𝟎𝟒 : 𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚?

36 5 0
                                    

"Awak ni bukan yang dekat rumah agam aunti Nadeerah? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak ni bukan yang dekat rumah agam aunti Nadeerah? "

"Hmm, "

Ringkas menjawab bersama pandangan kosong.

"Oh, patut la sama. "

Bunga berkata sambil senyum manis. Namun, Ash hanya memberi pandangan kosong dan dingin.

"Kau nak apa tadi? Coffe? "

Bunga mengangguk kepala.

"Lagi? "

"Tak ada dah, "

Usai Bunga membuat pesanan, dia mengambil tempat untuk diduduki di hujung. Tenang, tak ada terlalu bising.

"Mai wak gape lame-lame dalang tandas? "

Sudah beberapa minit menunggu rakannya keluar, tetapi batang hidung pun mereka tidak kelihatan. Agak-agak dimana rakannya pergi?

"Halah, biar la dia nak berak. Nama pun berak mesti lama. "

Naik geli pula Zara apabila mendengar Elle berkata begitu. Elle tersengih-sengih melihat memek muka Zara.

-

"Nah, coffe kau. "

Diletakkan cup coffe di atas meja yang diduduki Bunga. Bunga mengangkat kepala, lalu tersenyum.

"Thanks! "

Tersentak Ash apabila dia teringat kepada gadis kecil yang dia pernah temui semasa dia kecil. Senyuman gadis kecil itu sama dengan gadis yang di hadapannya ini.

"Kau... Bunga ke? "

Kali ini giliran Bunga pula tersentak. Macam mana lelaki itu tahu namanya?

"Macam mana awak tahu? "

"Jadi betul lah kau Bunga? "

Soalan berbalas soalan. Bunga mengangguk lambat-lambat.

-

"Eh, kau boleh senyap tak? Serabut lah aku! "

Disebabkan perangai Aish seperti kebudak-budakan, Arshad menarik rambut Aish kasar.

"Ish, apa ni! "

Berkerut dahi Aish menahan sakit. Dia kembali menarik rambut Arshad.

"KAU NI KALU SEHARI TAK JADI BUDAK-BUDAK, TAK BOLEH KE!? "

"BIAR LA, KAU TU TERPALING MATANG. TAK STRONG DOWH! "

Ayyash yang melihat kejadian itu, segera berlari ke arah mereka.

"HOI! "

krik.. Krik.. Krik..

Automatik pergaduhan antara Aish dan Arshad tersenyap. Melihat pandangan Ayyash yang dingin dan tajam segera mereka berlari, menyelamatkan diri. Seram!

Ayyash menggelengkan kepala.

Tiba-tiba, pintu utama dibuka dari luar. Mata Ayyash menangkap adiknya di situ.

"Dah balik dah kau? "

"Eh, belum lagi. Yelah! Dah balik. "

Ash menjeling. Apa punya soalan abangnya bagi? Habis aku ni apa? Tunggul?

"Tanya je, tu pun nak marah. "

Di jeling pula si adik. Itulah, seorang lelaki yang bernama Tengku Ash Nawal. Dingin dia tak nak kalah, kalau boleh sedingin kutub utara. Kadang-kadang yang keluar di mulutnya kadang menyakit hati, tetapi perkataan yang dikeluarkan ada kalanya betul.

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke atas, langsung tak dihiraukan si abang.

Masuk sahaja Ash di dalam biliknya, badan direbahkan di atas tilam empuk. Mata memandang siling.

Fikiran terus melayang ke perbualan dia bersama Bunga.

"Kau ingat? "

"Hah, ingat apa? "

Ash terdiam seketika. Betul ke yang gadis ini gadis kecil yang dia berjumpa  ketika dia masih kecil?

"Kau tak ingat yang masa kau kecil dulu ada sorang budak lelaki tegur kau? "

Kini Bunga pula terdiam sejenak, dia cuba mengingat kembali waktu dia masih kebudak-budakan.

Baru sahaja Bunga mahu bercakap, namun tergantung apabila mendengar suara yang memanggil namanya.

"Bunga Maisarah! "

Kuat suara itu memanggil, Bunga seperti tidak mengaku rakan sahaja melihat Elle terjerit-jerit.

"Ye, ye aku datang. "

Kepala menoleh ke arah Ash, baru dia mahu berkata, namun tergantung apabila Ash berkata terlebih dahulu.

"Aku pergi dulu. "

Ash berkata sebelum berlalu pergi.

Thanks for support !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thanks for support !

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now