Bab 12

2.2K 39 7
                                    

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!

Bunyi sepatu berlaga dengan lantai marmar kedengaran. Dari jauh kelihatan seorang lelaki cina berusia lingkungan separuh abad sedang berjalan. Dia menjinjit sebuah beg bimbit berwarna hitam di tangan kiri. Tangan kanannya pula sedang memegang telefon bimbit. Kaca matanya sedikit terlondeh ke bawah membaca pesanan ringkas di skrin telefon bimbit barangkali.

"Aiya! Lari satu nombor saja,"

Ketahuilah akan mereka bahawa lelaki cina itu sedang membaca keputusan nombor ekor di peti masuk khidmat pesanan ringkasnya. Dia kelihatan sedikit kecewa. Telefon bimbit disimpan ke dalam kocek seluar slack berwarna kelabu yang dipakai.

Dia membetulkan tali leher yang dipakainya. Melihat kedudukan tali pinggang dan baju kemeja putih berjalur biru halus yang dipakai. Lelaki cina itu berdiri betul-betul di hadapan pintu kaca pejabat. Kemudian, dia melihat jam tangan besi di tangan kirinya. Jam itu kelihatan ekslusif dan bergaya.

Lelaki cina itu menolak daun pintu pejabat yang lutsinar dan tidak dipasang filem penapis haba itu. Dia memandang Kifli, Azmi dan Abrar dengan sedikit jelingan tajam. Kifli menyiku Abrar yang masih lena diulit intan itu. Matanya digosok-gosok sebaik tersedar. Ketiga-tiga mereka tersengih memandang lelaki cina itu.

"Belum start kerja sudah tidur? Nanti kalau dalam operation lu tidur? Bungkus sekali dengan motosikal hantar jual kedai," lelaki cina itu meradang. Abrar tertunduk. Kifli dan Azmi ikut menunduk.

"Good morning Mr. Leong," sapa Encik Sanusi terhadap lelaki cina itu. Nampaknya, dia bukanlah Mr. Chew yang ditunggu-tunggu sedari tadi. Siapa pula Mr. Leong? Hati mereka bertiga tertanya-tanya. Mungkin lebih besar pangkatnya dripada Mr. Chew.

"Morning Sanusi. Mr. Chew belum sampai lagi?" tanya Mr. Leong.

"Belum lagi. Awal sampai hari ini?" balas Encik Sanusi sambil bertanya.

"Mestilah. Saya kan supplier nombor satu di kilang ini. Nanti kalau bos awak jatuh hati dengan supplier lain, saya juga susah hati maa," balas Mr. Leong.

Encik Sanusi hanya mengangguk. Dia terus menyambung pembacaannya terhadap akhbar Harian Metro. Dia sudah berada di halaman sukan, helaian yang terakhir. Inilah kali pertama dalam hidup Encik Sanusi berjaya membaca akhbar setiap helaian daripada halaman pertama hingga ke halaman terakhir. Tidak ada sedikitpun yang tertinggal termasuk iklan mengenai kambing akikah yang telah Encik Sanusi baca.

Encik Sanusi bukanlah seorang pembaca yang bagus. Kali terakhir dia membeli bahan bacaan adalah tujuh bulan yang lalu - Majalah Mangga. Itupun kerana ada Zila Bakarin di muka hadapan.

Kifli menggenggam penumbuk lagi. Kali ini dia cuba untuk berdiri. Namun, Azmi lekas-lekas menarik lengan Kifli.

"Sabar," bisik Azmi ke telinga Kifli.

"Gampang! Berlagak macam bos. Tak guna punya cina tua!" bentak Kifli. Jika Azmi tidak menghalang, mungkin sebiji penumbuk telah singgah di muka Mr. Leong. Jika selepas penumbuk pertama singgah, Kifli masih tidak dihalang maka penumbuk kedua akan menyusul pula. Begitulah seterusnya jika Kifli tidak dihalang.

"Aku rasa nak berak ni. Semangat tu dah datang!" tiba-tiba Abrar bersuara.

"Kat mana tandas pejabat ni ye?" Abrar menyambung lagi.

"Manalah aku tau setan! Kau pergilah tanya Encik Sanusi tu. Kau ingat aku dah kerja sini semenjak tiga belas bulan yang lalu ke? Kalau aku dah kerja sini aku tahulah kat mana tandas tu. Aku pun datang sama macam kau juga nak cari kerja kat sini, boleh pula kau tanya aku. Sepatutnya kau tanya kat staff kilang ni. Encik Sanusi ke, Kak Musliha ke, barulah betul. Paling tidak pun, kau tanya dengan Mr. Leong bangsat tu, dia mesti selalu datang sini. Faham?" bebel Kifli.

SkodengDove le storie prendono vita. Scoprilo ora