Bab 25

1.9K 50 13
                                    

"Mana Amir Asmara?" tanya Kifli sebaik tiba di Pusat Karaoke Sinaran. Belum sempat untuk Kamariah mengucapkan selamat datang kepada mereka berlima. Malah, Kamariah sendiri juga masih belum sempat untuk menguntum senyuman kepada Malik Tokan atau dalam bahasa keagungan cinta dipanggil Liklik.

"Amboi, tak sempat kita nak tarik nafas lagi dah bertanya," ujar Kamariah sambil tersenyum simpul. Sudah pasti senyuman yang paling manis dihadiahkan untuk Malik Tokan yang membalas dengan senyuman juga kerlipan mata kanan. Mungkin itu isyarat tertentu bagi mereka berdua. Iyalah, dalam cinta pelbagai isyarat dan simbol digunakan untuk membahasakan rindu, sayang, kasih, menyampah dan sebagainya.

"Hihi, mestilah. Buat apa kita orang datang sini kalau tak sebab Amir Asmara," balas Kifli dengan sedikit ketawa miang. Malik Tokan hanya memerhati dengan penuh tekun. Bimbang juga sekiranya miang Kifli terhadap Kamariah semakin menjadi-jadi. Dalam keadaan kaki dipasang kuda-kuda, Malik Tokan menggempal penumbuk. Dia tak peduli jika selama ini cakap-cakap orang mengatakan Kifli adalah manusia bertenaga gorilla. Kuasa cinta yang dimilikinya lebih kuat. Malik Tokan yakin itu.

"Okay, kalau aku bagitahu maklumat pasal Amir Asmara ni aku dapat ganjaran apa?" tanya Kamariah dengan sebelah kening terangkat bagai pemilik suara lunak kepada lagu Puncak Kasih.

"Err... nak bagi ganjaran apa ya? Hmm.. " Kifli menggaru-garu dagu yang tidak gatal. Beberapa helaian janggutnya turut gugur akibat digaru dengan kasar.

"Bagi ganjaran ganja!" teriak Abrar. Serentak dengan itu, sebiji penumbuk pada kadar kelajuan 60 km/j dilepaskan Kifli tepat pada perutnya. Terbongkok Abrar mengaduh menahan kesakitan sambil mengucapkan caci maki dalam bentuk haiwan yang haram dipegang terhadap Kifli.

"Bangang! Ganja tu bukan ganjaran. Walaupun nama hampir sama, namun ia adalah medium yang berbeza. Bangang!" tidak cukup dengan menumbuk perut Abrar, Kifli memaki hamun pula.

"Aku tahu nak bagi ganjaran apa," Khairul bersuara. Semua berdiam menanti cadangan ganjaran yang akan dikemukan Khairul.

"Apa?" tanya mereka bertiga serentak. Hanya Malik Tokan yang tidak bertanya serentak kerana masih diulit senyuman Kamariah yang sudah tidak tersenyum lagi.

"Kita bagi Kamariah ganjaran paling istimewa di dunia. Kita bagi Liklik kat dia. Kita bagi Liklik dendangkan lagu Peter Pan untuk Kamariah dalam bilik karaoke nanti. Amacam?" ujar Khairul sambil mengenyit mata terhadap Kamariah. Bukan mahu menggatal, tetapi mahu Kamariah bersetuju. Dan jempulan ibu jari ditunjukkan Kamariah sambil melemparkan senyuman yang bersulamkan cinta terhadap Malik Tokan.

"Cilaka! Cilaka! Cilaka!" Malik Tokan hanya mampu mengucapkan perkataan itu sahaja. Tiadalah dayanya untuk menidakkan apa yang dicadangkan Khairul itu memandangkan Kamariah telah bersetuju. Malik Tokan akur, cinta memerlukan pengorbanan dan malam ini akan menjadi saksi kepada pengorbanannya itu. "Cilaka!" pekik Malik Tokan lagi.

"Okay, kau dah dapat ganjaran. Sekarang cepat bagitahu kat mana Amir Asmara?" tanya Kifli.

"Hasil penyiasatan aku, Amir Asmara menyewa bilik kat bangunan seberang jalan tu di tingkat tiga. Maklumat yang aku dapat bagitahu, dia menyewa dengan seorang arbok bernama Sherry. Biasanya, waktu malam macam ni, Sherry akan bekerja di Lorong Kunyit dan Amir Asmara melepak kat bilik je main game. Pukul 3,4 pagi Amir Asmara akan keluar untuk jemput Sherry. Jadi, sekarang ni Amir Asmara ada kat bilik, nombor 330," jelas Kamariah.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Agak terkesima juga dengan maklumat yang diberikan oleh Kamariah itu. Tidak disangka Amir Asmara boleh tinggal sebilik dengan seorang arbok. Jika dibiarkan, ia akan menjadi lebih parah. Mereka harus bertindak segera.

"Kalau macam tu, kita ke sana sekarang!" cadang Azmi sambil menunjukkan isyarat jari telunjuk ke arah bangunan di seberang jalan.

"Err... korang empat orang pun dah cukup kan? Aku tinggal sini jela," ujar Malik Tokan cuba mencari jalan untuk berdating dengan Kamariah.

SkodengWhere stories live. Discover now