𝟑𝟒 : 𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐨𝐚𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐑𝐢𝐝𝐞 𝐂𝐚𝐟𝐞

111 5 0
                                    

Di dalam kelas Tahun 2 Genius, suara Bunga yang lembut tapi tegas bergema sambil dia mengajar anak muridnya sebutan perkataan dalam Bahasa Inggeris

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Di dalam kelas Tahun 2 Genius, suara Bunga yang lembut tapi tegas bergema sambil dia mengajar anak muridnya sebutan perkataan dalam Bahasa Inggeris.

"Okay, class. Repeat after me. Cat," Bunga memulakan.

Semua murid bersuara serentak, "Cat!"

"Good! Now, Dog."

Seorang murid lelaki, Adib, tiba-tiba tersengih dan angkat tangan. "Teacher, kenapa dog tapi bunyi dia woof-woof?"

Seluruh kelas terus tergelak. Bunga juga ikut ketawa kecil sambil menjawab, "Adib, itu bunyi dia, tapi nama dia tetap dog. Sama macam kamu, nama kamu Adib, tapi suara kamu bila ketawa haa... macam ni!"

Bunga buat gaya ketawa besar dan seluruh kelas bersorak lagi, seronok dengan cikgu yang ceria.

"Okay, okay! Quiet now. Next word, Sun," sambung Bunga, cuba mengawal gelak tawa kelasnya.

Selepas tamat sekolah, Bunga memandu ke The Roasted Ride Café, tempat kegemarannya untuk menikmati kopi. Dia sudah terbiasa datang ke sana, bukan kerana Ash, tetapi kerana kopi mereka memang terbaik.

The Roasted Ride Cafe, gabungan konsep cafe dengan hobi Ash sebagai seorang biker.

Pintu café terbuka dengan bunyi loceng kecil. Bunga masuk dengan langkah santai, masih berpakaian baju kurung kerjanya. Daniel yang sedang lap cawan di kaunter terus perasan kehadirannya.

"Eh, cari suami kau ke?" tegur Daniel dengan nada bergurau.

Bunga yang sedang pilih tempat duduk terus tersentak. Dia pandang Daniel dengan mata membulat. "Daniel, jangan merepek boleh tak? Saya datang nak kopi je!"

Talhah yang tengah susun kek di kaunter pun menyampuk, "Eh, relaks, ticer. Kami cakap benda betul je. Suami kau tak ada hari ni. Dia rehat kat rumah. Nak kami call dia datang?"

Bunga terkedu sekejap, cuba menahan malu. "Saya datang sini sebab kopi SDP, bukan sebab… dia. Awak jangan pandai-pandai."

Gibran pula muncul dari dapur dengan senyum sinis. "Yelah tu, ticer. Kalau nak kopi, tempat lain pun ada, kan? Tapi kenapa mesti datang sini juga?"

Bunga yang sudah tak tahu nak balas akhirnya buat muka malas layan dan terus berjalan ke meja pilihannya. "Awak semua ni memang tak ada kerja lain ke?" tanyanya sebelum duduk.

Daniel ketawa kecil sambil pandang Talhah dan Gibran. "Tak apalah, tak lama lagi dah halal pun. Masa tu kami usik lagi puas."

Bunga hanya menghela nafas panjang sambil memandang ke luar tingkap, cuba fokus untuk menikmati masa santainya. Walaupun dia tak mengaku, sedikit sebanyak kata-kata itu buat pipinya terasa panas.

Selepas beberapa minit, Daniel datang ke meja Bunga sambil membawa secawan kopi kegemarannya, latte caramel. Dia letakkan cawan itu di atas meja dengan senyum nakal.

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now