Bab 28

2.4K 272 61
                                    

Bila Aidan cuba suap aku buat kali kedua, pantas tangan kanan menarik camca daripada pegangan dia. Sejurus kemudian, aku sambung makan seperti biasa. Seolah-olah manusia yang paling kebulur dalam dunia.

"Kau malu dengan aku?" soal dia dalam bentuk usikan sebelum bibir tersengih lebar hingga ke telinga. Iris dia pula melekat kemas pada raut wajah aku. Ibarat aku ni bidadari yang baru jatuh dari langit.

"Tak. Saya cuma malu dengan Allah." Aku balas renungan dia setenang yang boleh. Sehabis daya cuba mengawal tingkah laku yang mula terasa sumbang pada pandangan mata sendiri.

"Aduh, sakitnya tuh di sini!" Aidan tumbuk dada dia dalam beberapa kali bersama pelupuk mata yang terpejam rapat.

"Kau kalau dengan aku, selalu bitter. Tak pernah nak manis."

Itu aduan Aidan yang menjengah ke telinga sebaik saja kelopak mata dia terbuka balik. Dan intonasi suara dia tak sinis, tetapi lebih pada sayu. Mungkin kecewa dapat layanan double standard daripada isteri sendiri.

"Saya minta maaf kalau awak terasa dengan saya," ucap aku ikhlas dan bukannya sandiwara di mulut semata-mata.

"Lambat lagi aku nak terasa dengan kau. Tapi, kenapa kau selalu bitter dengan aku? Kerana perangai setan aku dulu?"

"Hmm... tak juga. Punca utama kerana awak lelaki." Aku cucuk daging guna garpu sebelum sumbat masuk ke dalam mulut. Lalu, aku kunyah perlahan-lahan bersama mata yang merenung jauh ke depan.

"Cara kau bercakap macam kau trauma dengan golongan aku. Ibarat kau mangsa..."

Dia sambung ayat yang tergantung dengan aksi gelengan kepala. Seolah-olah dia cuba menafikan apa saja yang terlintas dalam kepalanya.

Sementara aku?

Hilang diksi di tempat duduk sendiri.

Dan sedikit demi sedikit, rasa takut mula menjelma dalam diri aku. Terlampau risau dalam menanti tindak balas Aidan yang seterusnya.

"Aku rasa kesian dengan kau, Elina."

Secara automatiknya, terlepas nafas panjang dari celahan bibir aku. Dada terasa lapang daripada bebanan rasa yang menghimpit jiwa. Lantas, aku pandang dia dengan kening yang terangkat. Tengah minta huraian tambahan dalam bentuk bahasa tubuh badan.

"Kau selalu jadi mangsa lelaki." Dia mengeluh berat pada penghujung ayat.

Dan dalam masa tak sampai seminit, perasaan aku berkecamuk semula. Semua berpunca daripada ayat tanpa nada Aidan.

"Dulu kau jadi mangsa ex-boyfriend kau. Habis madu, sepah dibuang."

Dia berbisik bersama badan yang tercondong ke arah meja. Dalam usaha nak memastikan hanya aku seorang saja yang dengar suara dia. Tak ada pelanggan lain yang tumpang dengar sama.

Dia salah!

Ex-boyfriend a.k.a bekas teman lelaki tak pernah wujud dalam kamus hidup aku. Kerana selama bernafas di atas muka bumi ini, aku tak pernah bercinta atau mencintai mana-mana lelaki.

Sejak dulu, aku hanya dahaga kasih sayang daripada seorang lelaki yang bergelar ayah. Dan melalui jantan keparat yang bernama Saif, aku dapat rasa curahan kasih sayang seorang ayah.

Malangnya, aku terlampau hanyut sehingga tak mampu membezakan antara kasih sayang dan nafsu syaitan manusia. Hanya sedar bila maruah diri sendiri dah tergadai pada lelaki yang bergelar seorang doktor di hospital swasta.

"Kau juga mangsa dera babah. Lelaki yang sepatutnya lindung kau separuh nyawa, Elina."

Aku tersentak sesaat tatkala suara parau Aidan yang menyapa ke telinga. Dan serta-merta, aku pandang dia dengan mata yang berkaca. Dada terasa sebak bila ayat terakhir dia tadi berulang kali bermain dalam kepala seperti pita rakaman yang rosak.

Pengantin Bidan TerjunWhere stories live. Discover now