." Jawab Zarif. Danish diam. Haihlahhh.

Si abang pun bangang juga, bukannya nak terus terang. Haih.

"Takpelah.. aku harap kau okay." Danish berkata sebelum dia masuk ke dalam biliknya sendiri. Mengantuk. Nak tidur.

Air mata Zarif kembali mengalir. Dia penat. Dia nak Zarith. Dia demam. Dia sakit. Ya Allah...

"Aku rindukan kau, abang.. aku demam.." Kata Zarif. Dia tahu yang Zarith tak dengar tetapi hanya itu sahaja yang mampu dia buat.

Badannya dibaringkan diatas lantai yang bersepah. Matanya dipejam. Badannya sangat menyengat dengan kepanasan tetapi dia tidak kesah. Nak mati pun takpe.

His Last Love S1 (C)Where stories live. Discover now