Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ash mengetatkan genggaman pada stereng kereta, melirik ke arah Bunga yang duduk di sebelahnya. Suasana dalam kereta itu hening, hanya bunyi enjin yang menemani perjalanan mereka. Dari ekor matanya, Ash dapat melihat wajah Bunga yang tampak lesu. Lingkaran hitam di bawah matanya jelas kelihatan, menunjukkan betapa sedikitnya rehat yang dia dapat sejak insiden yang berlaku.
Bunga duduk kaku, matanya memandang keluar tingkap, seolah-olah mencari ketenangan dari landskap yang berlalu. Namun, raut wajahnya menceritakan segala-galanya. Ketakutan, gelisah, dan trauma masih terpamer jelas. Dia menggenggam hujung bajunya erat, cuba menahan rasa yang bergelora dalam dadanya.
Ash menarik nafas dalam-dalam, berusaha mengumpul kekuatan untuk memulakan bicara. “Bunga...” suaranya serak, penuh dengan rasa bersalah.
Bunga menoleh perlahan, pandangan mereka bertemu seketika sebelum dia kembali memandang ke luar. "Hmm?" gumamnya, hampir tidak terdengar.
Ash mengetap bibirnya, merasakan dadanya bagai dihimpit batu berat. “Aku .. Aku minta maaf.” Suaranya pecah sedikit. "Aku gagal lindungi aku... Aku tak sepatutnya biarkan apa-apa jadi pada kau”
Bunga menggeleng perlahan, menundukkan kepala. "Bukan salah awak, Ash," dia berkata, suaranya lemah. Namun, ada getar dalam nada suaranya yang membuatkan Ash tahu dia masih belum dapat melupakan apa yang berlaku.
Ash menghela nafas panjang, cuba menenangkan perasaannya yang berkecamuk. Dia tahu kata-kata sahaja tidak cukup untuk menghapuskan bayangan buruk yang menghantui Bunga. Dia perlu berbuat sesuatu.
Ketika lampu isyarat bertukar merah, Ash menghentikan kereta dan memandang Bunga sepenuhnya. “Bunga, tengok aku.” Suaranya lebih tegas, namun tetap lembut.
Bunga perlahan-lahan menoleh, matanya yang basah dengan air mata membuatkan hati Ash semakin luluh.
“Dengar sini,” kata Ash, tangannya mencapai tangan Bunga yang menggigil. “aku tahu kau takut,sayang. Tapi aku janji... Aku takkan biarkan apa-apa berlaku pada kau lagi. Kau selamat sekarang. Aku ada, Bunga. Aku takkan pergi mana-mana.”
Air mata mulai menitis di pipi Bunga, tetapi dia tidak berkata apa-apa. Sebaliknya, dia menggenggam tangan Ash erat, seolah-olah itu adalah satu-satunya talian hayat yang dia ada saat ini.
Lampu bertukar hijau, dan Ash kembali memandu, kali ini dengan genggaman tangan Bunga yang masih erat di tangannya. Dia tidak peduli jika ia menyulitkan pemanduannya. Dia hanya mahu memastikan Bunga tahu dia tidak bersendirian.
Setibanya di rumah keluarga Ash, suasana terasa hangat. Puan Nadeerah dan Tuan Adrian menyambut mereka dengan wajah penuh kebimbangan, sementara Aish dan Aisyah berdiri di belakang, memandang Bunga dengan pandangan penuh simpati.
Namun, Ash tidak membiarkan siapa-siapa menghujani Bunga dengan soalan. Dia memimpin isterinya masuk ke bilik, memastikan dia selesa sebelum meninggalkan Bunga berehat seketika.